WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, July 13, 2010

Prof Dr Abd Aziz Bari: Hilang Yakin Kpd Sistem Di Bawah BN, Puji PAS



7pengerusiItulah yang dapat saya buat kesimpulan melalui ucapan Prof Dr Abdul Aziz Bari dalam satu majlis makan malam anjuran Jabatan Kerajaan Dan Swasta PAS Kawasan Kemaman di Suria Cherating Resort malam tadi (11 Julai 2010). Majlis ini sempena infaq Ramadhan untuk faqir miskin serta sumbangan kepada anak yatim. 


2 orang lagi ahli panel ialah YB Datuk Tengku Hasan bin Tengku Omar, ADUN Ladang, Terengganu dan Ustaz Nasarudin Hasan, Ketua DPPP yang menggantikan YB Ustaz Wan Ismail bin Wan Jusoh yang tidak dapat hadir. Tajuk berkisar ‘Masadepan Malaysia- Menurut Perspektif Perundangan’. Antara intipati ucapan ketiga-tiga panel:
1. YB Datuk Tengku Hasan:
2YB  Datuk Tengku Hasan
-lebih fokus kepada korupsi pemerintahan UMNO/BN sekarang-isu tanah terutamanya, pampasan yang tidak diberi walaupun kerajaan boleh gunakan budibicara, membandingkan kejayaan PAS ketika memerintah Terengganu 2000-04. Cara proses mengukur tanah dan kelulusan pemberian tanah yang ada cara tersendiri lebih cepat. InsyaAllah akan diaplikasi jika PAS menang PRU13 di Terengganu.
-Cara jawapan MB yang ambil mudah dan EXCO di dalam DUN yang tiada kredibiliti. YB Wahid Endut tak puashati jawapan EXCO dan (mafhum) katanya lebih baik kami berada di kerusi EXCO dan EXCO di kerusi pembangkang.
-hukum Islam yang ditegakkan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Terenganu, termasuk isu hukum murtad kepada Ayah Pin.
-persempadanan semula di peringkat negeri yang dipersetujui, tetapi tidak Parlimen. Kemungkinan lebih banyak DUN baharu.
-isu-isu nasional juga diulas seperti ISA, OSA dan lain-lain.
2. Ustaz Nasarudin bin Hasan:
11ust nasarudin hasan-pembuat undang-undang sendiri yang melanggar undang-undang.
-Undang-undang manusia yang terdedah kepada kekurangan dan undang-undang Islam yang lebih baik.
-Islam dalam Perlembagaan yang perlu ditafsir secara positif, bersetuju dengan tulisan Prof Abd Aziz Bari tentang perkara ini.
-mengulas isu judi sukan, PAS sesat seperti tohmahan tidak berasas Shafie Apdal dan lain-lain.
3. Prof Dr Abdul Aziz Bari:
8Prof aziz bari-memberi komentar dari segi perundangan dan perlembagaan negara tentang isu tanah dan pemberian pampasan kepada rakyat.
-kemusnahan sistem perundangan yang menghakis kepercayaan rakyat dan semua pihak terhadap sistem yang ada.
-drebar yang memandu secara salah yang mesti ditukar.
-keyakinan terhadap PAS sebagai pengganti UMNO yang sudah tidak lagi mampu menjadi pelindung.
-isu negara Islam yang dibangkitkan oleh Karpal Singh.
-beri penekanan kepada sistem 2 parti.
-perlembagaan Malaysia yang sudah baik, cara tafsiran yang positif terhadapnya.
-jika menang, jangan ganggu pegawai kerajaan kerana majoriti mereka jujur melaksanakan tugas
-belum bersedia terjun dalam bidang politik, kekal buat masa ini sebagai ahli akademik yang bersedia menegur, memberi pandangan dan kritikan kepada semua pihak terutama dalam bidang perlembagaan negara.
Dialog bersama peserta makan malam, termasuk dari kalangan profesional yang datang terutama yang tinggal di kawasan Kemaman dan berhampiran. Di antara jawapan tersebut telah dimasukkan dalam intisari ucapan di atas.
Majlis bersurai jam 11.40 malam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails