Sejak akhir – akhir ini bukan saja pemimpin – pemimpin UMNO jadi binggung , Sewel , gila , meracau , malah turut berjangkit kepada pemikir – pemikir parti tersebut di menara gading. Sepatutnya dengan taraf sebagai seorang Profesor , tersohor dan ternama tidak bersikap kebudak – budakan .
meramalkan sesuatu yang sudah hampir pasti mustahil , kecuali Tuhan mengkehendaki sebaliknya , dan masih menaruh harapan kosong , jauh dari realiti , Cuma beliau ini berfantasi saja.
Sebelum ini terdapat juga dikalangan blogger – bogger yang mengimpikan sesuatu sekiranya ‘berlaku’ penggabungan kedua – dua parti tersebut turut meracau dan marah tak tentu hala.
Penganalisis Politik meramalkan dua parti Melayu terbesar PAS dan UMNO akan bersatu , mungkin menjadi kenyataan di masa hadapan susulan perkembangan positif yang ditunjukkan kedua-dua parti.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, rakyat di negara ini terutama orang Melayu pastinya mahu kedua-dua parti ini bersatu demi kepentingan Umat Islam dan bangsa Melayu.
Menurutnya, sekiranya kedua parti ini bersatu, ini akan memastikan kemenangan mudah kepada parti Melayu untuk mengusai kerajaan pada Pilhan Raya Umum ke-13 di masa hadapan.
“Saya rasa kedua-dua pihak perlu mengadakan pertemuan empat mata di antara (Mursyidul Am Pas) Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) dengan Tan Sri (Muhyiddin Yassin) dan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dengan (Datuk Seri Abdul) Hadi Awang.
“Kemudian barulah adakan meja bulat, tidak boleh secara mengejut baut sidang meja bulat kerana kedua-dua pihak tidak setuju, oleh yang demikian elok untuk kedua pihak berjumpa terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai peluang untuk rakyat Malaysia melihat Pas dan UMNO bersatu semula dan mengadakan pertemuan meja bulat bagi membincangkan isu-isu tertentu.
Menurutnya, buat masa kini, kerjasama di antara kedua pihak ini tidak akan menjadi kenyataan kerana masalah dalaman kedua parti tersebut masih belum diselesaikan lagi.
“Namun, saya meramalkan, masih ada masa untuk kedua pihak memperbetulkan apa yang patut dan pilihan raya pun tidak akan berlaku sekarang mungkin dalam masa dua tahun lagi,” katanya.
“Elok diadakan kerjasama di antara kedua parti, soal pembahagian kuasa itu soal kedua, yang penting kepentingan umat Islam dan Melayu dipelihara,” katanya.

No comments:
Post a Comment