WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, July 16, 2010

Kita Kuburkan UMNO-BN!!!



Ketika Muhyiddin dan Hishammuddin terdiam atas isu curi pasir di Selangor kerana terhentam dengan cabaran MB Selangor, kerajaan UMNO-BN menaikkan harga bahan bakar dan gula.

Harus diingat bahawa gula telah mula disorok beberapa minggu yang lalu. Penyorok-penyorok tentunya mendapat untung yang berlipat ganda kerana kenaikkan ini. Yang nyata, rakyatlah akan sengsara dan terseksa.

Mahal untuk ke sana sini sekarang. Mahal untuk minum-minum di restoran. Kerajaan terpaksa menaikkan harga bahan-bahan utama ini kerana kewangan negara telah merosot teruk akibat daripada sikap joli katak dan ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Jika mereka beringat, tidak membazir, tidak menyeleweng, dan sentiasa berjimat; semua ini tidak akan berlaku.

Kerajaan UMNO-BN lebih rela memilih untuk mengsengsarakan rakyat daripada memelihara kesejahteraan hidup mereka. Kenaikan harga terbaru ini akan mencengkam kehidupan rakyat terutamanya di luar bandar. Golongan inilah yang memberi sokongan padu kepada UMNO-BN. Inilah balasannya setelah mereka digula-gulakan dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

UMNO-BN tidak layak dikekalkan sebagai Kerajaan Persekutuan. Mereka tidak mentadbir negara dengan betul. Masa lebih banyak dicurahkan untuk menghentam Pakatan Rakyat. Kerja mutlak mereka diabaikan. Rakyatlah yang mampu membuat perubahan ini sebelum nasi menjadi bubur. Kita kuburkan UMNO-BN!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails