WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Saturday, November 20, 2010

Pengkisahan Memali imbau insiden 25 tahun

Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali bermula hari ini.

NONEKetua penerangan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria. kemuncak program ini ialah apabila setiausaha PAS Kedah Senator Yusof Husin membaca satu pengkisahan mengenai peristiwa berdarah itu.

"Ini kerana beliau terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit," katanya sambil menambah pengkisahan itu akan berlangsung pada hari ketiga, iaitu Ahad ini.

Menurutnya, program itu akan berlangsung di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Tiada permit polis

Nasir berkata pihaknya tidak memohon permit polis, kerana program tersebut dibuat di dalam kawasan sekolah dan berharap program itu berlangsung dengan aman tanpa kekecohan.


NONE"Sebelum ini kita buat (program) tidak pernah berlaku apa-apa kekecohan. Berlangsung dengan aman," katanya.
Namun katanya, pihak penganjur juga telah memaklumkan kepada polis berhubung penganjuran program berkenaan.
PAS menganggarkan kira-kira 50 ribu pengunjung dari seluruh negara akan menghadiri penganjuran "ala-ala karnival" dalam sambutan ulang tahun ke-25 memperingati peristiwa Memali.


Selain pengkisahan itu, pelbagai program juga disusun bermula hari ini yang dianjurkan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS di peringkat pusat.


NONE"Apa yang menarik dalam program ini adalah kita mahu mengimbau insiden yang berlaku 25 tahun lalu. Ada di kalangan generasi (yang berumur) 25 tahun, tidak mengetahui (sejarah) peristiwa ini.


"Kita mahu menyampaikan sejarah peristiwa Memali. Kita mahu peristiwa ini sentiasa segar dalam ingatan rakyat di negara ini," kata Nasir.


Tragedi Memali pada 1985 menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 pengikutnya di bawah Akta ISA 1960.
NONEMereka didakwa disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.


Menurut kerajaan, semasa operasi tersebut, pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing.


Pihak polis telah menyeru mereka supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman tetapi didakwa tidak diendahkan dan demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis mendakwa terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan.
Konvoi bermotosikal
NONEPeristiwa tersebut, turut mengorbankan empat anggota polis 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.


Menurut Nasir, lagi program sambutan memperingati peristiwa yang menyayat hati itu dibuat setiap tahun bagaimanapun kali ini dianggap istimewa kerana sempena genapnya 25 tahun peristiwa itu.


Nasir berkata, program selama tiga hari ini diisi dengan program antaranya, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.
Selain itu, Nasir juga berkata pantomin mengisahkan rakyat Palestin akan juga dipentaskan bagi memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kesengsaraan yang masih terus dihadapi oleh saudara Islam mereka di bumi Anbiya'.
memali 25 year anniversary, pas supporters"Konvoi bermotosikal dibuat oleh semua 15 kawasan seluruh Kedah menuju ke Memali dan saya difahamkan turut disertai oleh beberapa kawasan dari Perak.


"Ceramah pembukaan malam ini yang akan disempurnakan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kita menjangkakan kira-kira 8,000 orang akan menghadirinya sekiranya cuaca mengizinkan," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Tuesday, November 16, 2010

Pemilik Virgin Atlantic Bakal Jadi 'Pramugari' AirAsia

PETALING JAYA: Sebilangan penumpang AirAsia bertuah bakal dilayani oleh hartawan dan pemilik Virgin Atlantic, Richard Branson yang akan memakai sut lengkap pramugari syarikat penerbangan tambang murah itu.
Peluang yang mungkin datang hanya sekali itu berikutan pasukan Formula Satu (F1) Richard, Virgin Racing berada pada kedudukan di belakang pasukan F1 1Malaysia-Lotus yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes.
Dalam pada itu, Tony turut menyahut cabaran Richard akan ‘bekerja’ sebagai pramugari Virgin Atlantic sekiranya pasukan F1 1Malaysia-Lotus tewas dengan pasukan lawannya.
Kedua-dua tokoh korporat itu membuat cabaran sewaktu bermulanya musim F1 pada Mac lalu dan berakhir di Litar Yas Marina, Abu Dhabi pada Ahad.
1Malaysia-Lotus berada pada kedudukan ke-10 manakala Virgin Racing pada kedudukan terakhir dalam perlumbaan melibatkan 12 pasukan itu.
Tony sebelum ini berkata, uniform (pakaian pramugari AirAsia) dilihat begitu sesuai dengan Richard dan penumpang pasti akan gembira untuk menerima layanan daripadanya.
“Tetapi cabaran sebenarnya apabila mengenali Richard adalah menghalangnya daripada bertanya kepada penumpang kami ‘kopi, teh atau saya?” kata Tony.
Beliau menambah, Richard akan ‘ditugaskan’ untuk menjadi pramugari bagi penerbangan jarak jauh yang dikendalikan oleh AirAsia X.
“Kami mahu mengekalkannya dengan penerbangan jarak jauh berbanding penerbangan jarak dekat yang dikendalikan oleh AirAsia,” katanya lagi.
“Kami akan memohon untuk mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam,” katanya.
Dalam pada itu, jurucakap AirAsia memberitahu mStar Online pada Selasa berkata, Richard bakal ‘menyertai’ sebagai pramugari syarikat penerbangan tambang murah tersebut pada Januari atau Februari tahun depan.
Katanya, berkemungkinan besar beliau (Richard) akan menyertai penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke London atau dari London ke Kuala Lumpur.
“Bagaimanapun, kami masih dalam perbincangan lebih terperinci sebelum membuat permohonan mengenainya kepada Jabatan Penerbangan Awam.
“Tony akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkhabaran ini dalam waktu terdekat,” kata jurucakap itu.

Zaid: Husam desak Bernama tarik balik berita

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa mendesak Bernama menarik balik berita berhubung PAS terbuka menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim.
Berikut adalah kenyataan penuh Husam.
Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk 'Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid'  dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama.
Kebelakangan ini Bernama atas kapasitinya sebagai agensi berita rasmi negara telah membuat laporan "rasmi" untuk kegunaan media lain seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi sedangkan isinya adalah rekaan dan tidak benar.
Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka.
Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik "berita" yang dikeluarkan itu.

Perutusan Aidil Adha : Pesuruhjaya Pas Perak

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam, khususnya ahli dan penyokong PAS. Sukacita saya memberi peringatan bahawa hari raya bagi umat Islam, bukan sahaja makan minum dan berpakaian, tetapi lebih istimewa ia berkait dengan ibadah penting dan peristiwa besar kepada umat Islam. 


Kita baru sahaja berhari raya sempena ibadah puasa Ramadan yang besar hikmat dan fadilatnya, serta peristiwa Nuzul al-Quran dan perjuangan besar seperti Badar dan lain-lain yang memberi kemenangan kepada umat Islam.
Sekarang kita menyambut hari raya yang berkait dengan ibadah haji dan peristiharan al-Quran disempurnakan, seterusnya peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang ikhlas beribadah hanya kepada Allah dan menentang syirik, walaupun ianya didukung oleh kuasa besar dunia paling kaya, kuat dan zalim di zamannya, akhirnya Allah memberi kemenangan kepada Islam.
Peristiwa ini dihayati pula oleh kalangan Ansar (para sahabat) dari Madinah yang berbai’ah di Aqabah dalam musim haji, menyatakan keimanan, kesetiaan dan bersedia untuk berkorban apa sahaja bagi menegak dan mempertahankan Islam di tengah kuasa-kuasa besar dunia dan seluruh dunia di zamannya. Akhirnya mencapai kemenangan dan Islam menjadi kuasa besar tunggal yang memimpin dunia dengan adil.
Marilah kita hayati Hari Raya Aidil Adha ini dengan mengambil iktibar daripada petunjuk di atas, demi kemenangan dunia dan akhirat. Allahhu Akhbar Allahhu Akhbar Allahhu Akhbar

Ustaz Abu Bakar Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )

Sultan Kedah dukacita...

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dukacita kerana ada pihak yang tidak menghargai sumbangan Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir yang melanda negeri ini dua minggu lalu.

Baginda bertitah, terdapat suara sumbang yang tidak menghargai pengorbanan Kerajan Negeri dan semua pihak yang terlibat membantu mangsa banjir. 

“Beta simpati terhadap 60,240 mangsa banjir dan berasa sedih atas kerosakan harta benda, tanaman, ternakan dan kemudahan awam yang dialami setiap mangsa. Beta harap semua mangsa banjir bersabar dengan ujian ini,” titahnya ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di sini, semalam.

Tuanku Abdul Halim turut merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, badan sukarela dan semua pihak yang bekerjasama tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik ketika negeri ini berdepan dengan bencana banjir.

“Kerjasama dan bantuan yang dihulurkan jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat berbilang kaum ketika menghadapi bencana,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim turut menggesa semua wakil rakyat menyumbang dan menjana idea baru bagi membolehkan ekonomi dan pembangunan negeri terus berkembang secara holistik dan pesat.

“Beta menyeru semua kakitangan Jabatan Negeri dan Persekutuan tidak alpa dan berasa selesa dengan kemudahan yang dinikmati. Usaha secara berterusan perlu dibuat bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam mengurus aspek pentadbiran dan kewangan jabatan masing-masing,” titah baginda.

Baginda mahu amalan berbelanja secara berhemah diutamakan dan dijadikan teras bagi mengawal pembaziran dalam perbelanjaan.

“Beta mahu usaha meningkatkan kutipan hasil Negeri digiatkan di samping meneroka punca-punca hasil yang baru,” titah Tuanku Abdul Halim. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails