Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, kita berasa sedih dan hampa apabila UMNO menyerahkan 2 telaga minyak bernilai RM320 billion kepada Brunei, seperti didedahkan Tun Mahathir sebelum ini. Sebelum itu, Batu Putih dan air Malaysia diserahkan kepada Singapura oleh UMNO dalam 'win'win situation', kata Rais Yatim. Artikel menganalisa betapa Johor akan tergadai kepada Singapura dengan harga RM2.64 billion saja jika UMNO dibiarkan.
Singaporeans wait and see before investing in Iskandar Malaysia
2010-05-04 17:27
SINGAPORE, May 4 (Bernama) –- Singapore investors have shown keen interest in the development of Iskandar Malaysia but are still taking the "wait and see" attitude before going all out to invest there.
Iskandar Investment President and Chief Executive Officer Arlida Ariff said Singaporeans, like any typical investors elsewhere, wanted some assurances first from the government before they would want to commit their businesses in the country's southern economic corridor.
Arlida was commenting on the outcome of the Iskandar Malaysia Forum it hosted with Singapore's Institute of South East Asian Studies that was attended by about 300 local participants here today.
Speaking at a media conference after the forum, Arlida said the participants still raised the same issues on Iskandar Malaysia as in previous meetings such as bare and poor basic infrastructures and half-completed projects that might have discouraged them from putting their money in the development area.
To date, investment into Iskandar Malaysia has nearly reached RM60 billion, but Singapore's private sector investment holding is worth only RM2.64 billion, mainly in the region's manufacturing sector."
Bulan Mei dulu, akhbar mendedahkan bahawa pelaburan di Wilayah Pembangunan Iskandar mencapai sehingga RM60 billion, tetapi Singapura baru melabur RM2.64 billion sahaja kerana pelabur Singapura bimbang dengan sikap kepala angin UMNO.
Jelasnya, mereka mahukan lebih 'jaminan'. Dalam usaha terdesak UMNO menarik pelabur Singapura, UMNO pasti tunduk kepada apa-apa sahaja kehendak Singapura. Ini dapat dilihat daripada kenyataan UMNo yang sentiasa mengatakan ini 'win-win situation' setiap kali Malaysia terpaksa tunduk dan akur kepada Singapura.
Menurut Presiden dan CEO Iskandar Investment, Arlida Ariff, Najib akan memastikan dana terus disalurkan dari Kuala Lumpur ke Iskandar Malaysia. Masalah besar kita ialah apabila dana datang dari Singapura melalui kontrak-kontrak yang cukup dirahsiakan oleh UMNO.
Secara peribadi, penulis tidak kisah sangat kalau Singapura ambil alih semua sekalipun. Ambillah sama UMNO Johor sekali, kui kui. Penulis sendiri pun telah beberapa kali mendapat tawaran kerja dari Singapura yang memang ghairah mengambil golongan professional di Malaysia, khususnya yang sudah bosan dibuli UMNO dan muak dengan kerenah birokrasi.
UMNO Johor ini menurut pepatah Melayu, 'menang sorak Kampung tergadai'..
Sekiranya orang Johor serius hendak mempertahankan kebajikan anak-anak mereka, beberapa langkah perlu diambil:
1. Perlu diwujudkan Jawatankuasa Bebas yang mengkaji secara teliti kepentingan warga Malaysia khususnya Johor, dan hasil kajian berhubung kesan, manfaat dan masalah Iskandar Malaysia perlu didedahkan kepada umum.
2. Perlu dibuat akta secara jelas bahawa tida mana-mana pegawai Malaysia mempunyai apa-apa kuasa untuk menyerahkan mana-mana tanah atau kepentingan Malaysia kepada Singapura tanpa kebenaran bertulis kabinet dan Majlis Raja-raja dan ia patut dijadikan kesalahan jenayah. kaedah yang dgunapakai Singapura untuk mengambilalih Batu Putih tidak patut dibiarkan berulang.
3. Perlu ada jawatankuasa bebas yang menyiasat syarikat-syarikat (khususnya kroni UMNO) untuk memastikan syarikat kroni UMNO tidak menjual kepentingan dan tanah serta pasir Malaysia ke Singapura.
Sebut pasal pasir nih, penulis muak melihat kejahilan ahli UMNO. Kalau benar ada lori-lori dari Selangor yang menyeludup pasir, polis lah yang patut bertindak. Kenapa Pakatan yang diserang? Contohnya berlaku kes rogol di Selangor. Adakah munasabah sekiranya Utusan mempertikai kegagalan pakatan 'bertindak' ke atas perogol-perogol terbabit? Bengap sungguh laaa.
4. Semua kontrak dengan Singapura perlu didedahkan.
UMNO memang selama ini cukup berahsia dengan terma-terma kontrak. Al-maklumlah, komisyen sana, komisyen sini. Sedar-sedar, dah tergadai belaka.
Apa pun, Pakatan haruslah merangka strategi bijak dalam memenangi hati pengundi Johor yang rata-rata terdiri dari penyokong totok UMNO ini. Analisa dan kajian mendedahkan bahawa mereka tidak kisah dengan isu rasuah atau kepincangan. Yang penting ialah penerangan dan perancangan teliti untuk membawa pembangunan dan menjamin keselesaan mereka. Justeru, Pakatan perlulah menunjukkan agenda ekonomi Pakatan lebih mantap dari UMNO-Apco.
Dikhuatiri, UMNO yang semakin terdesak apabila kehilangan sokongan dari negeri utara seperti Kedah dan kelantan, malah Selangor, KL, perak akan menyalurkan wang-wang negara ke benteng-benteng terakhir mereka. Masih tak mengapa kerana masih dalam Malaysia. Kalau UMNO bawa lari terus ke oversea kan leceh? kui kui.
Semoga Allah beri hidayah kepada mereka.
No comments:
Post a Comment