WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, July 14, 2010

Wanita Penan lahirkan anak berikutan dakwaan dirogol

Seorang wanita Penan dari Long Item, Baram, Sarawak, yang diberi nama samaran 'Bibi' oleh Laporan Petugas Nasional oleh Kementerian Pembangunan Wanita, September lalu telah melahirkan seorang anak pada Februari tahun ini. 

Bapanya yang didakwa merogol wanita itu dikenali sebagai seorang pekerja syarikat pembalakan dan dikenali sebagai 'Johnny' atau Ah Hing.

Bibi membuat laporan polis berhubung pemerkosaannya di Bukit Aman pada 2008 dan diberi perlindungan oleh Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) yang terbabit dalam pasukan petugas nasional itu. Bagaimanapun, dia kemudiannya pulang ke Long Item untuk berjumpa keluarganya sebelum jatuh semula dalam kawalan Ah Hing.

Ah Hing memaklumkan kepada polis dan Borneo Post, sebuah akhbar harian yang dimiliki oleh sebuah syarikat pembalakan bahawa Bibi adalah isterinya dan beliau tidak merogol wanita itu.

Nam
un Kumpulan Penyokong Penan (PSG) mempunyai bukti bahawa Ah Hing didaftarkan oleh pihak berkuasa sebagai bapa kepada dua kanak-kanak daripada dua wanita lain, selain Bibi. Wanita berkenaan - seorang berbangsa Cina manakala seorang lagi adalah wanita Penan.

Bibi memberitahu polis di Bukit Aman dan pasukan petugas nasional yang Ah Hing merogolnya pada 2005 selepas beliau menolak tuntutannya supaya dia menjadi isterinya kerana menurut penduduk kampung Ah Hing sudah mempunyai dua isteri dan dua keluarga.

Ah Hing mendakwa Bibi sebagai isteri barunya dan memaksa beliau melahirkan tiga orang anak - pada 2006, 2008 dan 2010. Bibi juga gagal membebaskan dirinya daripada cengkaman Ah Hing, meskipun merayu bantuan daripada Bukit Aman dan kementerian pembangunan wanita.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails