WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Saturday, July 17, 2010

Malaysia Bebas Cukai 5 Tahun Jika PR Mentadbir Malaysia Selepas PRU 13

Kuala Krai, 16 Julai - AJK PAS Pusat yang juga merangkap Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, YB Husam Musa memberi jaminan bahawa jika diberi mandat oleh rakyat dalam PRU 13 untuk mentadbir Malaysia, Pakatan Rakyat akan memansuhkan cukai selama 5 tahun

Saturday, July 17, 2010

 yb husam musa (adun PAS Kelantan)

 yb tony pua (ahli parlimen DAP/ Pakatan Rakyat dari Selangor)

 para adun dan ahli parlimen pakatan rakyat dalam ceramah isu semasa di kuala krai, 16 julai
 2010
Jaminan dan idea ini ditawarkan oleh yb husam dalam ceramah anjuran PAS/ Pakatan Rakyat di Kuala Krai,Kelantan semalam. Ceramah Penerangan Isu semasa ini anjuran PAS Kuala Krai.

Turut berceramah bersama adalah ADUN Mengkebang, YB Ustaz Latif, ADUN Manek Urai, YB Fauzi, Ahli Parlimen Kuala Krai, DR Hatta Ramli, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP) YB Tony Pua.

Pakatan Rakyat memiliki formula istimewa untuk merealisasikan "Malaysia Yang Bebas Cukai Demi Kesejahteraan & Kemakmuran Rakyat"

Semua ahli parlimen dan adun Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya tindakan drastik Kerajaan UMNO-BARISAN NASIONAL menaikkan harga minyak/gas   dan bahan asas makanan tanpa membentangkan terlebih dahulu di sidang Parlimen. Jelas dan Nyata bahawa UMNO-BARISAN NASIONAL bertindak sesuka hati seumpama negara ini milik mutlak mereka dan bebas berbuat apa saja tanpa memikirkan kesan kepada rakyat yang rata-ratanya masih berpendapatan rendah dan miskin.

YB Husam yang juga merangkap Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan. menyelar etika kerja Kerajaan UMNO-BARISAN NASIONAL yang zalim  dan tidak bertanggungjawab apabila projek-projek mega yang memakan kos berbillion-billion serta pembelian-pembelian dengan kos yang melampau/tidak masuk akal tetap diteruskan pada masa rakyat terus menerus dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga dan cukai contohnya yang terbaru Pengumuman Kenaikan Harga Minyak,Gas, Gula dan Tepung yang diumumkan secara tergesa-gesa oleh Najib pada malam 15 Julai.

Kenaikan harga barang tanpa kenaikan taraf ekonomi dan gaji rakyat malaysia  yang majoritinya terdiri dari petani,nelayan, buruh, peladang, bekerja sendiri dan bekerja di sektor swasta pastinya akan merana akibat malapetaka ekonomi dan inflasi yang teruk di Malaysia.

YB Husam serta barisan penceramah dalam majlis penerangan isu semasa mengajak semua rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama untuk menolak UMNO dan BARISAN NASIONAL dalam pilihanraya akan datang serta menyokong Pakatan Rakyat yang diwakili oleh parti PAS,DAP,PKR demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia.
 
Husam: Malaysia Bebas Cukai 5 Tahun Jika Pakatan Rakyat Mentadbir Malaysia selepas PRU 13 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails