Bilamana sesaorang itu pernah duduk di sesuatu kedudukan, dan heiraki tertinggi pulak tu , serta dalam satu jangkamasa yang agak lama, dan sekiranya ia seorang ketua atau pemimpin dari UMNO dan di suatu negeri yang diperintah oleh kerajaan BN, serta sempat mengumpul kekayaan , harta dan projek bukan hanya untuk diri sahaja ,
malah melimpah ruah untuk anak – beranak , ahli keluarga , sahabat handai , rakan taulan juga kroni – kroni politik , maka sudah barang tentu bukan sekali sekala bah kan mungkin tiap – tiap hari mengimpikan supaya dikembalikan semula jawatan itu , atau pangkat itu dengan kadar segera. Begitulah juga yang sedang dialami oleh yb dato seri dr khir toyo
Masalah dan isu terbaru yang timbul kini , bukan soal jawatan MB di Selangor , tetapi jawatan Pengerusi PAC dimana Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul untuk melantik wakil rakyat pembangkang dari BN sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira - kira Awam [ PAC ] negeri Ia diluluskan walaupun dibantah oleh wakil rakyat BN sewaktu usul itu dibahaskan dan kemudiannya mereka mengundi menolaknya.Berikutan itu, Shamsudin Mohd Lias (BN-Sungai Burong) dilantik sebagai pengerusi baru PAC Selangor yang dianggap sebagai satu sejarah.
Adalah satu bagi di negara-negara maju yang mengamal demokrasi untuk melantik wakil rakyat pembangkang mengetuai jawatankuasa yang serupa dengannya, tetapi Parlimen yang dikuasai BN, sehingga ini, enggan berbuat demikian.
ADUN BN Datuk Shamsudin Mohd Lias (Sungai Burong) tidak boleh menolak pelantikannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri kerana ia merupakan satu usul yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN), kata speaker Teng Chang kim cuma yang menjadi masalahnya ialah bilamana Ketua pembangkang di DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyifatkan usul pelantikan ADUN Sungai Burung dari BN, Datuk Shamsuddin Lias sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri, dibuat berdasarkan kepentingan politik.
Beliau berkata, meskipun usul itu yang dikemukakan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail diluluskan dalam sidang DUN Selangor hari ini, tetapi ia dilihat tidak memberi sebarang makna kepada usaha kerajaan negeri yang ingin mewujudkan kebebasan dalam jawatankuasa itu, sebab hanya dianggotai seorang lagi ADUN BN dari Semenyih, Johan Abdul Aziz, manakala lima lain adalah daripada Pakatan Rakyat.
"Jadi bagaimana pengerusi PAC baru ini boleh melaksanakan tugasnya dengan baik kerana komposisi ini akan sudah pastinya mewujudkan kekangan dalam membuat sesuatu keputusan.
"Sepatutnya PAC negeri haruslah diwakili dua ADUN dari Pakatan Rakyat dan lima ADUN BN selaku pembangkang Nota
Begitulah kalau akal seorang pemimpin dan bekas ketua UMNO berfikir , disebabkan otak sudah beku , perjalanan dan pergerakan saraf pada keseluruhan otak terbantut. Idea dan buah fikirannya menjadi tumpul , lembab , dungu dan terencat.
Ideanya menunjukkan berlaku pertentangan antara kata hati dan akalnya , sepertimana pernah terjadi bila beliau pernah menganugerahkan sebatang penyapu kepada seorang ketua di sesuatu daerah di Selangor sebagai ‘penghargaan’ kerana ketidakcapaian prestasi seperti yang dikehandaki , menjustifikasikan itulah kemuncak kehebatan akalnya berfikir. Barangkali hatinya tidak begitu.
Perlantikan bagi mengetuai satu organisasi penting bagi mencapai satu misi , visi dan objektif besar di Selangor , dan merupakan satu amanah. Bukan kah tugas sebagai wakil rakyat adalah satu amanah.
Tetapi , oleh kerana sudah menjadi tradisi kepada semua pemimpin – pemimpin UMNO sejak akhir – akhir dan kebelakangan ini , iaitu kalau boleh semuanya hendak diletakkan di atas bahu nya 100%. Maksudnya , selain Pengerusi maka juga keahlian dalam organisasi itu dengan bilangan majoriti , beliau harus ingat kerajaan Selangor bukan lagi diperintah olehnya , dan kerana kerajaan yang sedia ada mempunyai matlamat tersendiri.
Agak – agaknya selepas ini , barangkali yb khir ni akan memohon supaya diberikan kembali jawatan MB kepadanya , dan yb tan sri Khalid Cuma sebagai exco atau wakil rakyat sahaja , dengan andaian akal dan diri yang paling layak , efisen , berketrampilan , berpengetahuan , berkemahiran dan berpengalaman dalam menguruskan negeri.
Betul ke beliau selaku Ketua Pemikir UMNO di Selangor ni genius ?.