WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, July 14, 2010

Kursus ESQ boleh dilaksanakan, tapi dipantau

Muzakarah khas jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) bagi hal ehwal agama Islam Malaysia memutuskan kursus ESQ Leadership Training boleh dilaksanakan di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Datuk Abdul Shukor Husin berkata, bagaimanapun ia harus dilaksanakan di bawah pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah ESQ yang direstui Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Katanya, keputusan itu dibuat setelah muzakarah yang bersidang pada 16 Jun lalu berpuas hati dan berpandangan bahawa kebanyakan unsur keraguan dalam kursus itu boleh diperbetul dan diperjelaskan.

Abdul Shukor berkata MFK juga akan terus memantau program motivasi anjuran ESQ Leadership Training Sdn Bhd dari masa ke semasa dan panel syariah syarikat itu dikehendaki mengemukan laporan kepada majlis tersebut.

"Sekurang-kurangnya (mesti sedia laporan) setiap tiga bulan kerana kita bersidang dalam tempoh itu," kata Abdul Shukor.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat Jakim, Abdul Shukor berkata, pihaknya memberikan kepercayaan penuh kepada panel syariah ESQ kerana anggotanya terdiri daripada tokoh yang berwibawa dan tidak berkepentingan.

Panel syariah ESQ yang diketuai mantan pengarah Jakim itu dianggotai bekas-bekas mufti daripada Johor, Kedah dan Wilayah Persetuan sendiri.

Abdul Shukor juga menjelaskan selepas tujuh kali bersidang sejak April tahun lalu, MFK telah menemui beberapa unsur keraguan yang perlu diperbetul dan diperjelas.

Tambahnya, perkara itu merangkumi penggunaan muzik tertentu, konsep suara hati dan "konsep 165".

Bagaimanapun, setelah mendengar penjelasan daripada ESQ dan pandangan daripada mufti-mufti - lapan daripadanya didakwa pernah mengikutinya sendiri - MFK membuat keputusan bahawa ia boleh terus dilaksanakan.

"Ramai orang sudah terlibat. Saya lihat dalam TV, Era Fazira pun pergi," katanya disambut gelak ketawa pemberita, termasuk daripada Indonesia.

Bagaimanapun, Abdul Shukor menegaskan, pihaknya menghormati fatwa pengharaman yang dikeluarkan daripada pejabat mufti Wilayah Persekutuan itu.

"Sepertimana yang termaktub dalam undang-undang, kuasa mengeluarkan fatwa adalah terletak bawah bidang kuasa negeri," katanya.
"Muzakarah menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri termasuklahfatwa mengenai ESQ yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan," katanya.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh pada minggu lalu menandatangani warta yang mengharamkan program motivasi ESQ mengikut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan 1953), selepas perbincangan dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

Mengikut warta yang dikeluarkan, ia diharamkan kerana mendukung fahaman liberalisme, iaitu memahami dan mentafsir nas agama dan fahaman pluralisme yang mengajar semua agama adalah sama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails