WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Saturday, July 31, 2010

Gunalah semua bas yang ada di Malaysia, PAS dan Umno tetap tidak akan bersatu atas nama Melayu

Sama ada mereka buta dan tuli atau saja-saja buat bodoh. Pemimpin PAS dari peringkat Musyidul Am, Presiden hinggalah ke akar umbi jelas menyatakan “Pas hanya akan bersatu dengan Umno jika parti itu mengubah dasarnya kepada Islam dan meletakan Islam sebagai landasan perjuangannya”
PAS sesekali tidak akan bersatu dengan Umno atas dasar Melayu kerana jelas dasar itu terlalu sempit untuk menampung perjuangan yang PAS bawa pada hari ini. Cadangan blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang kononnya mahu mengunakan 50 buah bas untuk membawa 2000 orang rakyat biasa bagi merayu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka bagi merealisasikan perpaduan Melayu PAS-Umno itu adalah satu angan-angan Mat jenin.
Pertama, dari mana dia nak dapat 50 buah bas secara percuma? Kaya sangatkah beliau? atau sudah ada orang yang sedia sponsor projek Mat Jenin beliau ini?

PAS S'gor: Tiada yang tentang notis p'raya DUN

Ketua penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir mempertahankan kenyataannya bahawa mesyuarat Pakatan Rakyat negeri telah menerima cadangan supaya memberi notis untuk mengadakan pilihan raya berasingan.

Roslan Shahir berkata, Pakatan negeri itu dianggap bersetuju menerima cadangan itu memandangkan tiada pihak yang menentangnya ketika ditimbulkan.

Bagaimanapun, tempoh notis untuk memanggil pilihan raya negeri itu, selama enam bulan hanyalah merupakan satu contoh yang dicadangkan, kata Roslan Shahir.

"Pada pendirian PAS, perkara ini telah diputuskan (sedemikian). Melainkan ditentang dalam mesyuarat. Kalau tidak ada penentangan itu dianggap diterimalah," katanya.

Roslan berkata, isu notis pilihan raya berasingan itu sememangnya dicadangkan dalam mesyuarat berkenaan, dilaporkan berlangsung pada 19 Julai lalu dan dipengerusikan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim

"(Tempoh enam bulan) itu contoh yang saya berikan, sebab kita pandang tindakan itu (pemberian notis) akan beri kesan positif kepada Pakatan," katanya lagi ketika dihubungi 
Malaysiakinihari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah hari ini bahawa mesyuarat tersebut tidak membuat resolusi untuk memberi enam bulan notis sebelum memanggil pilihan raya negeri.

Ean Yong juga berkata, Roslan Shahir bercakap atas kapasiti peribadinya dan bukan atas nama Pakatan Rakyat negeri.

Katanya lagi, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pilihan raya negeri mungkin diadakan atau tidak.

KJ vs Ibrahim Ali Ahad ini

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 Ahad ini.
Mereka akan bertemu dalam majlis tersebutyang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat.
Khairy yang juga ahli parlimen Rembau - dalam jawapannya kepada Malaysiakini melalui SMS - mengesahkan beliau akan menghadiri sidang kemuncak tersebut.
Sebelum itu, Khairy menulis dalamTwitternya:"Ada apa Ahad ini, saya dijemput berdepan dengan... Ibrahim Ali. Patutkah saya pergi?".
Selepas itu, ketika menjawab soalan pengikuttwitternya - sama ada beliau akan menghadiri majlis tersebut - Khairy menulis: What do you think? I am Ketua Pemuda.
Memandangkan pada tajuknya serta sejarah hubungan antara kedua-dua mereka, maka forum ini menjanjikan sesuatu yang menarik - antara Khairy yang mengaku dirinya seorang reformis dan Ibrahim yang lantang bersuara - yang beberapa kali 'bertembung' sebelum ini.

Ianya bermula apabila Khairy 'menyelamatkan' Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong, yang menjadi sasaran kecaman PERKASA pimpinan Ibrahim.

Sewaktu mendesak kerajaan mengekalkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - di mana sejumlah yang terhad disediakan kepada bukan bumiputera - Wee berkata pelajar bumiputera juga akan terasa diabaikan jika jumlah biasiswa MARA dikurangkan.

Berikutan itu, Ibrahim menggesa Khairy supaya tidak menjadi 'pengkhianat' terhadap bangsanya sendiri dan berlaku perang mulut antara mereka sehingga ke peringkat memberi gelaran antara satu sama lain.

Khairy menggelar Ibrahim sebagai 'jaguh kampung' dan 'gedebe oportunis'.

Ibrahim pula membalasnya dengan menggelar Khairy sebagai seorang pemimpin yang lemah di mana kepimpinannya telah melemahkan Pemuda Umno, dan mengabaikan keperluan akar rumput orang Melayu, dan ruang itu kini diisi oleh PERKASA.

Sementara itu, ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kelantangannya Khalid Samad turut ditampilkan sebagai ahli panel dalam sidang yang turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyampai ucaptama.
Khalid dan Ibrahim juga sering bertembung secara terbuka dalam pelbagai isu, termasuklah isu biasiswa MARA baru-baru ini, apabila mereka dilihat saling memperlecehkan antara satu sama lain.

Menulis dalam laman 
Twitter malam tadi, Khairy juga bersuara, disebabkan beberapa pemimpin dan timbalannya yang tidak gemar berkongsi pentas dengan pelajar atau pemimpin pembangkang, beliaulah yang terpaksa menggantikannya.

"Jadi saya selalu dapat jemputan daripada pihak ketiga," katanya ketika mengemaskini status di laman blog mikronya itu.
"Jadi inilah jemputan di saat-saat akhir yang saya perlu putuskan. Nampaknya dua menteri menolaknya, jadi tiada sesiapa lagi (untuk mewakili Umno)"

Dalam masa yang sama, Khairy berkata, sesetengah media asing, terutamanya saluran televisyen, sukar mendapatkan menteri bagi menyertai program mereka.

"Sayalah yang terpaksa wakili Umno. Tetapi, selepas (Datuk Seri) Zainuddin Maidin di (stesen televisyen)
Al Jazeera...," tulisnya lagi tanpa menghabiskan ayat tersebut.

Dalam reaksi terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada November tahun lalu, Zainuddin - menteri penerangan ketika itu - menjadi bahan ketawa banyak pihak, ekoran ulasannya berhubung 'perhimpunan haram' itu kepada 
Al Jazeera yang dilihat 'berterabur'.

PRODUK TERBARU DIPASARAN..BUATAN MALAYSIA

Wednesday, July 28, 2010

Sahkan penglibatan pegawai yang sokong BN sahaja

KUALA LUMPUR, 27 Julai:Pengumuman Ketua Setiausaha Negara (KSN) bahawa pegawai pendidikan (guru) grad DG41 ke DG48 boleh aktif politif bukan satu dasar baru kerana ia telah diamalkan sebelum ini.

Namun pengumuman KSN itu hanya mengesahkan penglibatan mereka dalam Umno atau lain-lain parti BN sahaja, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Apabila mereka memerlukan pengesahan pihak atasan bermakna mereka tidak bebas sebenarnya. Hanya mereka yang menyokong BN sahaja akan mendapat kelulusan dan yang hendak sokong pembangkang hanya menghulurkan kepala mereka sahaja untuk dipancung.

"Hasilnya tiada kebebasan sebenarnya," kata Mustafa dalam satu kenyataannya kepada media.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini yang memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pegawai pendidikan kumpulan itu aktif politik dengan syarat ia mendapat kelulusan bertulis dari Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Sebelum ini, hanya kumpulan sokongan dibenarkan aktif politik  iaitu bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik.

Sementara itu, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim juga mempunyai pendapat yang sama dengan Mustafa dalam hal ini.

"penglibatan pegawai pendidikan dan kerajaan hanya boleh aktif politik BN dan bukan sebaliknya," kata Zaid dalam Twitternya.

Bagi beliau, langkah ini hanya untuk mengesahkan (formalise) apa yang telah sedia berlaku sebenarnya, ia tidak menghairankan," tulis Zaid lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pula yang menyambut baik pengumuman Mohd Sidek itu berkata, kebenaran itu harus dibenarkan kepada semua pihak, tidak kira mereka menyokong kerajaan atau Pakatan Rakyat.
"Sepatutnya sudah lama kerajaan benarkan guru terlibat dengan politik. Tapi jangan dibenarkan untuk parti kerajaan sahaja sebaliknya kena diberikan kepada semua terpulanglah kepada mereka untuk menyokong parti politik mana.
"Tidak kisahlah mana-mana ideologi politik. Sebelum ini kita pun tahu walapun mereka tidak dibenarkan berpolitik tapi banyak aktivis mereka (BN) terlibat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Tambahnya, kerajaan tidak perlu gusar untuk membenarkan guru atau pegawai-pegawai jabatan kerajaan terlibat dalam politik khususnya pakatan Rakyat kerana mereka tidak pernah mengabaikan tugas di tempat kerja atau melanggar arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
"Selama ini kita lihat orang yang terlibat dengan Pakatan Rakyat khususnya PAS, mereka orang yang profesional dalam tindakan mereka. Mereka berkerja dengan tekun walaupun kerajaan yang ada ini kerajaan BN. Mereka tidak sabotaj kegiatan atau arahan kerajaan di peringkat pusat," katanya yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau juga mahu kebenaran berpolitik itu turut diberikan kepada penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya mereka mempunyai kesedaran politik sejak awal lagi.
Ujarnya, masalah lambakan orang muda yang tidak mendaftar sebagai pemilih berpunca daripada tiadanya kesedaran politik sewaktu mereka di kampus.
"Kita harapkan pelajar-pelajar juga dibenarkan untuk terlibat dengan supaya ada satu kesedaran politik di peringkat kampus lagi. maka tidak timbullah sekarang ini masalah orang muda tidak mahu daftar mengundi kalau mereka diterapkan dengan kesedaran politik sewaktu belajar," katanya.
Sementara itu, nada yang sama turut diutarakan pengerusi lajnah pendidikan PAS, Datuk Abu Bakar Chik yang mahukan kerajaan telus dalam memberikan kebenaran itu.
"Kita mahu biar peraturan ini jadi satu peraturan yang telus untuk dipraktikkan oleh guru dan rakyat untuk bekerja membantu parti-parti politik, tidak kira kerajaan atau pembangkang," katanya.
Beliau juga berharap kebenaran itu dimanfaatkan oleh guru-guru untuk memperjuangkan Islam.
"Kita harap kebenaran ini diambil oleh guru-guru bagi memperjuangkan keadilan Islam dalam negara ini. Sebagai guru dia boleh memimpin pelajar dan memimpin masyarakat.
Namun beliau menyuarakan sedikit kebimbangan kebenaran itu digunakan Umno BN untuk kepentingan politik meraka.
Hal ini kerana katanya, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat guru besar yang ditawarkan untuk memegang jawatan di cawangan dan bahagian Umno.
"Saya mendapat maklumat ada pejabat pelajaran negeri yang pengarahnya pro Umno meminta guru supaya memegang jawatan di cawangan dan bahagian.
"Jadi saya minta kementerian telus dalam memberi kebenaran ini. Jangan digunakan untuk memperalatkan guru untuk kepentingan mereka," katanya.
Hari ini, Mohd Sidek membuat pengumuman bahawa kebenaran itu berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini.
Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

ISU PASIR: Pak Lah Tak Setuju dengan Muhyiddin dan Najib!



Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin Yassin bahawa isu pasir di Selangor hanyalah urusan Kerajaan Negeri maka Kerajaan Pusat takkan bekerjasama atau menghalang aktiviti tersebut.

Pak Lah turut merujuk kepada ayat-ayat Quran. Keratan akhbar disertakan:

1. UMNO TAKKAN HALANG ISU PENYELUDUPAN PASIR DAN TAKKAN BEKERJASAMA! :-

 Khamis Julai 15, 2010
Isu Pasir: Selangor Harus Selesai Sendiri - TPM
JELI: Kerajaan negeri Selangor seharusnya menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam menangani isu perlombongan pasir di negeri itu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa mereka dan bukan meminta kerajaan pusat menyelesaikannya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa dalam bidang melibatkan tanah dan air.
"Ia masalah negeri yang sepatutnya diselesaikan oleh Menteri Besar Selangor. Saya tidak mahu hendak ambil tugas Menteri Besar.
"Isu pasir itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bukannya kerajaan pusat," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jeli di sini, Khamis.
Media hari ini melaporkan kerajaan negeri Selangor dilihat gagal menangani isu pasir di negeri itu apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan surat kepada Muhyiddin bagi meminta kerjasama kerajaan pusat untuk membantu menyelesaikannya. Muhyiddin berkata kerajaan Selangor seharusnya menggunakan langkah yang sesuai dalam menangani isu itu kerana negeri itu mempunyai agensi mereka tersendiri."
Sikap bongkak dan angkuh UMNO yang tidak mahu bekerjasama menyelesaikan isu pasir ini cukup memalukan. Sekiranya ada aktiviti haram, menjadi tugas polis dan kerajaan untuk berganding bahu menyelesaikan.

Contohnya berlaku kes rogol di Kelantan. Kenyataan Muhyiddin Yassin samalah dengan mengatakan bahawa kes rogol itu tiada kena mengena dengan kerajaan pusat langsung. Kalau nak kira begitu, kita semua tak payahlah bayar cukai pada kerajaan pusat? Jahill sungguh UMN nih.

2. Pak Lah: Kena selesaikan isu pasir bersama.


Abdullah gesa pihak berkuasa selesai segera isu pasir

2010/07/27

KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini meluahkan rasa kecewa kerana tidak ada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan isu perlombongan pasir di Selangor.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihak berkuasa yang berkenaan sewajarnya bertindak dan mengambil langkah perlu bagi menyelesaikan segera isu berkenaan.
"Pihak penguatkuasa patut menghentikannya. Terdapat banyak lori yang diletak sepanjang tepi jalan dan mereka (pihak penguatkuasa) boleh memberhentikan lori-lori ini dan bertanya kepada mereka di mana mereka ambil pasir.
"Daripada situ mereka boleh tahu dan ambil tindakan sewajarnya," katanya semasa menyampaikan ucaptama di seminar mengenai alam sekitar di sini.

Abdullah merujuk kepada aktiviti perlombongan pasir di Selangor yang kini menjadi kontroversi dan menimbulkan kebimbangan banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan berkenaan alam sekitar kerana kegiatan menggali yang tidak terkawal boleh menjejaskan alam sekitar.

Abdullah juga meluahkan kebimbangan terhadap kerosakan alam sekitar di negara ini khususnya yang disebabkan aktiviti pembalakan dan pencemaran sungai kerana ia boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat.

"Terdapat terlalu banyak kegiatan pembalakan dan di sesetengah kawasan sekarang sudah tidak ada pokok. Kebanyakan sungai kita juga sudah menjadi sungai mati, airnya tidak boleh digunakan lagi dan ini menyebabkan kita hilang sumber air," katanya.
Justeru, Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata usaha melindungi alam sekitar harus menjadi tanggungjawab semua orang yang tinggal di negara ini.

Dalam ucapannya itu bekas Perdana Menteri juga berkata perkara berkenaan dinyatakan dengan jelas di dalam kitab suci al-Quran.

"Allah mengingatkan manusia supaya bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kelestarian hidupan lain di dunia ini. Terdapat banyak surah dalam al-Quran yang boleh dirujuk berhubung perkara ini," katanya.

Beliau berkata di dalam Islam, penggunaan sumber asli adalah hak semua orang dan spesies.

"Justeru, kita sewajarnya mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan hak dan kepentingan pihak lain tidak terjejas kerana mereka juga adalah rakan kongsi kita di dunia ini," katanya. - BERNAMA 


Semuga Allah selamatkan kita semua dari tipu muslihat musuh-musuh Islam dan golongan munafiq, samada dari golongan munafiq sedar atau munafiq yang tak sedar mereka munafiq.

Wassalam 

p/s: mungkinkah ada kroni MUhyiddin atau Najib sedang membuat duit dalam isu pasir ini? adakah itu punca enggan bertindak dan bekerjasama? Allah lebih mengetahui

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGINFAQKAN HARTA ATAU WANG RINGGIT UNTUK AGAMA ALLAH BOLEHLAH BERI KEPADA PONDOK TURATH

Assallammualaikum
Kepada sesiapa yang ingin menginfaqkan harta @ wang ringgit ke jalan Allah boleh lah berbuat demikian membantu bagi menyiapkan PUSAT PENGAJIAN PONDOK TURATH ISLAM MALAYSIA
sila layari disini
http://pondokturath.blogspot.com

AMK sokong bajet RM15 juta


Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
27 Julai 2010
Kerajaan Selangor Mengamal Urustadbir Telus dan Bertanggungjawaban
Angkatan Muda Keadilan (AMK), mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan RM15 juta untuk mempertingkatkan sistem penyampaian maklumat. 
Sekali lagi negeri Selangor telah membuktikan komitmen untuk mewujudkan urus tadbir yang telus, bertanggungjawaban demi menjamin hak untuk mengetahui (right to know) bagi semua rakyat Selangor.
Hak untuk mengetahui merupakan prinsip asas dan perlu wujud dalam sistemdemokrasi bagi memastikan warganegara dapat menerima maklumat yang mencukupi, tepat dan berupaya membuat keputusan yang bijaksana dalam pilihanraya. Sudah dekat 53 tahun Malaysia merdekanamun sistem pilihanraya masih dalam keadaan hiasan sahaja (window-dressing).
Media arus perdana termasuk televisyen, radio dan akhbar masih dimonopoli oleh UMNO/BN. Keadaan ini telah menyekat hak untuk mengetahui bagi orang awam.UMNO/BN tidak usah terlalu sensitif dengan keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, malah tidak perlu membantah semata-mata untuk membantah.
Sekiranya UMNO/BN menghormati keputusan rakyat dalam pilihanraya umum ke-12, mengapa pula tarik balik Radio Selangor yang sebelumnya dibawah kerajaan negeri? Bagaiman pula dengan stesyen radio dan televisyen yang di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Budaya dikembalikan hak kepada rakyat? 
Ini jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan telah menafikan hak untuk mengetahui bagi rakyat.
AMK mengalu-alukan rakyat Selangor untuk memantau serta melibatkan diri secara aktif dalam urus tadbir negeri Selangor. Namun jangan terperangkap oleh kritikan pimpinan UMNO/BN yang bersifat hipokrit dan double standard dalam isu hak untuk mengetahui.
Sementara menguasai segala institusi penerangan, UMNO/BN pula menekan dan menghalang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk mempertahankan hak untuk mengetahui.
Oleh itu, AMK menyeru rakyat Selangor agar sentiasa melayari portal TVSelangor, Selangor Kini serta Akhbar Selangorkini dalam versi cetak untuk mengikuti perkembangan terkini di Selangor.
Selain itu, rakyat Selangor juga boleh membantu kerajaan negeri untuk menyebarkan maklumat yang tepat khasnya berkaitan dengan dasar-dasar kebajikan serta urus tadbir yang baik.
Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sebab-sebab PARTI KEADILAN RAKYAT di lahirkan



PARTI KEADILAN RAKYAT di lahirkan kerana tidak mahu UMNO sentiasa menipu rakyat..iainya diwujudkan demi menentang kezaliman menegakkan keadilan buat semua rakyat malaysia yg tercinta ini..anda jgn mudah lupa parti UMNO lah yg memperbodohkan melayu demi mengaut kekayaan negara tercinta kite ini..Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.
Azmizam Zaman Huri


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

Protes lembu: Seorang dipenjara, 11 didenda

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda itu kepada semua 12 lelaki yang dituduh terlibat dalam perhimpunan haram sambil membawa kepala lembu pada tahun lalu.

Hakim Hasbi Hasan memutuskan perkara itu selepas kesemua 12 tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu menyertai perhimpunan haram di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 2.25 petang, 28 Ogos tahun lalu.
NONEMereka ialah Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36, dan timbalannya, Ibrahim Sabri, 42; Eyzva Ezhar Ramly, 31; Mohd Azmir Mohd Zain; 35, Ahmad Suhairi Zakaria, 30; Mohd Hilmi Ni, 40; Jainudin @ Zainudin Md Yusuff, 67; Mohd. Jurit Ramli, 39; Mohammad Nordin Zakaria, 56; Jamil Mohamad Isa, 40; Rahimuddin Md. Harun, 39; dan Azhari Shaari, 39.

Hakim membuat keputusan itu setelah mempertimbangkan penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, pengakuan bersalah dan latar belakang tertuduh.

Seksyen tersebut menyatakan, tertuduh terlibat dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang "dengan tujuan untuk melakukan mudarat awam".

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan, denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, semua 12 mereka didakwa mengikut Seksyen 27(5A) 1967 Akta Polis yang membawa hukuman lebih berat.
Berpeluk gembira

Ketika membuat rayuan, pihak pembelaan - diketuai peguam Afifuddin Ahmad Hafifi - meminta kesemua anak guamnnya diberikan hukuman hanya didenda ringan memandangkan kesemua mereka telah mengaku salah dan insaf ataas perbuatan masing-masing.

Tindakan itu sekaligus menjimatkan kos dan masa mahkamah bagi menyelesaikan kes-kes lain, takmbahnya.
NONEAfifuddin juga berkata, dalam perhimpunan yang disertai mereka, tiada berlaku sebarang kerugian dan kerosakan harta benda.

Ketika menjatuhkan hukuman, hakim menegaskan, tindakan kesemua pesalah berkait dengan kepentingan awam.

Sehubungan itu, tambah Hasbi, kesemua perbuatan yang membantah pemindahan kuil hindu dengan cara yang sensitif dan tidak bertoleransi hendaklah dielakkan.

"Apa jua perkara yang berkaitan dengan ugama adalah sentitif," katanya sambil meminta kesemua pesalah lebih prihatin dan insaf atas perbuatan masing-masing.

Pihak pembelaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof.

Sejurus selepas mahkamah selesai bersidang tengah hari tadi, kelihatan kesemua pesalah berpelukan kegembiraan kerana terlepas daripada hukuman penjara.



*** Salah seorang di dalam kes kepala lembu  ini adalah bapa saudara kepada blog PAS cawangan Juru...Umno di belakang mereka...Sebab itu mereka tidak risau....

Gantung tak bertali permit SK dan Roket:Bukti kerajaan UMNO-BN tak selamat

1. Tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan permit Suara Keadilan dan Roket dapat difahami sebagai kebimbangan kritikal UMNO-BN menghadapi kebangkitan rakyat yang kian tegar mempersoalkan dasar-dasar kerajaan muktahir ini.

2. Jika UMNO-BN dalam keadaan kuat, stabil dan selamat, maka sudah tentu penahanan, penafian hak dan penggantungan permit dua lidah rasmi Keadilan dan DAP itu tidak dilakukan, sebaliknya ia akan diberi seperti biasa.



3. Ini kerana, tindakan tidak popular itu hanya memburukkan imej UMNO-BN yang menguasai kerajaan dan sekaligus mengesahkan sikap tidak demokratik mereka terhadap kebebasan bersuara dan bermaklumat di negara ini.

4. Mengapa UMNO-BN sanggup merosakkan imejnya, mencalar kepercayaan rakyat jika tidak kerana mereka benar-benar dalam keadaan terdesak untuk mempertahan kuasa yang kian tergugat akibat lambakan maklumat berani, telus dan bersifat reformasi.

5. KAMI yakin, kekangan terhadap media cetak sejak muktahir ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN sebagai langkah mengurangkan fakta tepat kepada rakyat, khususnya yang berkaitan isu-isu politik yang boleh menikam dan menghakis pengaruh UMNO-BN.

6. Sebagai persediaan nekad menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, dan mempertahankan kuasa yang sedia ada, demi untuk merampas kembali Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Kelantan yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, maka sudah tentulah kerajaan UMNO-BN terpaksa bertindak 'membunuh' suara rakyat melalui dua lidah rasmi ini, kerana ia menjadi perhatian rakyat.

7. Mustahil jika Suara Keadilan dan Roket tidak berbisa, permitnya ditahan. Ini tidak bermakna kelulusan permit lidah rasmi PAS, Harakah menjadi petunjuk keadilan dan sikap profesional KDN. Sebaliknya amaran keras, larangan dijual di premis awam serta arahan dibes
arkan perkataan "Hanya Untuk Ahli Sahaja" pada maskhead akhbar itu jelas kekangan melampau yang tidak wajar wujud dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

8. KAMI terus mendesak agar KDN menghormati hak kebebasan bersuara, sistem demokrasi berparlimen dan menghormati kebijakan bermaklumat dengan mengembalikan semula kedua-dua permit Suara Keadilan dan Roket kepada parti-parti berkenaan, sebagai lidah rasmi dan menarik semula amaran keras yang tidak munasabah yang dikenakan ke atas Harakah.

9. Sebagai lidah rasmi parti, dan bukannya akhbar komersial adalah amat tidak wajar sama sekali KDN menafikan hak-hak warga negara ini dalam menegaskan suara mereka. Tindakan tidak memberikan permit bermakna kerajaan 'menggam' mulut rakyat, memaku minda dan mengganyang rakyat dengan dipaksa menerima maklumat sebelah pihak.

10. Berbanding pengua
saan UMNO-BN terhadap media tradisi seperti RTM, TV3, NTV7, NTV9, Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, News Strais Times, beberapa akhbar berbahasa Cina dan India; kekangan KDN terhadap Suara Keadilan, Roket dan Harakah boleh digambarkan sebagai tindakan tegar dari emosi takut, bimbang dan risau kerajaan UMNO-BN hilangnya segenggam kuasa yang membuktikan kekayaan kepada pemimpin dan kroni, yang memayahkan rakyat dan yang memayungi kezaliman.
*Kenyataan oleh Tarmizi Mohd Jam selaku Setiausaha Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).

Pendakwa didakwa ada hubungan dengan Saiful digugurkan


Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.
Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut.
Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.
Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.
“Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.
“Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.
Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.
Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.
“Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.
Semalam peguam Anwar mendesak Peguam Negara memberi respons kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya minggu lalu.
Raja Petra mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwa, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider minggu lalu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.
“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.
“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof.
Pasukan pendakwa terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina sendiri.
Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.
Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.
“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.
Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.
Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

DI AMBANG RAMADHAN AL-MUBARAK

Tuesday, July 27, 2010

4 Negeri Pakatan Rakyat bubar DUN serentak?

S. Wahab





BN takut dengan idea PR untuk mengadakan pilihan raya berasingan. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya kepada media hari ini seolah-olah menidakkan hak dan autoriti Kerajaan PR untuk membubarkan DUN masing-masing secara berasingan.


Muhyiddin berkata jika negeri-negeri berkenaan enggan mengadakan pilihan raya secara serentak di seluruh negara berikutan masalah dalaman yang melanda parti-parti pembangkang, itu adalah masalah mereka.


Katanya, bagi Barisan Nasional (BN), mereka mempunyai pengalaman yang lebih lama dalam menghadapi pilihan raya dan faham mengenai perjalanannya.


Jelas sekali bahawa BN tidak sedar bahawa mereka berhak membubarkan parlimen tetapi tidak berhak untuk membubarkan semua DUN kerana 4 negeri sekarang ini dikuasai oleh PR.


Saya mencadangkan negeri-negeri kesemua negeri PR mengadakan pilihan raya pada tahun ke lima selepas PRU 12 iaitu pada tahun 2013.




Adalah lebih baik Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri –negeri PR membuat kenyataan akhbar bersama sekarang ini dengan menyatakan bahawa Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang akan membubarkan parlimen pada bulan Febuari atau Mac 2013.


Jika kita melakukan perkara sedemikian maknanya kita membuktikan bahawa negeri-negeri PR adalah anak jantan kerana berani menyatakan tarikh bila Pilihan raya Umum akan diadakan di negeri-negeri PR.








* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails