Meskipun ketokohan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan faktor 'penarik' di semenanjiung, namun kajian yang dijalankan itu menunjukkan Anwar tidak mendapat sambutan di Sarawak dengan hanya 21.1 peratus reponden mengiktiraf kepemimpinannya.
Bagi rakyat Sarawak terdapat beberapa tanggapan negatif di kalangan pembangkang dengan kebanyakan reponden berpendapat mereka tidak bersatu (33.6 peratus) diikuti kekurangan idea untuk pembangunan ekonomi (26.6), rasuah (11.4), pentadbiran yang lemah (7.5) dan kepemimpinan yang lemah (4.8).
Sementara itu, kajian berkenaan juga mendapati antara 70 hingga 80 peratus responden mempunyai persepsi positif terhadap polisi dan tindakan BN, walaupun ada yang mengakui kelemahannya seperti kepemimpinan yang lemah, persetruan antara parti dan politik wang.
Namun, menurut kajian itu Pakatan Rakyat berpeluang membuat kejutan jika ia berjaya merampas 20 peratus daripada undi popular yang menyaksikan mereka menguasai 30 kerusi negeri berbanding hanya enam yang dimiliki sekarang.
No comments:
Post a Comment