WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Monday, June 14, 2010

Kurangkan banduan berulang




TUANKU ABDUL HALIM (kanan) bersama Hishammuddin (dua dari kiri)
melihat pasu hiasan yang dihasilkan oleh banduan pada majlis perasmian
Penjara Pokok Sena, Kedah semalam.

POKOK SENA - Kementerian Dalam Negeri menyasar mengurangkan 17 peratus jumlah kemasukan banduan secara berulang setahun bagi meringankan beban kewangan kerajaan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peratusan ketika ini ialah 16.8 peratus dan kadar itu diharap dapat dikurangkan lagi dalam tempoh beberapa tahun.
Katanya, pengurangan itu juga selaras dengan sasaran Jabatan Penjara dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
"Sasaran itu adalah atas faktor kesesakan di penjara, beban kewangan dan impak keselamatan," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Penjara Pokok Sena di sini semalam.
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian penjara itu. Turut berangkat ialah Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.
Penjara yang menelan kos RM170 juta itu dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu sekali gus menjadi antara penjara tercanggih di Asia Tenggara.
Hishammuddin berkata, kesesakan di dalam penjara bukan sahaja memberi bebanan besar kepada kerajaan dari segi kos tetapi juga dalam aspek infrastruktur dan anggota Jabatan Penjara.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails