Ahmad Lutfi masih bercuti selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dua bulan lalu di pusat perubatan UKM.
Beliau dijangka akan mula bertugas semula awal Ogos depan.
Antara yang hadir pada pertemuan itu adalah ketua pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan ketua pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong serta para wartawan masing-masing.
Ziarah itu menjadi penting ekoran tindakan KDN terhadap permit akhbar masing-masing. Harakahsudah mendapat permit semalam namun terpaksa mematuhi syarat yang ketat dari KDN.
Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah hanya boleh dijual di markas PAS sahaja.
"Kalau selama ini, masing-masing bergerak sendiri walaupun di bawah satu bumbung iaitu Pakatan Rakyat, mulai hari ini kami akan bergabung dalam usaha untuk membebaskan media di negara ini dari kongkongan pelbagai akta," kata Ahmad Lutfi.
Ahmad Lutfi mempunyai pengalaman yang banyak dalam menghadapi KDN kerana permit penerbitan majalah dan akhbar yang dikendali beliau pernah diharamkan oleh KDN.
Dalam pertemuan itu, keputusan dicapai untuk bertemu lagi minggu depan bagi merancang aktiviti bagi memperjuangkan kebebasan media di negara ini.
Lebih ramai pengarang dan aktivis media akan dilibatkan bagi menjayakan rancangan itu.
No comments:
Post a Comment