WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Monday, June 14, 2010

Otak Raja Nong Chik Di Luar Kepala ? Atau Otak Beliau Berfikir Di Luar Kotak ???

"Selepas ditekan hebat oleh penduduk Kampung Baru dan rakyat 1Malaysia samada melalui media milik kerajaan dan lebih2 lagi melalui media alternatif akhirnya menteri yang dipertanggungjawabkan untuk memujuk hatta memaksa pemilik tanah menyerahkannya , terpaksa mengendurkan pressure , memperlahankan suara , melunakkan bahasa dan berundur selangkah ke belakang.

Tetapi , peliknya bagaimana beliau boleh mengubah pelan , misi , visi dan objektif untuk memiliki tanah – tanah bernilai tinggi kepada untuk memajukannya sahaja.

Dalam kenyataannya yang terbaru ,  Kerajaan tidak bercadang untuk menjual walau seinci pun tanah di Kampung Baru di sini kepada kaum atau bangsa lain.
Kerajaan akan memastikan setiap pemilik tanah mendapat pulangan masing-masing apabila tanah mereka diserahkan untuk tujuan pembangunan.
"Seperti yang saya jelaskan, nisbah 60:40 hanyalah satu cadangan daripada pihak kerajaan dan ia sebenarnya bukan bermaksud menjual tanah sedia ada kepada bukan bumiputera atau pelabur asing mengikut nisbah tersebut.
Lagi berbelit – belit katanya, cadangan nisbah itu hanya akan diguna pakai apabila keseluruhan kawasan kampung berkenaan dibangunkan dengan pelbagai bangunan pencakar langit dengan mendapat persetujuan pemilik tanah.
Atau adakah beliau berfikir tahap pemikiran penduduk Kampung Baru ni  sama taraf dengan akal orang – orang asli kat Long Pasia kot ? Malah kemajuan dan IQ penduduk asli Sabah dan Sarawak jauh lebih matang dan maju , seperti mana orang – orang Melayu Melanau di Sibu , berbanding Raja Nong Chik ni walaupun beliau orang metropolitan.
Atau adakah otak beliau ni berada di luar kepala ? Kalau begitu tak mengapa lah , malah selayaknya beliau bercakap demikian. Sekiranya begitu otaknya terdedah kepada jangkitan kuman. Otaknya sensitif kepada tawaran habuan dari tokeh – tokeh Cina yang berkeliaran mengejarnya kini. Otaknya pantang melihat pulus. Otaknya tidak menjadi matang kerana faktor luar yang begitu menggoda.
Tetapi , yang pastinya beliau tidak pernah menggunakan otaknya untuk berfikir di luar kotak !!! Sebab itu hujahannya tumpul. Wawasannya bercelaru.
Pemikirannya flip flop , sekejap itu sekejap ini. Inilah contoh seorang menteri yang boleh dibeli. Kita faham , sesiapa pun pasti tergoda , lagikan YB Zulkifli Nordin & Geng boleh dibeli dengan hanya harga serendah RM2juta , habis dibuang kopiah islamnya , inikan pulak satu projek yang katanya terbesar di dunia. Huh huh huh !!!!
Otaknya kini cuba diperah semaksima mungkin , setiap detik , saat dan ketika memikirkan bagaimana penduduk Kampung Baru nak ditipu , dipengaruhi , dikecek , diperdaya , dihasut , ditawan dan diperbodohkan.
"
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails