WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, April 30, 2010

Jika PAS tidak boleh bersama DAP, bagaimana dengan Umno bersama Yahudi?

 PAS mengkritik kerjasama antara kerajaan Umno-BN dengan syarikat Apco Worldwide milik Yahudi bagi menjawab kritikan Umno pada PAS yang menjalinkan kerjasama dengan DAP yang dianggap parti bukan Islam.

Dalam satu ceramah kempen terakhir di Stadium mini Kuala Kubu Baru malam tadi, beliau menggunakan peluang tersebut bagi menjawab segala tohmahan Umno kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS bagi menjelaskan kepada penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat isu-isu semasa.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama antara kerajaan Umno-BN dengan syarikat Apco Worldwide milik yahudi, beliau menempelak tindakan tersebut memandangkan sebelum ini Umno-BN sering melemparkan pelbagai tuduhan berhubung kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"PAS bersama(bekerjasama) DAP, dia(umno) marah. Dia bersama Yahudi tiada apa-apa salahnya pula," sindirnya sambil menuduh parti itu tidak mempunyai asas sehingga menyebabkan mereka tersasar.

Beliau sekali lagi mengulangi tentangan ke atas Umno-BN yang menggunakan taktik pembelian undi bagi memudahkan proses kemenangan
umno beli orang, mereka buat rakyat seperti ayam, itik, kambing yang boleh dijual beli," katanya dalam kemunculan pertama selepas pulang dari menunaikan umrah baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu turut menceritakan sejarah penglibatan beliau dengan politik termasuk saat penggabungan PAS bersama parti perikatan suatu ketika dahulu.

Beliau turut menyatakan kekesalan atas sifat Umno-BN yang mengkhianati persefahaman yang dijalinkan antara parti-parti dalam BN ketika itu.

Ceramah tersebut telah berjaya menghimpunkan kita-kira 50,000 penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat yang datang daripada pelbagai pelosok negara.

Pada majlis tersebut, turut sama menyampaikan ucapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi DAP, Karpal Singh, dan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan terdahulu, Khalid menyampaikan rasa penghargaan kepada seluruh jentera kempen daripad ketiga-tiga parti pakatan Rakyat termasuk semua pihak yang turun membantu dalam usaha memenangkan calon PKR, Dato' Zaid Ibrahim.

"Terima Kasih dan keladi, perjuangan ini kita teruskan lagi," demikian ujarnya dalam nada pantun.

Di seberang jalan tempat ceramah tersebut diadakan, satu lagi ceramah kempen terakhir pihak lawan, Umno-BN menampilkan presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak bersama mantannya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun kesesakan jalan raya tidak menimbulkan masalah yang serius malah ianya berjalan dengan terkawal.

Para penceramah kempen Pakatan Rakyat pula terpaksa diangkut menggunakan motorsikal dan kereta ke pentas ceramah akibat keadaan dalam stadium yang begitu sesak dipenuhi mereka yang hadir.

Berdasarkan pemandangan dari jauh ianya seperti lautan manusia di tengah stadium mini tersebut sehingga melimpah ke jalan raya di pekan Kuala Kubu Baru.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails