WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, July 13, 2010

Penting: Anak-anak Kita Jadi Mangsa Di Sekolah



Sedarkah kita bahawa anak-anak kita sedang kerugian di sekolah? Kita hanya tahu jawapannya jika kita ambil berat tentang pelajaran mereka atau kita banyak berbual dengan rakan-rakan tentang masalah anak-anak di sekolah sekarang, atau isteri kita seorang guru.


Antara masalah yang berlaku sekarang ialah anak-anak kita tidak belajar pelajaran tertentu kerana tiada guru ganti.
Di sekolah, ada guru bersalin, ada yang menyambung pelajaran, ada yang bercuti tanpa gaji dan terbaru kelambatan guru-guru J-QAF diposting ke sekolah. Bila ini berlaku,  anak kita tidak dapat belajar dengan sempurna. Guru yang masuk menggantikan guru yang tidak hadir tadi belum tentu mengajar pelajaran yang digantinya. Contohnya, guru yang bercuti ialah guru Sains tapi guru  yang ganti belum tentu ajar Sains. Jika guru ganti tu guru BM, tak kan dia nak ajar Sains. Mungkin dia tak pandai mengajar Sains.
 
Masalah yang kroniknya pula ialah jabatan tidak menghantar guru ganti bersalin, guru ganti sambung pelajaran, guru ganti cuti tanpa gaji dengan ALASAN tiada peruntukkan. Bahasa mudahnya, kerajaan tiada duit kerana potongan belanjawan. Nah! Inilah kesan bila wang negara bocor. Anak-anak kita jadi mangsa.
 
Cuti bersalin 2 bulan. Cuti lain-lain mungkin berbulan-bulan dan mungkin ada cuti tanpa gaji sampai setahun kerana ikut suami keluar negara. Entahlah. Itu hak mereka. Tanggungjawab kerajaan BN ialah sediakan guru ganti.
 
Apa nak jadi kalau anak di sekolah rendah 2 bulan tak belajar Bahasa Arab. Apa nak jadi anak sekolah menengah 2 bulan tak belajar Sains. Apa nak jadi kalau satu sekolah menengah yang ada 100 orang guru, terdapat 20 guru bercuti panjang kerana bersalin dan seumpamanya dalam tahun 2010 ini. Apa nak jadi kalau anak kita yang tingkatan 2, tiada guru B.Inggeris dan Sains. Dua bulan tak belajar BI dan 2 bulan tak belajar Sains. Apalagi kalau anak kita di darjah 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5 yang akan ambil periksa. Fikirkan masalah generasi ini. Kalau dah tak belajar 2 bulan, bolehkah habis sukatan pelajaran untuk setahun? Kalau tak habis, nak sambung bila? Naik tingkatan pada tahun berikut, pakat sambung sukatan baru dalam keadaan yang tahun lepas tak habis.
 
Apakah kerajaan BN tetap tidak akan beri guru ganti di sekolah kerana kurang wang? Habislah anak kita kalau macam ni. Baik  BN  letak jawatan daripada jadi kerajaan. Apakah masalah ini akan berterusan pada tahun 2011 kerana ekonomi dunia dijangka meleset? BN pula kebocoran poket kerana ditebuk oleh kroni. Siapakah yang boleh desak kerajaan BN atasi masalah ini; orang perseorangan, PIBG atau Pakatan Rakyat? Terpulanglah. Yang penting, ada pihak yang membantu mengatasi masalah anak-anak kita ini. Jangan biarkan anak-anak kita tidak sempurna pelajarannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails