WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Monday, June 14, 2010

Apa Kata Mai KITA BOIKOT dari beli Ayam..!!



Boikot peniaga jual ayam mahal


KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR - "Boikot peniaga yang jual ayam melebihi harga siling."
Itu sahaja langkah paling berkesan sekiranya pengguna di negara ini mahu 'mengajar' sesetengah peniaga ayam yang menaikkan harga ayam.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, pengguna juga perlu membuat pembelian yang betul untuk mengelakkan kerugian.
"Memang lumrah peniaga mengaut keuntungan dengan menaikkan harga tetapi ia terserah kepada pengguna untuk membuat keputusan dalam pembelian.
"Selagi ia tidak melepasi harga siling yang telah ditetapkan, maka ia bukanlah satu kesalahan," ujarnya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai harga runcit ayam di seluruh negara naik dengan mendadak apabila setiap kali tiba musim cuti persekolahan.
Kenaikan harga itu menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai terutamanya mereka yang mahu mengadakan kenduri perkahwinan serta pengusaha kedai makan kerana ia meningkatkan kos mereka.
Mengulas perkara yang sama, Maamor menambah, walaupun harga siling ayam jenis standard dan super berbeza-beza mengikut negeri iaitu antara RM4.90 hingga RM8 sekilogram namun pengguna perlu menjadikannya rujukan sebelum membelinya.
Selain itu, bagi menghadapi situasi itu, pengguna seharusnya bijak dengan bersedia lebih awal kerana fenomena ini bukan sesuatu yang baru dan sudah boleh dijangka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails