WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 15, 2010

Dr M : Judi sukan..tak salahlah

"Saya amat bersedih mendapat seorang pemimpin Islam yang amat-amat jahil dalam bab agama Islam. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam mesti meletakkan agama sebagai no 1 dalam pentadbirannya. 

Tetapi dalam UMENO, benda yang tak halal boleh di olah sikit supaya ia menjadi halal. Isu judi bola masih lagi hangat diperkatakan. Baru-baru ini Dr M pula setuju judi bola tersebut semasa merasmikan GERTAK. 


DR M
Semalam berlangsungnya persidangan GERTAK dimana Dr M menjadi orang kuat dalam perasmian itu. Perasmian GERTAK tu pada saya tidak memberi apa-apa makna pun sebaliknya ia boleh mencetuskan rasa yang tidak puas hati di kalangan bukan Melayu. Apa tidaknya, jelas sekali perasmian itu kononnya hendak tunjuk kekuatan orang melayu. Tetapi melayu yang dibawa dalam GERTAK itu hanyalah untuk menunjukkan melayu mereka itu melayu yang jahil. Mengapa saya berkata begitu? Ini kerana Dr M terang terangan menyatakan sokongan beliau terhadap judi bola itu tidak salah, malah menyatakan penentangan dari pihak pakatan rakyat adalah gimik politik. Halooo Dr M, awak tu agama apa? Kalau agama bukan Islam no problem nak cakap macam tu. Tapi sebagai seorang Islam, judi tetap haram walau apa jua bentuk sekalipun.

Awak sebagai pemimpin perlu ada mencerminkan pendirian yang tegas terhadap benda yang haram. Orang tidak akan berjudi kalau kerajaan tidak meluluskan judi. Benar atau tidak? Dia cakap oarang Cina suka berjudi, orang melayu kalau main judi tangkaplah. Tun Dr Mahathir, saya rasa eloklah tarik balik gelaran Tun yang diberi kepada anda. Kalau kita hendak menjadikan sesuatu bangsa itu haruskah kita biarkan mereka hanyut dalam kesengsaraan?

Judi itu jelas sekali banyak membawa masalah kepada semua orang, tidak kira bangsa dan agama. Judi itu boleh memporak perandakan rumah tangga. judi itu juga boleh menyebabkan sesaorang itu muflis. Saya yakin, tidak ada satu bangsa pun yang menyukai judi. Kalau pemerintah bertegas tentang judi, maka judi tidak akan berada di dalam negara ini. Kalau judi Dr M setuju, tidak mustahil lah satu hari nanti pelacuran itu di bolehkan, tapi untuk orang bukan Islam sahaja.

Kalau orang Islam kena tangkap sebab ia berzina. Memang tidak masuk akal langsung pemikiran pemerintah di bawah payung UMENO ni. Kepada GERTAK, teruskanlah perjuangan GERTAK korang tu. GERTAK lah semua orang. Korang terpekik melolong memperjuangkan melayu. Untuk apa? Bangsa tidak memberikan apa-apa jaminan malah boleh menghanyutkan lagi adalah. Tetapi sekiranya perjuangan berlandasan agama, ia adalah lebih baik dari segala-galanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails