WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, July 16, 2010

Subsidi: YB BN.. YB PR hangpa 2X5.. Last beginilah Nasib Rakyat Bawahan



Cuti sekolah baru ni, saya dgn org rumah pi makan kenduri kahwin anak abang ipaq di Serawak. Kami bertolak dari Penang; sampai Kuching bergabung dengan saudara mara org rumah yang turun mai dari Terengganu, Pahang dan juga Selangor.

Waktu jamuan tengahari tu, timbul cerita pasal susah nak dapatkan gula kat kedai-kedai di sekitar Kuching. Terus saya tanya:

"Aik, Serawak pun x dak gula ka?, saya ingatkan Kedah dan Penang saja!"

Sedara dari Tganu jawab:

"Bukan kata Kedah/Penang, kat Tganu dan Pahang pun payah nak dapat gula, org nak buat kenduri kahwin pun susah, bla bla bla"

Saya kata:

"Laa, 1MALAYSIA tak dak gula rupa-rupanya!"

Heran sungguh, dengan kepimpinan negara yang hebat dan megah dengan serba serbi tu, GULA pun tak boleh jaga, 1MALAYSIA boleh diperkotak-katikkan oleh Tauke Gula. Bukan pasal apa, sebab ada orang dok kata ini semua adalah permainan Tauke Gula nak penaikkan harga.

Lepas balik Serawak tu, saya lupa dah bab payah nak dapat gula ini, dah jadi mangli - hari tu pi beli barang kat ECONSAVE Sg Petani, nasib baik bawak anak 4 lima orang, suruh depa pakat tolak troli sorang sikit, dapatlah bawa balik gula 1kg dalam 4 kapit.

Hari ini, bila baca Malaysiakini, antara berita utamanya gula naik harga DUA-KUPANG LIMA-DUIT (25sen) jadi RM1.90, maka secara sekali lalu, bila kita baca, bunyinya memang betoilah cerita gula payah nak dapat hari tu adalah mainan Tauke Gula nak penaikkan harga. Dajei punya Tauke Gula!

Tapi, bila saya ulang baca kenyataan kerajaan bila gula,minyak dll naik harga tu, kerajaan berjaya jimat RM750 juta setahun. Makna kata, dlm bab harga gula ni, harga asal memang dah pun RM1.90 tapi kerajaan berjiwa rakyat kita ini pi bagi kat kita semua subsidi 25 sen, pi tolong bayar 25 sen untuk kita, jadinya harga gula waktu tu RM1.75 saja.

Sekarang ini, kerajaan yg sama - yg berjiwa rakyat ini, dia pi tarik balik duit 25 sen tu, kita sendiri yg kena top-up 25 sen, maka jadinya kita kena bayar RM1.90 sekilo. Maknanya Tauke Gula yg dipersalahkan tu tak dapat untung tambahan pun sebab dulu kerajaan bayar, tapi sekarang ini kita sendiri yang kena bayar.

Hah, ini sama macam kes saya bagi anak saya bawa duit sekolah RM1.50 sehari; lepas tu mai 16-Julai-2010, saya pi kata kat anak saya hat darjah satu tu:

"Ain, mulai hari ini Abah bagi duit sekolah kat Ain RM1.25 saja. Tapi tak apa, Ain boleh korek TABUNG Ain tu, ambik 25 sen top up tiap-tiap hari, samalah, Ain bawa RM1.50 juga"

Ain, anak saya yg tak reti apa tu pakai angguk kepala saja.

Makna kata dalam bab gula naik harga dan kerajaan jimat subsidi ini, kita semua dah jadi macam budak darjah satu saja; diperkotak-katikkan ikut suka depa.

Nak buat macam mana, kita ini semua hanyalah rakyat biasa, rakyat bawahan, hanya malukut di tepi gantang. Depa tu semua, tak kiralah YB mana sekali pun, kerajaan ka, pembangkang ka, BEBAS ka, KATAK ka, semuanya 2x5 saja, dok pum pang pum pang, sembang deras saja, rakyat diutamakanlah, lantik kami nanti kami fight untuk rakyat dalam parlimen la, apa bala la; tapi semua poorahh saja; last-last rakyat biasa macam kita semua juga yg jadi mangsanya.

Ikut suka hangpa lah - cuma harapnya penarikan subsidi ini, kalau tak banyak pun, sekurang-kurangnya dapat bagi gerenti yang negara kita MALAYSIA ini tak akan BANGKRAP dah lepas nie - sekurang2 nya ada juga jasa kita, rakyat bawahan ini untuk negara. Baguih dok ada!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails