WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Saturday, July 17, 2010

Lebuh berliku kebebasan maklumat

Tidak cukup dengan kesungguhan dan kerja keras semata-mata, usaha bagi memastikan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) Selangor menjadi kenyataan ibarat laluan yang cukup berliku.

Ini kerana, keraguan demi keraguan timbul ekoran masih banyak dokumen kerajaan yang dilindungi bawah akta rahsia rasmi (OSA).

Dalam siri terakhir wawancara Malaysiakinidengan Elizabeth Wong (kanan), exco kerajaan negeri itu antaranya menjelaskan rancangan bagi memperkasakan Lembaga Rayuan FOI yang berkuasa mendeklasifikasi sesuatu rahsia.

Katanya, tindakan tersebut mesti seiring dengan membuat penambahbaikan terhadap sistem arkib dan dokumentasi dalam pentadbiran jabatan-jabatan negeri.

Lembaga ini bakal menjadi tempat mengadu sekiranya permohonan mendapat sesuatu maklumat daripada kerajaan negeri ditolak.
Lembaga Rayuan boleh arah MB

Menurut FOI yang dicadangkan kerajaan negeri ini, selepas memohon kepada pegawai maklumat yang dilantik, jabatan yang berkenaan mempunyai 30 hari bagi mengeluarkannya.
Sekiranya gagal, orang awam boleh menulis kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan diberikan.

Lembaga yang dianggotai bekas hakim dan peguam itu kemudiannya akan memutuskan sama ada sesuatu makluma titu perlu diberikan.

Bagaimanapun timbul persoalan sejauh manakah kuasanya.

Elizabeth menjelaskan, Lembaga Rayuan boleh memaksa menteri besar menggunakan kuasanya bawah Seksyen 2C OSA bagi tujuan itu.

"Kami tidak akan lawan lembaga (berkenaan). Bukan sesuatu yang biasa Lembaga Rayuan buat keputusan bertentangan dengan kerajaan," katanya di pejabatnya di Shah Alam kelmarin.
Bukan enakmen 'cari pasal'

Bagaimanapun, menurut bekas aktivis hak asasi manusia itu, apabila melibatkan data peribadi, rahsia perdagangan dan rundingan tertentu, ia haruslah dibaca bersama akta perlindungan data dan beberapa bahagian daripada OSA.

"Semua perjanjian biasanya menggunakan klausa standard yang menyatakan dokumen itu mestilah kekal rahsia sehingga kedua-dua pihak bersetuju mendedahkannya.
"Kami tidak boleh buat apa-apa tentang perjanjian yang telah dimaterai, tetapi kami boleh beritahu bakal pelabur bahawa sebarang perjanjian adalah terbuka kepada semua orang," katanya lagi.

"Kadang-kadang kita kena 'manis mulut' sehingga mereka setuju, selalunya berjaya. 

"Tetapi kalau mereka kata tidak mahu berniaga di Selangor lagi ekoran perkara ini, kita kena fikirkan kembali keputusan ini," kata Elizabeth.

Ditanya sama ada tindakan itu menyebabkan 'makan diri' kerana kerajaan negeri mungkin terpaksa berdepan dengan laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) setiap minggu,
beliau kelihatan tidak mahu mempedulikannya.

"Kami tidak fikirkan sangat tentang kebocoran maklumat pada pembangkang. Saya pasti kita boleh beri penjelasan yang cukup. Itu hak mereka kalau hendak lapor pada SPRM," kata Elizabeth.

"Lagi pun ia sudah berlaku. Ada orang yang mendeklasifikasi rekod dengan sendiri. Jadi sekarang kita cuma mahu ada prosedur operasi standard dan wujudkan satu pentadbiran yang boleh diakses semua orang.

"Pembayar cukai (rakyat) mesti dibenarkan buat keputusan dengan maklumat yang cukup. FOI bukan hendak cari pasal atau hendak kenakan sesiapa."


Lagi tentang FOI: Stormy road to sunshine bill
Bahagian pertama: Bermula dari laci yang kosong

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails