Duit kerajaan semakin kering?
Oleh Amin Iskandar
Sejak akhir-akhir ini, kita seringkali terdengar mengenai subsidi yang hendak ditarik, GST aka
n diperkenalkan dan pelbagai lagi perkara-perkara yang membebankan rakyat kelas bawah. Selain daripada itu terdengar juga isu mengenai judi bola yang dihalalkan oleh kerajaan.

Bunyi-bunyi sebegini biasanya kedengaran apabila kerajaan sudah hampir kehabisan wang. Salah satu petanda lagi bahawa kerajaan sudah kehabisan wang ialah apabila desakan keras dibuat agar pesalah-pesalah trafik membayar saman.
Terbaru ialah ugutan terhadap pesalah trafik yang akan disenaraihitamkan walaupun tidak menerima notis saman. Klik disini. Jadi jika anda dengar menteri-menteri berkata bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan baik tetapi perkara-perkara diatas masih tetap berlaku, itu menipu namanya.
Menurut maklumat daripada berberapa pegawai kerajaan, ada kementerian yang tidak mempunyai wang untuk membayar gaji pekerja-pekerja mereka. Pegawai kerajaan tahu sangat mengenai perkara ini.
Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk hidup susah dalam jangkamasa terdekat ini. Dalam tempoh dua-tiga tahun akan datang, kesemua barang keperluan asas akan menjadi mahal. Rakyat mungkin selesa sebentar sehinggalah pilihanraya umum ke 13. Selepas itu, semua barang akan menjadi mahal.
No comments:
Post a Comment