WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Monday, August 30, 2010

'Bos SYABAS berdendam dengan MB S'gor'

Exco kerajaan Selangor Teresa Kok membidas presiden Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail kerana mendakwa negeri itu telah meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.

Dalam satu kenyataan yang keras hari ini, beliau berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.

Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air.

Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.

Sabtu lalu, Rozali dilaporkan berkata, Selangor tidak pernah memberi ruang kepada dewan tersebut untuk membincangkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan pembangunan ekonomi mereka di Selangor.

Bagaimanapun, kata Teresa, dewan tersebut pernah dijemput menghadiri majlis dialog bajet tahunan negeri pada 26-27 Julai, tetapi mereka tidak muncul.

PAS tuntut Zainuddin Maidin mohon maaf

PAS berkata parti itu memandang serius fitnah yang didakwanya dilemparkan oleh bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin berhubung Tragedi 13 Mei 1969.

Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Zainuddin telah memfitnah parti Islam itu apabila mengatakan semasa tragedi tersebut, PAS minta perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 'merampas' harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia.

"Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat PAS" dalam 
Umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang Cina dan rakyat keseluruhannya. 

"Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata, PAS yakin Zainuddin (kanan) dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadan ini bagi menarik sokongan bukan 
Melayu untuk kepentinganpolitik mereka.

"Tuduhan bahawa PAS menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukkan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat," tegasnya.

Sehubungan PAS menuntut Zainuddin menarik balik "fitnah' yang diciptanya" itu dan memohon maaf dalam masa tiga hari. 

"Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau," tegas Idris.




Teo hadiri satu lagi majlis di surau

Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.
teo nie qing attending buka puasa at bangi surauTeo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, 
Utusan Malaysia.
NONEMalah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.

Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.

Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan 
besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.

Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh.

Sunday, August 29, 2010

Kini sah, DAP lebih hormat Islam dari UMNO.....

"Assalamualikum,,
Meneliti semula beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang Ramadan ini, aku mula merasa mual dan muak dengan gelagat pemimpin dan pencacai UMNO yang terus menerus dengan agenda bathil mereka.

UMNO sudah nyata sudah hilang deria untuk mendengar dan mentaati, sudah tidak gerun lagi dengan amaran ALLAH, sudah  tidak merasa keperitan seksaan mati walaupun baru berlaku kes bunuh dan bunuh diri di kalangan mereka dan sudah hilang keyakinan dengan janji tawaran istimewa Ramadan.



Pencacai UMNO menuduh MP DAP yang memasuki surau untuk menyampaikan bantuan sempena Ramadan tempah hari bertelanjang sedangkan hampir setiap hari wanita dan puteri UMNO kelihatan bertelanjang di sana sini termasuk juga di dalam masjid. 

Sebelum itu, dihebohkan kisah seorang khatib bedoa kepada orang kafir di dalam khutbah jumaat yang kemudiannya dihukum haram oleh UMNO kerana melanggar etika khutbah.kebetulan yang didoakan itu adalah pemimpin DAP seperti mana MP yang masuk surau.Makin pelik kejadian di Ramadan kali ini, DAP semakin hampir dengan Islam pada ketika pemimpin veteran mereka terus menerus membantah negara Islam dan hudud tetapi UMNO  pula mula menjauhi diri mereka dengan agama.Malang kerana perbuatan UMNO ini berlaku di bulan Ramadan yang penuh barakah.perbuatan menukar fatwa dan hukum agama sesuka hati mereka, perbuatan meyebarkan pembohongan demi pembohongan dilakukan UMNO di bulan Ramadan sedangkan di bulan Ramadan ini jugalah sambutan merdeka negara akan diadakan.Malang bagi UMNO kerana tidak menyedari bahawa di bulan Ramadanlah terdapatnya peluang untuk mendapat kemerdekaan yang sejati tetapi walaupun mereka beriya iya untuk membuat persediaan menyambut merdeka, mereka juga meneruskan agenda menyebarkan kebahtilan yang bakal mengundang kemurkaan ALLAH(jauh lebih dasyat dari kemurkaan Sultan).
ALLAH maha berkuasa menentukan segalanya.Siapa sangka pada ketika UMNO memilih untuk menjauhkan diri dan agama, tiba tiba DAP yang sebelum ini dikenali sebagai anti Islam mula mendekatkan diri mereka dengan Islam.Tidak ada pemimpin politik hatta dari PAS yang pernah didoakan dalam mana mana khutbah jumaat sebelum ini.TGNA menjadi MB Kelantan lebih 20 tahunpun tidak pernah didoakan dalam khutbah.begitu juga Mahadir yang hebat menjadi PM Malaysia begitu lama juga tidak pernah didoakan oleh khatib.Tetapi LGE, pemimpin DAP yang juga KM Penang mendapat penghormatan itu sejak dua tahun yang lalu, satu tempoh yang hampir sama dengan tempoh beliau menjadi KM.
Begitu juga dengan masjid dan surau mula dikunjungi oleh pemimpin DAP untuk menyampai bantuan (bukan untuk berkempen seperti Rosmah dan lain lain pemimpin UMNO) serta untuk sama sama menyertai majlis berbuka puasa bersama sama orang Islam.Tetapi sekali lagi UMNO memilih untuk menjauhkan diri dari agama apabila menuduh pemimpin DAP yang bukan Islam dilarang dari memasuki ruang solat utama masjid dan surau kerana alasan junub atau wanita didatangi haid.Begitu cepat mereka mengubah fatwa kerana baru tahun lepas, jakim mengatakan harus bagi orang bukan Islam memasuki ruang utama solat masjid.Begitu juga tuduhan pencacai mereka bahawa yang masuk surau itu bertelanjang  turut mengandungi unsur mengubah hukum sama seperti permintaan Noh Omar agar kerajaan PR Selangor mengharamkan rumah urut sepanjang Ramadan ini.Cepat benar UMNO dalam soal mengubah hukum tanpa mereka sedar bahawa mereka semakin jauh dari agama dan DAP yang mereka dakwa anti Islam itu semakin hampir pula dengan Islam.

Orang Bukan Islam masuk masjid



UMNO dan media BN menipu rakyat dan Sultan Selangor siang dan malam kerana nak rampas kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat. Paling terbaru tentang YB DAP masuk Surau Al-Huda di Kajang. Heboh macam ayam bertelor sebiji riuh sekampung. Cuba tengok foto di atas ini, berapa banyak orang bukan Islam masuk surau dan tidak tutup aurat termasuk penceramahnya. The photo speaks for itself. The photos is better than 1000 words. Media BN tak akan siar photo ini.

Rakyat jangan lupa, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Apakah media BN buat-buat lupa? Memang UMNO anti-dakwah Islam, anti-orang suka Islam, anti-orang Islam dekati bukan Islam.
Muzakarah ini telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
Orang bukan Islam masuk masjid/surau ni sebenarnaya bergantung kepada jawatankuasanya.
Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan banyak masjid2 lain, orang bukan Islam, yang lelaki perempuan bukan Islam pun masuk, dibenarkan masuk, bukan suka-suka boleh keluar masuk. Di Surau Huda tu, YB tu dibenarkan masuk. Dia masuk pakai baju kebaya, ada muslimat bersama hari tu.
Tapi isu ini bukan isu agama, jelasnya ia isu politik. UMNO tengah lemas sekarang. Macam-macam kurap dan sopak dah nampak kat kulit tubuh badan UMNO-BN. Duit billion-billion hilang. Injin jet hilang. Harga barang naik.Kapal selam tak boleh selam.  Duit saman nak kutip juga dari rakyat sebab duit negara dah kering. Subsisidi nak tarik sebab duit kerajaan dah kering. Macam-macam hancur. Sime Darby hancur. Maka nak elak rakyat terus tengok kurap dan sopak tu, maka UMNO carilah jalan untuk untuk kalih pandangan rakyat terhadap kurap dan sopak UMNO-BN.
Meskipun begitu,  orang PAS-PKR pun satu, hati-hatilah sikit dalam bab yang sensitif pada setengah orang Melayu yang tak faham agama Islam dan tak faham tasawwur Islam secara menyeluruh. Janganlah buat benda-benda yang sensitif walaupun benda tu tidak salah pada sisi agama, berpada-padalah. Bila kita bawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid atau surau, jaga batas-batasnya; tak perlu buat dalam tempat atau ruang solat. Buatlah kemah di luar supaya dapat mengelak

fitnah. Fitnah yang akan dibuat oleh orang Melayu Islam yang tidak faham Islam dan musuh dalaman umat Islam yang mengaku Islam. Jadi orang Melayu Islam yang tidak reti bab agama Islami ni tidaklah melenting sangat. Mereka itu jahil,  mereka  melenting sebab mereka jahil, kalau mereka faham mereka tidak  melenting. Kita yang faham Islam janganlah bergaduh dengan orang jahil, jangan melayan bangat dengan orang jahil atau bodoh, nanti kita jadi bodoh.
Kesimpulannya hati2 dan waspada selalu tindakan kita kerana ada orang tak faham tasawwur Islam yang menyeluruh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails