WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, July 16, 2010

KLCC : simbol Freemason???

Ini adalah sebahagian dari kajian dan studi yang dilakukan oleh seorang sahabat saya yang kini berada di Filipina. Selepas anda membaca dan meneliti kajian beliau, mungkin anda akan terfikir, ini mungkin hanya kebetulan semata. Tapi bagi saya, Mungkin ini benar kerana; "sejarah tidak berlalu dengan kebetulan tetapi ia telah telah dirancang untuk dilakukan". Jom kita perhatikan apa yang tertulis di dalam kajian Brother Wan Arief Imran.

Mungkin ramai yang tidak percaya teori saya sendiri yang mengatakan bahawa menara kebanggaan kita, menara KLCC adalah salah satu simbol Freemason yang dengan sengaja diletakkan di negara kita supaya kita membangga-banggakan keagungan menara tersebut yang menjadi antara bangunan tertinggi di dunia. Tanpa kita sedari, kita juga telah mengagung-agungkan Freemason dan menjadi pengikut mereka.


Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati).


Berbalik kepada tajuk, berdasarkan reka bentuk bangunan KLCC, kita dapat lihat secara jelas unsur-unsur Masonic yang digunakan seperti yang terdapat di atas sebuah “Masters’ Carpet” milik Freemason.






dua persamaan pertama

Persamaan ketiga (garisan hijau) menunjukkan satu mata yang kuat memerhati selari dengan matahari dan bulan. Secara logiknya, matahari dan bulan berada dalam kedudukan selari di angkasa. Jadi, mata yang telah memerhati pergerakan kita selama ini juga tergantung jauh di angkasa.


RazakSat, satelit terbaru milik Malaysia adalah objek yang paling menepati ciri-ciri all-seeing eye. Berada selari dengan matahari dan bulan di angkasa, satelit ini juga memerhati tiap gerak-geri kita melalui kamera CCTV, internet dan bermacam lagi teknologi. satelit ini jugalah yang menghantar segala maklumat yang telah kita tulis di internet (Facebook) kepada agensi-agensi perisikan seperti CIA dan FBI bagi memantau segala kegiatan kita dan menyenangkan kerja-kerja mereka menghapuskan mereka yang menentang. Lihat sajalah apa yang sudah terjadi kepada Michael ‘Mikaeel’ Jackson yang dibunuh dengan penuh konspirasi setelah memeluk Islam. Berkemungkinan juga artis-artis lain seperti Britney Spears yang pernah berminat untuk mendekati Islam diugut bunuh kerana impak yang mereka boleh bawa kepada dunia Islam adalah sangat besar dan dapat merosakkan plan yang telah mereka rancang sejak sekian lama.

RazakSat (bentuknya juga seakan-akan mempunyai satu mata)














Lain-lain persamaan yang terdapat antara Menara KLCC dan Freemason.






Pedang yang menghubungkan kedua-dua tiang Jachin dan Boaz bakal menjadi senjata penting ketika perang akhir zaman nanti walaupun zaman kita dibanjiri dengan teknologi-teknologi terhebat yang pernah kita saksikan (klik sini jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut kenapa perang akhir zaman akan kembali menggunakan kuda dan pedang dan bukan teknologi-teknologi moden yang telah dan akan dicipta). Selain itu, kaki yang mendokong jambatan KLCC juga sangat menyerupai logo Freemason! Kedua-duanye mempunyai bentuk yang lebih runcing di bahagian bawah dan dicantum keduanya dengan satu bulatan di tengah.









Inilah bukti-bukti yang sangat besar dan jelas yang menunjukkan negara kita masih dibawah jajahan kafir laknatullah. Kita selama ini telah dibutakan dengan tipu daya syaitan. Sesungguhnya dajjal telah berjaya menanamkan sifatnya dalam diri kita. Dia telah berjaya membutakan mata hati kita. Tanpa mata hati, kita akan sesat walaupun mata penglihatan kekal celik.


Segala keterangan di atas juga telah membuktikan perisiwa 9/11 juga telah lama menjadi rancangan pihak Yahudi dan Amerika. Menara WTC di New York dirobohkan hanya beberapa tahun selepas siapnya menara KLCC. Mungkin ramai tertanya kenapa Malaysia dipilih untuk ditanam unsur-unsur ini bukan negar-negara lain yang lebih maju seperti Jepun. Ini kerana mereka gerun dengan semangat Islam yang sedang membongkar kejahatan si Dajjal laknatullah ini. Mereka sudah menjajah negara-negara timur tengah dengan kakayaan tanpa had dan ini membuktikan mereka sedang mencucuk jarum penjajahan kedalam diri kita yang berada di timur jauh (kepulauan Melayu adalah komuniti islam terbesar di dunia selepas timur tengah) dengan sangat perlahan. Singapura telah berjaya mereka kawal. Brunei juga dikawal dengan wang seperti di timur tengah. Hanya Indonesia dan Malaysia yang sengaja dilaga-lagakan demi kepentingan mereka menghancurkan perpaduan kaum Muslim dan sesama Melayu.


Sekian, jika ada silap dan salah harap ditegur dan dimaafi diri manusia yang tak sempurna ini. Segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. wAllahua’lam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails