WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Saturday, May 1, 2010

Adakah ini Isteri Pemimpin UMNO?BN?

Perutusan 1 MEI 2010 dari Lajnah Pekerja PAS


PENGERUSI LAJNAH PEKERJA DAN PENEROKA BANDAR PAS PUSAT
Sekali lagi kita menyambut kedatangan 1 Mei, Hari Buruh Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia oleh setiap lapisan pekerja – karyawan. Kepada para pekerja yang telah memerah otak, membanting tulang dan menggunakan tenaga di pelbagai bidang dan sektor, atas nama Lajnah Pekerja Pas Pusat, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara-saudari yang menjadi tulang belakang dan jantung pergerakan pembangunan negara.

Tanpa kesungguhan dan pengorbanan para pekerja, negara ini tidak akan sampai ke mana-mana.
Namun, walaupun demikian besar jasa para pekerja, mereka belum lagi menerima pengiktirafan yang sewajarnya di Malaysia.  Pemberdayaan dan pemerkasaan kaum pekerja – karyawan negara punya banyak tandatanya.

            Nasib para pekerja di negara ini masih lagi di takuk lama tanpa pembelaan yang seutuhnya. Ramai yang sekadar bermanis mulut menanam tebu di bibir ketika membicarakan tentang nasib pekerja. Walhal nasib golongan majoriti rakyat ini ditinjau dari segi pendapatan, kemudahan dan keistimewaan tidak banyak berubah. Sampai saat ini pemerintah masih belum bersedia menggubal undang-undang gaji minima yang telah diperjuangkan oleh kongres kesatuan-kesatuan sekerja dan pelbagai golongan progresif di negara ini. Pembuangan pekerja tanpa pampasan yang secukupnya masih berlaku di mana-mana. Para pekerja kilang elektronik dan industri masih dinafikan hak berkesatuan.  Semua pihak pula sama ada kerajaan dan swasta berminat kepada pengambilan pekerja secara kontrak yang nantinya mudah untuk diberhentikan. Sejak sekian lama para pekerja lelaki dan wanita meninggalkan kampung halaman berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari nafkah dan mengharapkan kehidupan baru yang lebih baik. Mereka dipujuk beramai-ramai berkhidmat dengan pelbagai syarikat-syarikat besar antarabangsa.  Malangnya, ramai pula daripada mereka sejak dahulu sampai sekarang diberhentikan atau dibuang kerja dengan mudahnya apabila perusahaan-perusahaan itu tidak lagi dapat mengaut keuntungan besar. Demikianlah nasib kaum pekerja yang selalunya diperlakukan seperti pepatah orang dahulu ‘habis manis sepah dibuang’ atau seperti mana pantun klasik melayu:


Zaman dahulu bertikar pucuk,
Zaman ini bertikar mengkuang,
Zaman dahulu kita dipujuk,
Zaman ini kita dibuang.


Nasib pekerja memang selalunya malang dan di zaman kemerosotan ekonomi dunia ini hidup mereka lebih parah lagi. Kenaikan harga barang, kenaikan kos perkhidmatan, kos pengangkutan, kos kesihatan, kos pendidikan menyebabkan majoriti dari para pekerja terus dilingkari oleh belitan kemiskinan.  Para majikan dan para jutawan tidak banyak yang terjejas, barisan orang-orang kaya di Malaysia tidak pernah bimbang kerana kekayaan yang ada pada mereka senitasa terjamin oleh kerana sistem dan pemerintahan yang ada mahupun dasar dan keutamaan negara sentiasa memihak kepada mereka.


Robert Kuok yang memiliki 10 ribu juta dollar, Ananda Krishnan yang bernilai 7 200 juta dollar, Lee Shin Cheng yang memiliki 5,500 juta dollar, Syed Mokhtar Al-Bukhary yang memiliki 1,800 juta dollar, Azman Hashim yang menguasai aset bernilai 700 juta dollar, atau pun Mokhzani Mahathir yang memilik harta bernilai 285 juta dollar mahupun Nazir Tun Razak yang menguasai 100 juta dollar tentu tidak tertekan seperti Saravanan seorang buruh kasar yang sudah menyimpan wang di bank sebanyak RM 20 000 tiba-tiba hampir putus urat jantungnya apabila secara tiba-tiba anaknya jatuh sakit kronik yang memerlukan pembedahan segera yang mahal harganya.  Saravanan mengumpulkan wang sebanyak itu untuk membeli sebuah rumah kerana telah terlalu lama dia sekadar menyewa kediaman. Semua wang itu tidak mustahil terpaksa dihabiskan untuk pembedahan dan perubatan anak tersayang. Dia dan keluarganya akan terus bernasib malang tanpa harta, tanpa rumah sendiri tempat berteduh. (Azizi Hj. Abdullah, Persatuan Pengguna Pulau Pinang).


Kaum pekerja tanpa mengira keturunan dan kepercayaan, bangkitlah dengan berani dan binalah rangkaian kesatuan, organisasi dan jamaah pro pekerja demi memperjuangkan nasib semua. Jangan menunggu sehingga anda di buang kerja barulah ingin mencari tempat mengadu sedangkan selama ini anda langsung tidak mahu menyertai rangkaian progresif pembela pekerja.


Selamat Hari Pekerja.
Dirgahayu perjuangan membela nasib pekerja.

Wassalam.
Hj. Mohd Anuar Tahir
Pengerusi Lajnah Pekerja merangkap ahli jawatankuasa PAS Pusat
27 April 2010 bersamaan 13 Jamadilawal 1431H
"
 

Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..

Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook. ''Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi''




“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.
Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.
Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.

UMNO desak MCA keluar BN


Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional (BN) daripada terus menuding jari di atas kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina di pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ahmad Tajuddin mendakwa kegagalan MCA meraih sokongan pengundi Cina tidak hanya di Hulu Selangor tetapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu juga keadaan sama berlaku.

Menurutnya, pilihan terbaik kepada MCA adalah menarik diri sebagai parti komponen supaya tidak terus membebankan BN dengan kegagalan meraih kepercayaan pengundi Cina.

“Keluarlah dari BN untuk elak daripada terus membebankan parti komponen lain. Jangan menuding jari kepada sesiapa berikutan kegagalan kita sendiri. Sepatutnya mereka mengakui kesilapan bukan menuduh orang lain sebagai penyebab.

“MCA perlu mengaku bahawa mereka tidak lagi diberi kepercayaan daripada kaum Cina. Ia bukan berlaku pada pilihan raya kecil tetapi pada PRU 2008 lalu juga berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan MCA menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menjadi penyebab kekurangan undi masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Parlimen Hulu Selangor.

“Dakwaan MCA sekadar untuk menutup kegagalan mereka meraih sokongan masyarakat Cina. Pada saya ia tindakan yang tidak bertanggungjawab. MCA gagal meyakinkan masyarakat Cina supaya menyokong calon BN daripada MIC di Hulu Selangor.

“Jika UMNO mampu meyakinkan pengundi Melayu untuk menyokong calon MIC, mengapa MCA tidak boleh?. Jangan mencipta alasan yang tidak bijak untuk menutup salah,” katanya. 


Retak menanti belah....tunggu apa lagi MCA....belah lah...kata orang utara...

Masih segar diingatan MCA...najib pernah berkata..."kita akan basahkan keris ini dengan darah cina..."

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kenyataan Musa Hassan Melampau, PM Najib Digesa Pecat KPN


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius akan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam respon beliau kepada media mengenai insiden tembakan ke atas Allahyarham Aminulrasyid Amzah beberapa hari lepas.


Kenyataan beliau, sebagaimana yang dipapar di beberapa media internet semalam dilapor seperti berikut:


"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja.Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen."


Kenyataan seumpama ini adalah jelas satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab, malah lebih memalangkan keluar daripada mulut seorang Ketua Polis Negara yang sepatutnya mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat.


Kenyataan Musa ini menggambarkan seolah-olah rakyat dan media tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan sekelumitpun kerja polis, dan rakyat perlu menerima seluruhnya tugas polis, walaupun berlaku cacat cela dan penyelewengan, tanpa kompromi.


AMK percaya bahawa persepsi rakyat ke atas polis sekarang berada di tahap yang mendukacitakan, rentetan pelbagai salah laku dan salah tindakan yang diambil, sekecil kes rasuah jalanan sehinggalah sebesar penglibatan Asiasoft, sebuah syarikat yang berpangkalan di Tel Aviv, Israel yang mempunyai akses ke dalam sistem maklumat PDRM.


Kes yang melibatkan A.Kugan (mati dalam lokap), A. Gnanapragasam (mati dalam lokap), Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz (tembakan di program Bersih, Batu Buruk), Tawfiq Noorzan (tembakan di Perlis), A.Gnanapragasam (mati dalam lokap), Norizan Salleh (tersalah tembak), dan terbaru Aminulrasyid, menggambarkan berlaku kepincangan kepimpinan yang serius di dalam PDRM.


Lebih mendukacitakan, kesemuanya berlaku di bawah kepimpinan Musa selaku Ketua Polis Negara. Dan kenyataan susulan seperti di atas jelas menggambarkan bahawa beliau gagal menjulang aspirasi rakyat untuk dijamin keselamatan mereka sepenuhnya.


AMK menggesa Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil serius akan kenyataan ini. Kenyataan tersebut sangat berat dan AMK yakin betapa wujud keperluan yang mendesak agar Musa dipecat ataupun digantung tugas bagi menjamin profesionalisme dalam siasatan lanjut ke atas beberapa kes lain yang bersabitan.


AMK percaya, sekiranya Perdana Menteri masih serius dengan Program Transformasi Kerajaan dan juga NKRA yang dilaung-laungkan di bawah slogan "rakyat didahulukan", maka langkah pertama untuk menjayakan NKRA mengurangkan kadar jenayah, ialah memperkemas pengurusan dan kepimpinan polis dengan memecat Musa.


Rakyat akan memerhati, dan terus memerhati, apakah slogan yang menelan belanja puluhan juta ringgit ini benar-benar satu pelaksanaan, ataupun sekadar retorika politik.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nurul Izzah dan Nik Nazmi serah aduan bertulis isu musang terlampau



Pakatan Rakyat hari ini mendesak Lembaga Displin dan Tatatertib Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan displin terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung kenyataan media beliau yang mengugut untuk menarik anggota polis daripada menjalankan tugas menjaga keselamatan awam jika itu kehendak rakyat.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata Pakatan Rakyat memberi tempoh sebulan kepada lembaga tersebut untuk mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Polis Negara atau pun memecat beliau atau dipaksa meletak jawatan.

Lim berkata jika tiada tindakan diambil, Pakatan Rakyat tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan protes besar-besaran di hadapan Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman.

"Kami mahu IGP bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan yang beliau buat dan kami mendesak PDRM supaya memaksa Musa meletakkan jawatan," tegas Lim pada sidang media.

Sementara itu beliau bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyerahkan aduan bertulis kepada Pengarah Jabatan Tatatertib, Abd Razak Bokhari di Bukit Aman tengahari tadi.

Dalam pada masa yang sama, Nurul Izzah berkata rakyat tidak lagi boleh menerima alasan Musa bahawa kenyataan beliau telah di salah petik atau di salah tafsir oleh media.

"Rakyat tidak boleh lagi menerima alasan sedemikian setiap kali ada dakwaan salahlaku oleh polis, pihak media akan dipersalahkan.

"Rakyat sudah tahu kedudukan yang sebenar dan alasan seperti ini sudah tidak laku," jelas Nurul Izzah lagi.

Sehubungan itu, Nik Nazmi juga mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) disegerakan.

"Kejadian terbaru remaja 15 tahun mati ditembak polis membuktikan betapa pentingnya IPCMC ditubuhkan dengan segera.

"Melalui IPCMC sahajalah segala aduan salahlaku dan peyalahgunaan kuasa terhadap anggota polis termasuk Ketua Polis Negara mampu ditangani dengan efektif.

"Kini kerajaan tidak ada sebab lagi untuk menolak penubuhan IPCMC," tegas Nik Nazmi.

Pada 26 April lalu, seorang remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Seksyen 11, Shah Alam.

Semalam,laman berita Malaysiakini melaporkan Musa bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

Musa mengulas kenyataan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, April 30, 2010

Ketua Menteri Pulau Pinang seru agar disiasat kes pembunuhan kejam Polis


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyeru polis menarik balik dakwaan terhadap adik Amirulrasyid yang dilabelkan sebagai penjenayah. Beliau menziarahi ibu kepada Amirulrasyid, Norsiah Mohamad semalam.
Beliau mahu sebuah badan yang benar-benar bebas menjalankan siasatan terperinci.

Guan Eng juga pernah terpenjara kerana membela gadis Melayu yang diperkosa oleh penyokong geng perkasa.

Inilah sikap 'komunis' yang digambarkan oleh wakil rakyat katak bebas Zahrain...

Mana suara wakil rakyat katak bebas najis? Nak tunggu hujan turun baru nak berbunyi kah?
 ong...ong...ongKOSSS...











APCO punca Najib enggan halang Blair, Rakyat akan berhimpun

KENYATAAN MEDIA
APCO PUNCA NAJIB ENGGAN HALANG BLAIR, RAKYAT AKAN BERHIMPUN

Parti- Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana hingga ke hari ini Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak masih enggan memberikan respon terhadap desakan PAS dan pelbagai NGO yang membantah kehadiran mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk datang ke Malaysia bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company pada 24 April ini.

Sebelum ini PAS sudah mendedahkan bahawa Blair merupakan ahli utama dalam kumpulan pelobi Israel dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide di London iaitu Darren Murphy.


APCO yang merupakan syarikat perunding kerajaan Britain telah menghasut Kerajaan yang dipimpin Blair untuk menyerang Iraq pada 2003 bersama Amerika. Mereka telah menuduh Iraq  sebagai negara yang menaja pengganas dan memiliki senjata pemusnah besar-besaran termasuk dari jenis nuklear dan senjata kimia.


Pembohongan itu terbongkar dalam satu laporan siasatan suruhanjaya bebas yang dipengerusikan oleh Willibrord Davids di di The Hague, Belanda awal tahun ini. Ribuan rakyat Iraq dibunuh dan jutaan lagi menjadi pelarian dinegara sendiri. Hingga ke hari ini Kerajaan Iraq masih dijaja oleh Amerika dan Britain.


Oleh itu kehadiran Blair ke Malaysia jelas sebagai satu penghinaan kepada kedaulatan dan keamanan sejagat. Tangan Blair masih berlumuran darah, tapi Najib masih bangga untuk menyambutnya hanya kerana APCO menjadi tulang belakang kepada gagasan 1 Malaysia hari ini.


PAS bertegas mahu agar Blair tidak dibenarkan masuk ke negara ini. Jika kerajaan berdegil, PAS menyeru seluruh warganegara Malaysia yang prihatin kepada nasib mangsa-mangsa perang di Iraq untuk turun berhimpun bagi menunjukan bantahan pada 24 April 2010 di Sunway Pyramid Convention Centre Persiaran Lagoon Bandar Sunway Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi kerana Blair akan akan berucap ditempat berkenaan. Perhimpunan aman ini akan dipimpin oleh Dewan Pemuda PAS Pusat

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Jika PAS tidak boleh bersama DAP, bagaimana dengan Umno bersama Yahudi?

 PAS mengkritik kerjasama antara kerajaan Umno-BN dengan syarikat Apco Worldwide milik Yahudi bagi menjawab kritikan Umno pada PAS yang menjalinkan kerjasama dengan DAP yang dianggap parti bukan Islam.

Dalam satu ceramah kempen terakhir di Stadium mini Kuala Kubu Baru malam tadi, beliau menggunakan peluang tersebut bagi menjawab segala tohmahan Umno kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS bagi menjelaskan kepada penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat isu-isu semasa.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama antara kerajaan Umno-BN dengan syarikat Apco Worldwide milik yahudi, beliau menempelak tindakan tersebut memandangkan sebelum ini Umno-BN sering melemparkan pelbagai tuduhan berhubung kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"PAS bersama(bekerjasama) DAP, dia(umno) marah. Dia bersama Yahudi tiada apa-apa salahnya pula," sindirnya sambil menuduh parti itu tidak mempunyai asas sehingga menyebabkan mereka tersasar.

Beliau sekali lagi mengulangi tentangan ke atas Umno-BN yang menggunakan taktik pembelian undi bagi memudahkan proses kemenangan
umno beli orang, mereka buat rakyat seperti ayam, itik, kambing yang boleh dijual beli," katanya dalam kemunculan pertama selepas pulang dari menunaikan umrah baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu turut menceritakan sejarah penglibatan beliau dengan politik termasuk saat penggabungan PAS bersama parti perikatan suatu ketika dahulu.

Beliau turut menyatakan kekesalan atas sifat Umno-BN yang mengkhianati persefahaman yang dijalinkan antara parti-parti dalam BN ketika itu.

Ceramah tersebut telah berjaya menghimpunkan kita-kira 50,000 penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat yang datang daripada pelbagai pelosok negara.

Pada majlis tersebut, turut sama menyampaikan ucapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi DAP, Karpal Singh, dan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan terdahulu, Khalid menyampaikan rasa penghargaan kepada seluruh jentera kempen daripad ketiga-tiga parti pakatan Rakyat termasuk semua pihak yang turun membantu dalam usaha memenangkan calon PKR, Dato' Zaid Ibrahim.

"Terima Kasih dan keladi, perjuangan ini kita teruskan lagi," demikian ujarnya dalam nada pantun.

Di seberang jalan tempat ceramah tersebut diadakan, satu lagi ceramah kempen terakhir pihak lawan, Umno-BN menampilkan presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak bersama mantannya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun kesesakan jalan raya tidak menimbulkan masalah yang serius malah ianya berjalan dengan terkawal.

Para penceramah kempen Pakatan Rakyat pula terpaksa diangkut menggunakan motorsikal dan kereta ke pentas ceramah akibat keadaan dalam stadium yang begitu sesak dipenuhi mereka yang hadir.

Berdasarkan pemandangan dari jauh ianya seperti lautan manusia di tengah stadium mini tersebut sehingga melimpah ke jalan raya di pekan Kuala Kubu Baru.

KTMB : PAS ucap tahniah dengan wujudnya Gerabak Khas Wanita

KENYATAAN MEDIA
KTMB: PAS UCAP TAHNIAH DENGAN WUJUDNYA GERABAK
KHAS WANITA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter. Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam dinegara ini.


PAS amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah ganguan seksual kepada penumpang wanita.




Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakan wanita ditempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaiknya. Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai.




Perkara ini sudah lama diadakan diluar negara seperti di Jepun dan beberapa negara Eropah. PAS mencadangkan agar selepas ini diwujudkan juga gerabak khas untuk mereka yang bekeluarga dan juga warga emas termasuk golongan OKU bagi memudahkan mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik.




PAS berharap inisiatif ini juga diambil oleh pengusaha pengangkutan awam yang lain agar masalah-masalah penindasan atau pencabulan wanita ditempat awam dapat dikurangkan disamping meningkatkan imej perkhidmatan awam dimata masyarakat.



Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu "PAS hina Sultan Kedah" hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.

Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?


1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?

2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.

Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010. 

Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.

Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan. Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.

Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.

Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;


  • Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
  • Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
  • Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
  • Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.  
  • Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. 

  • Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai "Binatang" diarak dalam demontrasi itu.

  • Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.


Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.


Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.

Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sunday, April 25, 2010

Sharpshooter dedah bahan bukti Fairus



Seminggu berkampong di Hulu Selangor, hampir setiap malam saya turut berceramah. Bermula di Batang Kali, Bukit Beruntung, Taman Widuri, Stadium Kuala Kubu Baru dan malam terakhir di Bukit Sentosa.

Saya diminta oleh pimpinan amk pusat untuk dedah kes Fairus.

Ini adalah satu dari 10 laporan kes terhadap Fairus.
Fairus tanpa perasaan malu dan rasa bersalah telah meminta tauke kuari agar membiayai kos lawatannya ke London bagi menghadiri majlis forum pendidikan, tanpa kebenaran dan kelulusan kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ketika itu, Fairus mengiringi Timbalan Ketua Menteri 2 Prof. Dr Ramasamy yang dijemput secara rasmi oleh pihak penganjur.

Kunjungan beliau dibuat tanpa pengetahuan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan anggota exco kerajaan negeri dan lawatannya hanya disedari apabila beliau sudah berada di luar negeri.

Isu lawatan itu, kemudiannya telah dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri.
Bahkan, perkara tersebut juga telah dibangkitkan oleh Pembangkang pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang berlangsung pada 21 Julai 2008 sehingga 31 Julai 2008.

Lawatan kontroversi tersebut pernah disiarkan oleh portal berita Malaysiakini bertajuk ‘Saya tidak guna wang negeri ke London’ di http://www.malaysiakini.com/news/86562

Berikut adalah SMS Fairus (019-62337300) kepada tauke kuari:

SMS 1
23 Jun 2008
10.00 pagi

Good day. I’ve cheked the latest cost needed for the London mission. Inclusive of all related cost.ie local cost-accomotion,transportation, airfares, (to & fro) & meals for 5 day, the actual cost needed is only RM20k. Please assist in depositing the needed help into this acc 14153010028073 (Bank Islam). The ass is needed to arranged today as the purchase of flight ticket need to done urgently. Tq so much to ur help. Pls delete this sms once u have read & deposit the help. Pls reply.

Tauke kuari kemudiannya memaklumkan kepada Fairus, bahawa di Juru Bukit Mertajam, tidak terdapat cawangan Bank Islam. Justeru itu, Fairus menghantar SMS berikut yang disertakan nombor akaun Maybank miliknya.

SMS 2
23 Jun 2008
10.19 pagi
This is maybank acc no 16401468986970. Tq so much.

Tauke kuari kemudiannya telah memasukkan wang berjumlah RM10,000 ke dalam akaun Maybank Fairus bernombor 16401468986970 pada 23 Jun 2008. ( Salinan resit bernombor 7474847 ( 246832) disertakan..

Namun, apabila isu itu mula heboh diperkatakan dalam media, terutamanya apabila bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Amizudin Ahmat membangkitkan dalam media berkenaan penyelewengan dan rasuah kuari, yang membabitkan dua pemimpin keADILan ( tidak disebut nama ) Fairus mula terasa bahangnya.



bject width="480" height="385">
\
Seumpama ‘siapa yang makan cili, dia terasa pedasnya’, Fairus mula berdalih kononnya wang yang diterima adalah pinjaman. 
Justeru itu, pada 6 Mac 2009, jam 8.50 pagi, Fairus telah menghantar SMS kepada tauke kuari yang cuba menafikan kononnya, wang diterimanya sejak 9 bulan lalu adalah pinjaman.


SMS 4
6 Mac 2009
8.50 pagi
Greeting, pls sms me your details for me to repay back the loan that you gave me before. I have been trying to call you so many times already for so long but cannot get you. I want to repay back the loan. Pls assist.


Salahlaku Fairus ini boleh dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa dan korupsi.
k the loan. Pls assist.



Rumah saya dikepong oleh SPRM dan saya di soal siasat selama 10 jam di pejabat SPRM Butterworth.

bersambung.....





* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Lintas Langsung dari Hulu Selangor sehingga jam 1.00 tgh


                    12.00 pm : Penyokong BN mula mempamer aksi lucah kepada penyokong PR di Sek. Men. Ampang Pecah. Mereka saling berbalas sorakan. Keadaan masih terkawal.
11.55 am : Suasana sekali lagi tegang di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan.

Pergaduhan hampir tercetus ekoran jarak kedua-dua penyokong hanya sebelah menyebelah.
11. 30 am : Pelbagai spekulasi mula tersebar melalui khidmat pesanan ringkas SMS mendakwa PKR bakal menang besar.
Ada yang mendakwa PKR akan menang besar berdasarkan maklumat briged Welsh, pemimpin Umno didakwa sudah beransur ansur meninggalkan Hulu Selangor.
Manakala ada juga SMS mengatakan PKR akan tewas jika hanya 60 peratus sahaja pengundi keluar mengundi. Namun jika Peratus keluar mengundi lebih 61 peratus, PKR dijangka menang besar.
11.25 am : SPR memaklumkan Peratus keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi adalah 24,645 iaitu 38.21 peratus.
11.20 am : Di Sek. Keb. Ulu Yam Baru- Pemuda BN dilihat mendominasi keadaan. Gelagat sorakan mereka hanya diperhatikan penyokong Pakatan rakyat
11.15 am: Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.
11.10 am : Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Beliau bagaimanapun hanya meninjau dari kenderaan yang dinaikinya akibat jalan terlalu sesak.
Beliau bagaimanapun sempat bertanya khabar pengundi yang datang membuang undi dan bersalam dengan penyokong yang berbaris di tepi jalan.
11.05 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah-Penyokong PR terus berlawan sorak dengan penyokong BN. Di sebelah PR, mereka melaungkan " enjin jet hilang...BN, curi pasir...BN" manakala di sebelah BN mereka hanya membalas " dua tahun perintah tak buat apa-apa".
Biarpun berbalas sorakan, keadaan masih terkawal dengan beberpa anggota keselamatan dihat cuba menenangkan penyokong dari kedua belah pihak.
11. 00 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Berlaku sedikit kekecohan apabila pihak polis tidak membenarkan petugas media termasuk wartawan dan jurugambar masuk ke kawasan pembuangan undi biarpun mempunyai pas SPR.
10.45 am : Di Sek. Men. Ampang Pecah- Kekecohan berlaku antara penyokong kedua-dua pihak. Mereka pada mulanya salang berbalas sorakan sehingga membawa kepada perang mulut yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.
Beberapa anggota polis dilihat berkawal ditengah-tengah kedua-dua penyokong.
10: 40 am: Pemimpin Pakatan Rakyat bersama penyokong sedang giat menjalankan tugas meraih undi di Sek. Men Batang Kali Baru.
Zaid Ibrahim dijangka tiba di sini sedikit masa lagi. Para wartawan sedang berkumpul di sini difahamkan mahu bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR berhubung isu jumlah pengundi Kampung Tanjong yang sebelum ini sebahagian besar dipindahkan ke Selayang.
10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan 'Yahudi', 'Israel', 'Umno Israel' dan 'rasuah' oleh penyokong Pakatan Rakyat.
Jumlah keluar mengundi  di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.
10:30 am : Menurut SPR, sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 16,932 atau 26.25 peratus sudah keluar mengundi.
10.23 am : Di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu-Sekumpulan petugas SPR mengarahkan pondok panas yang didirikan kedua dua parti bertanding berdekatan pusat membuang undi dialihkan.
Penyokong bagaimanapun dilihat akur dengan arahan tersebut, dan beramai ramai mengusung khemah yang dijadikan pondok panas dan dialihkan ke kasawan lain.
10.20 am : Tercetus kekecohan apabila Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di sini.
Sekumpulan penyokong BN menolak beliau sehingga hampir jatuh.
Dua remaja dari pihak masing-masing hampir bertumbuk tetapi sempat ditenangkan pihak Polis
10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong.
Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.
10:15 am: 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.
10.00 am : 5 buah trak FRU penunh dengan anggota tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu untuk megawal sebarang kemungkinan. Suasana bagaimanapun masih terkawal manakala lalu lintas masih bergerak perlahan.
9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali jam 10.00 pagi ini.
9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.
Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi 'wheely' sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.
9.30 am : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu meninjau suasana pengundian.
Beliau disambut penyokong dan juga pengundi di kawasan berkenaan.
Sehingga kini, hanya penyokong Pakatan Rakyat sahaja berbaris di tepi jalan menuju ke pusat pengundian di sini manakala penyokong BN masih belum kelihatan.
9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali.
Pemuda PR melaungkan 'tutup aurat' dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.
9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.
9.20 am : Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming meninjau suasana.
9.15 am : Penyokong Pakatan Rakyat dan BN sedang hangat berbalas sorakan di sepanjang jalan Sek. Keb Batang Kali. Jalan pada waktu ini penuh sesak.
Para pengundi dilihat mula ramai datang dan masuk ke kawasan pusat mengundi.
9.00 am : Jalan menghubung pekan-pekan utama di Hulu Selangor kini sesak dengan kenderaan.
Kenderaan dari jalan Kuala Kubu menuju ke Batang Kali juga kini dilaporkan tidak bergerak akibat kesesakan.
8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.
Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.
Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.
8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.
8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.
8.15 am : Difahamkan jam 5 pg tadi, pemuda AMK menahan sebuah bas yang didakwa membawa pengundi hantu berdekatan IKBN Ampang Pecah. Mereka kemudiannya dikepong oleh sekumpulan pemuda lain namun berjaya dikawal pihak keselamatan.
8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.
8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi.
Ianya akan tamat jam 5 petang dan semua peti undi akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.
- Harakahdaily
Hazayani Zakaria, Dzulfikar Mashoor, Syukri Mohamad  

Mana Yang Wajib? Patuhi Ajaran Nabi Atau Patuhi Perintah Sultan?


               Terkejut sakan penulis bila membaca kenyatan Ketua Polis Negeri Selangor dan Pengarah MAIS bahawa Sultan arahkan tindakan kepada sesiapa yang menggunakan Masjid untuk ceramah politik. Kalau benarlah ini arahan Sultan, inilah bahana dan bahayanya melantik bukan ahlinya menjadi Ketua Agama, apatah lagi jika Ketua Agama itu dikenali sebagi seorang kaki betina, kaki arak dan kaki judi.

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa larangan bercakap politik dalam Masjid adalah peninggalan penjajah adalah tepat. Masjid adalah tempat untuk menghuraikan segala masalah manusia yang berasaskan Quran dan Hadis Nabi termasuk bab ibadah, bab Negara (politik), ekonomi dan segala-galanya telah disediakan oleh Allah untuk manusia.

Kenyataan Datuk Zahid bahawa Dato Hassan Allah derhaka kepada Sultan kerana berkhutbah Jumaat adalah kenyataan orang sesat dan syirik. Apakah yang dilakukan oleh Dato Hassan Ali itu bercanggah dengan Quran dan Hadis? Sekiranya tidak, peduli apa dengan perintah Sultan? Apa yang Sultan tahu tentang hukum Islam dan bab ibadah? Bab arak dan perempuan dia tahulah. Sepatutnya Ketua Agama mesti dilantik dari kalangan individu yang kuat pegangan agamanya, warak dan dalam ilmu Islamnya bukan dari kalangan yang kerjanya hanya melakukan kemungkaran pada Allah dan menghabiskan harta rakyat seperti kawasan balak dan projek-projek. Kita tersentuh hati melihat akhlak Pemangku Sultan Kelantan. Sentiasa ke masjid berjemaah, menziarahi rakyat miskin dan yang uzur dan boleh mengimamkan solat. Inilah Ketua Agama warisan Nabi dan para sahabat. Inilah Sultan tempat orang Melayu berpayung dan Ketua Agama Islam yang kita cari dan bersesuaian dengan ajaran Nabi.

Bapak Hamka dalam kitab Tafsir Al Azharnya secara terang menjelaskan bahawa "barangsiapa yang mengatakan atau beriktikad bahawa agama dan politik itu tidak ada kena mengena, mesti dipisahkan, sesungguhnya mereka itu jatuh kufur dan sesat". Yusof Al Qardawi dalam kitabnya juga menyatakan bahawa sesiapa memisahkan agama dan politik, hukumnya sesat. Dan hanya orang yang kufur dan sesat saja yang akan berusaha mencegah dan menghalang masjid yang merupakan rumah Allah untuk disampaikan ilmu Allah dan ajaran Nabi termasuk politik.

Oleh kerana politik bawaan UMNO itu jelas sesat dan syirik, maka mereka mencari jalan untuk menghalang ianya disampaikan dalam rumah Allah, kerana takut umat Islam akan faham ajaran Islam yang sebenar dan akhirnya sedar dan insaf lalu meninggalkan UMNO. Adakah Nik Aziz datang ke masjid, beri kuliah dan ajak manusia supaya lawan hukum Allah? Lawan ajaran Nabi? Lawan peringatan para-para ulama dahulu?

Kalau khutbah Jumaah di masjid-masjid UMNO yang jelas mengajak jemaah supaya akur, patuh dan memuji UMNO, apakah itu bukan politik? Lagi teruk dan sesat isi khutbahnya kerana mengajak jemaah taat dan petuh kepada sebuah kerajaan dan parti yang jelas sesat dan syirik dari ajaran Allah dan Rasul. Mengapa Sultan tak tegur dan tak halang? Kerana Sultan jahil dan buta agama. Ini Ketua Agama? Patutlah bermacam bala yang Allah turunkan akibat orang jahil dan bukan ahlinya (kaki maksiat) dilantik menjadi Ketua Agama dan menjaga urusan agama. Punah dan hancur Negara dan umat. Semua rakyat tanggung dosa dan jawab depan Allah kelak. Ada mufti pun tak ubah macam Abdullah bin Ubai.

Bagaimana Ketua Agama membiarkan malahan mengizinkan kilang-kilang judi dan kilang arak bertaburan dalam negerinya? Pejabat agama buat apa? Tumpang sama?

Allah dan Rasul tidak haling masjid digunakan untuk bercakap politik (berkaitan pemerintahan yang bersumberkan Quran dan hadis), tiba-tiba ada pula puak jahil cuba menjadi jaguh agama kononya member arahan tidak boleh. Siapa kamu? Apakah kamu lebih hebat dari Allah dan Rasul? Apakah rakyat kena patuh dengan arahan Sultan yang bercanggah dengan ajaran Nabi atau kena patuh dengan Sunnah Nabi?

Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS bukanya bercakap dalam masjid untuk ajak jemaah pergi berjudi, minum arak, makan rasuah, tipu rakyat dan berzina seperti orang UMNO, , tetapi ajak manusia taat pada Allah dan ajaran Rasul, nasihat manusia agar jangan menyokong atau bersekongkol dengan golongan yang sesat dan syirik pada Allah kerana balasanya adalah neraka kelak. inikah yang hendak dihalang? Mengapa Sultan tak halang pemimpin dan orang UMNO yang makan rasuah, minum arak, berjudi, berzina, rampas tanah rakyat, roboh rumah Allah dan roboh rumah rakyat miskin? Umat Islam patut dan wajib menilai, apakah perlu di taati perintah Sultan yang sebegini. Pejabat agama pun hanyalah barua UMNO, tak tahulah pejabat agama apa? Agama Islam atau agama Yahudi (APCO).

Oleh itu, kepada pejuang Islam, pendakwah dan tokoh-tokoh agama, teruskan dakwah demi untuk memenuhi amanah Rasulullah supaya semua ajaranya disampaikan kepada semua manusia termasuk bab politik (pemerintahan). Pedulikan golongan jahil dan sesat kerana mereka tidak punya hak untuk menyekatnya. Jika kita patuh dengan perintah golongan seperi ini bermakna kita juga termasuk golongan yang syirik lagi sesat. Ketaatan mutlak kita hanya pada Allah dan ajaran Rasullullah, bukan kepada puak munafik dan kaki maksiat. UMNO menggunakan Sultan hanya untuk menjadi alat mereka saja. Untuk mempastikan Sultan akur dan patuh dengan mereka, kawasan balak dan projek menjadi umpan mereka. Yang terus merana adalah rakyat bawahan, rakyat miskin. Sedarlah wahai rakyat Malaysia. Sehingga bila kamu harus diperbodohkan? Kepada Dato HassanAli, tahniah dengan keberanian Datuk. Perintah Allah dan Rasul mengatasi segala-galanya. Tidak timbul isu Datuk derhaka pada Sultan kerana durhaka serta dosa-dosaSultan pada Allah dan Rasul serta kepada rakyat lebih banyak. Wallahualam. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails