WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, July 13, 2010

Umno Jempol minta RM 3 Juta dari kerajaan


"Tak kan Umno Jempol je boleh minta RM 3 Juta ? Umno Rembau nak juga ? Umno Rembau mesti lebih dari RM 3 juta kerana lagi luas kawasan dan lagi ramai pengundi. Umno Pilah pun nak juta juta. Umno Telok Kemang pun nak juta juta. Umno Tampin pun nak juga. Jangan gaduh berebut juta juta udahle.

 

Kok tak dapat juta-juta ni , alamatnya banyakle masjid bocor tak dapat repair.
 
******************************
Mohon peruntukan RM3 juta tangani aduan rakyat
 
Sinar Harian 12 Julai 2010
 
JEMPOL - UMNO Bahagian Jempol meminta kerajaan mempertimbangkan kelulusan permohonan peruntukan kira-kira RM3 juta bagi membiayai pelaksanaan projek-projek kecil di daerah berkenaan.
 
Ketuanya, Datuk Lilah Yassin berkata, peruntukan itu dikemukakan awal tahun ini agar pelbagai aduan dibangkitkan rakyat dapat diselesaikan.
 
“Kalau masjid bocor, parit rosak, bukan saya sahaja yang tersandar. Barisan Nasional (BN) pun boleh tersandar.
 
“Saya bimbang pembangkang mengambil kesempatan atas isu-isu terbabit untuk memburuk-burukkan BN pada pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jempol di Kompleks Pentadbiran Daerah, Bandar Seri Jempol dekat sini, kelmarin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails