WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, July 16, 2010

Gabungan Ahli Parlimen Bebas nak gegarkan medan ceramah...

Tungguuuu…Semua persiapan sedang giat diatur.Kalau jadi gabungan Ahli Parlimen Bebas bekas PKR akan turun padang mulai awal bulan depan untuk mengadakan roadshow siri ceramah perdana mereka yang pertama.

Langkah ini untuk menjadikan mereka satu medan baru untuk menyuarakan pandangan mengenai berbagai isu ‘ secara bebas’ termasuk menjawab dakyah yang dimainkan oleh pakatan pembangkang.

Ia dijangka akan dimulakan di Kuala Lumpur sebelum menjelajah ke serata tempat di seluruh negara dari masa ke semasa.

Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju ,Wee Choo Keong memberitahu Agendadaily Jumaat kesemua mereka sepakat langkah ini perlu agar suara mereka dapat sampai terus sampai ke akar umbi.

“Kami rasa tak cukup sekadar bersuara di sidang Dewan Rakyat,melalui kenyataan atau sidang akhbar sahaja…ceramah akan membolehkan kami memberi penerangan secara terus kepada orangramai,”katanya.
Kini Konsensus Ahli Parlimen Bebas bekas PKR dianggotai oleh Wee,Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru) ,Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Bharu),tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai).

Menurut Wee Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas,Datuk Ibrahim Ali telah bersetuju menyertai roadshow ceramah perdana mereka sekalipun beliau tidak menyertai Konsensus Bebas.

Beliau menduga ceramah perdana mereka akan mendapat sambutan kerana ini pertama kali satu gabungan Ahli Parlimen Bebas bersatu untuk program ceramah seumpama ini.

“Sebelum ini ceramah-ceramah banyak dibuat oleh pakatan pembangkang dan Barisan Nasional…kini kami tampil dengan suara yang tidak memihak memberi pandangan mengenai berbagai isu,”katanya.

Ditanya apakah ceramah perdana itu akan dijadikan pentas khusus untuk menghentam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim,Wee berkata itu bukanlah matlamat utama.

“Apapun kami merasa perlu menjawab berbagai pembohongan dan fitnah yang dibuat terhadap kami seperti mendakwa kononnya kami mereka RM2 juta dari BN untuk keluar parti.

“Saya dengar penceramah-penceramah pembangkang jenuh menabur fitnah ini dalam ceramah mereka di merata tempat…maka menjadi tanggongjawab kami untuk jawab balik dan memberi penerangan yang jelas.

“Apakah mereka fikir mereka saja yang berhak bercakap berbohong mengenai kami…dan kami hanya berdiam diri saja,”katanya.

Ditanya mengenai penyertaan Ibrahim Ali yang juga Presiden Perkasa yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai rasis,Wee menjelaskan pentas itu akan memberi peluang terbaik kepada beliau menerangkan pendiriannya kepada hadirin dari rakyat berbilang kaum.

“Saya yakin menerusi penerangan secara langsung begini banyak salah faham dapat dileraikan,”katanya.

Mengenai lokasi ceramah pertama yang dirancang di Kuala Lumpur,Wee berkata bila semua persiapan selesai nanti beliau akan membuat pengumuman rasmi mengenainya.

“Yang pasti kami semua sudah bersetuju mengadakannya.Soal lokasi dan sebagainya itu cuma melibatkan perkara lojistik saja,”katanya.

Ditanya pula bagaimana nanti kalau timbul dakwaan pakatan pembangkang program ini ditaja oleh BN,beliau segera menjawab,”itu biasalah…apa lagi mereka nak kata kalau tak tuduh begitu.”-16/7/2010

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails