Oleh itu juga, parti parti politik yang ada seperti PKR dan DAP tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada umat Islam untuk terus menerajui negara.Yang penting Umat Islam perlu kuat tetapi bukan umat melayu sahaja yang perlu kuat.Bagaimana umat Islam perlu kuat?Apakah dengan menanam rasa curiga kepada bukan Islam atau memandang serong kepada kehadiran DAP dan PKR?
Untuk kuat, perkara pertama bagi setiap individu muslim terutama dari bangsa melayu ialah mesti mengubah persepsi bahawa Islam bukan milik bangsa melayu.Apabila seseorang membicarakan tentang umat Islam, seharusnya ianya bukan bermaksud orang melayu sahaja dan apabila bercakap mengenai keperluan untuk menjadi umat yang kuat, sudah tentu petunjuk dari alquran, hadis dan ijmak ulamak perlu dijadikan bahan rujukan utama.
Kuatnya umat Islam tidak bermakna kuatnya melayu sahaja dan kuatnya umat Islam bukan hanya bergantung kepada pencapaian meterialistik tetapi apa yang lebih penting ialah iman dan taqwa.Jadi keengganan sebahagian orang melayu menerima ideologi pragmaits dan kebaratan tidak harus dijadikan alasan mengatakan umat Islam sekarang lemah dan sedang ditindas oleh orang bukan Islam terutamanya yang bersama DAP dan PKR.Tetapi ada kebenarannya apabila mengatakan orang melayu(bukan orang Islam) sekarang sedang diperbodohkan oleh orang bukan Islam yang bersama sama MCA,MIC,PBS dan GERAKAN.Contoh paling jelas ialah isu judi piala dunia di mana Mahadir sendiri turut mendakwa orang cina sukakan judi.Tetapi kesanggupan pengerusi DAP Perak untuk berdebat dengan Chu Soi Lek mendedahkan bagaimana orang orang cina yang bersama MCA sedang memperbodohkan orang melayu dengan bantuan UMNO.
Jadi, menjadi keperluan penting kepada semua supaya memperbetulkan persepsi bahawa Islam bukan untuk orang melayu sahaja sebaliknya marilah bersama sama kembali kepada petunjuk alquran dan alhadis dalam mendefinasikan orang Islam yang sebenarnya.Seterusnya marilah bersama sama memperkuatkan umat Islam negara dengan cara melaksanakan apa jua yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang serta tidak lagi berbalah mengenai perkara perkara khilaf.Begitu juga marilah bersama sama membuang semua sifat sifat muktazillah terutama dalam membuat "focusting" mengenai apa yang bakal berlaku di masa depan.Sifat muktazilah ini boleh dibuang dengan kesedaran bahawa apa yang akan berlaku di masa depan adalah ketentuan ALLAH yang memiliki segala galanya di langit, dibumi dan diantara kedua duanya.
Marilah kita memperbanyakkan doa sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Nabi sebagai senjata mukmin dan marilah bangkit qiam memperbanyakkan amal ibadat agar doa kita dimakbulkan ALLAH.Semuga limpah barakah ALLAH akan berterusan dengan amalan amalan ini.
Sesungguhnya prasangka terhadap orang orang bukan Islam tidak membawa kita kepada kebaikan sebaliknya amal soleh yang diperbanyakkan yang akan menemukan kita dengan janji ALLAH.
LA TAHZAN,,,,,,
"
No comments:
Post a Comment