WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Saturday, June 5, 2010

Rachel Corrie Sah DiRampas

MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepong Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.

Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata jurucakap itu.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.

"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata itu," katanya.

Anifah berkata kesemua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan bagi menjamin keselamatan mereka.

Anifah berkata Wisma Putra memantau secara dekat perkembangan oleh kerana adanya enam rakyat Malaysia di kapal berkenaan.

Misi bantuan Gaza itu ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO), sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia.

Kapal Rachel Corrie diberi nama sempena serang wanita Amerika yang terbunuh oleh sebuah jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika memprotes tindakan meroboh sebuah rumah.

Anifah berkata Malaysia turut menggesa Israel menentukan laluan selamat kapal itu ke Gaza untuk menyerahkan kargo bantuan kemanusiaan itu.

Dalam hubungan ini, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar turut meminta Israel memberi jaminan demikian.
 

Thursday, June 3, 2010

Dalam Parlimen Bukan Main Sayang.. Tapi Di luar Kutuk Bukan Main Regim YAHUDI niee



DALAM PARLIMEN SOKONG APCO YAHUDI, DILUAR KUTUK REGIM YAHUDI

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Kekejaman regime yahudi, laknatullah, keatas kapal pengaman Frotilla di laut antarabangsa , mengakibatkan ramai kematian dan cedera parah, apabila diserang dgn ganas oleh tentera yahudi. Perbuatan zolim tentera yahudi ini mesti dikecam sehebat2nya. Saya sendiri mengecam kuat setiap kali dipentas ceramah, tazkirah dan solat hajat bersama rakyat. Berbagai pihak termasuk UMNO juga mangutuk dan berdemo tanda marah dan mengutuk tindakan regim israel tersebut.

Tapi mesti juga diingat bahawa apabila pada sessi Parlimen bulan March-April 2010 yg lepas, setelah didedahkan siapa dia APCO WORLDWIDE, ASIASOFT, APCO INTERNATIONAL yang mempunyai hubungan kait terus dgn regim yahudi serta berpengkalan di Tel Aviv, oleh ketua pembangkang, DSAI, namun kesemua ahli Parlimen UMNO telah berkata "setuju" utk kerajaan membayar RM77juta kepada APCO Worldwide sebagai bayaran khidmat perunding untuk mempromosikan 1Malaysia serta menguruskan pertemuan Presiden BN/UMNO dgn Obama dan kos pengiklanan RM, istri 1Malaysia di akhbar The New York Times pd 16 April 2010.

Perbahasan isu ini makan masa 2 hari bagi meyakinkan ahli Parlimen supaya menolak APCO. Kesemua ahli Parlimen PR mengecam hebat APCO dan regim yahudi di Parlimen supaya kerajaan tidak membayar dan membatalkan khidmat APCO. Kami berkata "tidak". Namun oleh kerana suara "setuju" lebih kuat dari "tidak' maka lulus pembayaran RM77juta kpd firma yahudi, APCO WORLWIDE oleh semua ahli Parlimen UMNO/BN.

Persoalanya, kenapa sikap UMNO yg bermuka2 dan membohongi rakyat khususnya orang melayu yg sentiasa diberitahu bahawa UMNO menentang yahudi dan membela rakyat Palestin
di luar Parlimen, tetapi pada hakikatnya UMNOlah yg melantik firma yahudi dan membayar RM77juta kepada APCO Worldwide. Tidakah pimpinan UMNO serta ahli Parlimen UMNO berasa bersalah ? Harap rakyat khusunya masyarakat melayu dapat menilai hakikat sebenar pimpinan UMNO yg bermuka2.

Dalam bab meluluskan lesen judi sukan, bola sepak dunia, UMNO tidak melayan tuntutan ahli UMNO yg mahukan Najib dan kerajaan membatalkan lesen judi sukan ini yg di beri kepada Vincent Tan melalui Ascot Sports S/B .Seluruh rakyat merayu supaya Najib batalkan perbuatan "Rijsun min amali Syaithan", namun Najib langsung tidak mendahulukan rakyat. Yang akan menjadi mangsa bukan banyak sangat yg telah asyik berjudi, tetapi anak2 muda melayu kerana mereka suka bola. Lesen ini akan membuka ruang utk mereka bertarung dan bertaruh.

Mahukah kita benarkan Najib dan kerajaan memberi dan menghantar bara kepada rakyat Malaysia? Inilah kesempatan dan peluang keemasan agar orang dan ahli2 UMNO meninggalkan parti UMNO yg terbukti jelas sesat dan menyesatkan serta melawan perintah Allah seperti termaktub dalam ALQuran, Surah 5: ayat 90, 91 dan 92. Fikir2kanlah serta bertindak pantas dan bijak tinggalkan UMNO sekarang supaya terlepas dari laknat dan kemurkaan Allah.

Allahu 'alam.

4 Tahun Janji Rumah Kos Rendah di Pahang Tak Siap

"Macam ni lah nasib orang Melayu sampai bila-bila. Bukan di Pulau Pinang, tapi di Pulau Tioman, Pahang, tidak jauh dari Pekan. Penduduk merayu kerajaan mempercepatkan pembinaan rumah kos rendah di kampung itu seperti yang dijanjikan kepada mereka sejak empat tahun lalu. Tidak sepatutnya kami dibiarkan hidup bersesak dan berhimpit seperti ikan sardin di sini

 
********************************
EMPAT TAHUN TUNGGU RUMAH KOS RENDAH 
Berita Harian 2 Jun 2010  
Ramai generasi kedua Kampung Tekek masih menumpang kediaman ibu bapa
 
ROMPIN: Penduduk Kampung Tekek di Pulau Tioman, dekat sini merayu kerajaan mempercepatkan pembinaan rumah kos rendah di kampung itu seperti yang dijanjikan kepada mereka sejak empat tahun lalu.
 
Permintaan itu dibuat berikutan rumah sedia ada yang diduduki sejak turun temurun sudah tidak sesuai dan kelihatan uzur malah ada di antaranya didiami lebih daripada satu keluarga kerana kesukaran mendapat tapak baru.
 
Keadaan bertambah buruk apabila ada kalangan generasi kedua yang nekad membina rumah berhampiran pantai di atas tanah milik kerajaan kerana terdesak dan tidak mempunyai pilihan selepas mendakwa, sebahagian daripada tanah mereka sudah diambil kerajaan untuk membina sekolah dan kawasan pelancongan.
 
Berita Harian difahamkan, kerajaan negeri sudah membuat bayaran RM1.4 juta kepada pemilik tanah terbabit dan hanya menunggu peruntukan bagi memulakan projek perumahan berkenaan di atas tanah seluas 3.2 hektar.
 
Bagaimanapun, tinjauan ke kawasan tapak perumahan itu baru-baru ini mendapati keadaan sekeliling tidak berubah dan masih dipenuhi semak samun malah tiada sebarang papan tanda menunjukkan kawasan itu bakal dibangunkan projek perumahan.
 
Ketua Kampung, Kamarolzaman Ismail, 60, berkata kerajaan perlu melakukan sesuatu dan menggesa pihak berkaitan melihat sendiri kawasan perumahan yang hendak dibangunkan.
 
Katanya, kira-kira 4,000 penduduk di pulau itu memerlukan rumah kos rendah terutama generasi kedua dan ketiga yang kebanyakannya masih menumpang di rumah orang tua masing-masing.
 
“Projek ini tidak boleh ditangguh lagi kerana kehidupan kami semakin terhimpit malah ada di antara penduduk di sini yang berkongsi rumah bersama ibu bapa dan adik beradik lain yang sudah berkeluarga,” katanya ketika ditemui di Kampung Tekek di sini, baru-baru ini.
 
Seorang penduduk, Zulfakar Othman, 45, meminta pihak berkaitan mempercepatkan pembinaan rumah kos rendah itu bagi memberinya peluang tinggal dalam suasana yang lebih selesa.
 
“Kami akur dengan permintaan kerajaan untuk mengambil alih tanah milik keluarga dan diberi bayaran pampasan bagi tujuan meningkatkan taraf hidup kami tetapi tidak sepatutnya kami dibiarkan hidup bersesak dan berhimpit seperti ‘ikan sardin’ di sini,” katanya.
 
“Ketika ini ramai di kalangan penduduk ini terpaksa membina rumah di atas tanah kerajaan berhampiran kawasan pantai yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada industri pelancongan di pulau ini,” katanya.
 "
 

Pertubuhan Yahudi Mahu Amerika Putuskan Hubungan Dengan Anwar

Pertubuhan Yahudi Mahu Amerika Putuskan Hubungan Dengan Anwar
Posted on Wednesday, June 02 @ 07:22:59 PDT
Dilulus untuk paparan oleh 
teori

BeritaSumber HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.Menurut surat B’nai B’rith International’s,


The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.
Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif  B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.

Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.

Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.

Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel.

Bagi pertubuhan itu, langkah Anwar mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dengan memasukkan unsur-unsur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel adalah tidak boleh diterima.

"Contohnya, kenyataannya pada 30 April yang perisik Israel terlibat secara langsung dalam menguruskan kerajaan.

"Contoh lain adalah, dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis," kata surat itu.

Mereka juga berkata, Anwar mendakwa kerajaan menggunakan khidmat syarikat perhubungan awam yang dikawal oleh Yahudi di Parlimen.

Selain itu, mereka mendakwa Anwar pernah membuat kenyataan kepada Islam Online yang dia mempunyai bukti kerajaan menyokong lobi Yahudi di Amerika dan sesetengah pihak di Israel.

"Memandangkan peranan  Anwar dalam kebangkitan anti-Sematic dalam politik Malaysia, kami memohon semua pegawai Amerika menggantung sebarang hubungan dengan Anwar Ibrahim," kata surat pertubuhan Yahudi itu.

Sementara itu, pertubuhan ini jugalah yang menyalahkan Flotilla Gaza dan melebelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

Bagi pertubuhan ini, Flotilla ini adalah satu provokasi oleh kumpulan pro-Hamas yang berlindung di sebalik bantuan kemanusiaan bertujuan untuk memusnahkan negara Yahudi yang dianggap mereka sah itu.

Wednesday, June 2, 2010

Lim Guan Eng kutuk serangan Zionist.. Apa pendirian MCA?



Beberapa hari yang lalu ketika PAS dengan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meyerahkan memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.
Sebuah blog yang menyokong UMNO/BNtelah menyiarkan satu entry yang mempersoalkan pendirian DAP tentang isu kezaliman Zionist ini..

Katanya “Jika isu Judi Bola Sepak sangat riuh diperkatakan oleh DAP, mengapa dalam isu keganasan Israel terhadap umat Islam Palestin parti tersebut berdiam diri? Kononnya DAP memperjuangkan keadilan sejagat, tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Ke mana perginya semua prinsip itu?”

Penulis blog tersebut juga telah mendakwa PAS telah salah memilih kawan dalam perjuangan kerana DAP tidak sedikit pun bersimpati dengan rakyat Palestin - jauh sekali untuk memberikan bantuan.

Jadi sebagai jawapannya dibawah ini aku letakkan kenyataan Media dari Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang menyatakan pendirian mereka dan mengutuk serangan Zionist itu..

Bagaimanapula dengan pendirian MCA? MCA yang telah lama tidur sebantal dengan UMNO..

Nabi Muhammad (s.a.w) Dalam Kitab Hindu

Nabi Muhammad (s.a.w) Dalam Kitab Hindu

Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw.

Di India adalah merupakan factor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatu bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalau sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak.

Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu.

Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.

Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan.

Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).

1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.

Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

Wah ! Estate Ada 2 Timbalan Menteri……………………

Wah ! Estate Ada 2 Timbalan Menteri……………………

Tentu seronok warga koko, getah, sawit, lada hitam, kopi, tembakau serta kayu kayan ye ?.
G.Palanivel dapat senator terus jadi timbalan menteri kedua KPPPPPPPPPPK, hebat nanti warga2 estate dari kalangan kaum India nanti, akan terbela kah ?.
Mengikut kepada rekod semasa dia menjadi MP Hulu Selangor tak cemerlang pun, Umno pun kata begitu apatah lagi Kaum India disitu, di calon semula pun orang tak mahu, sampai sekarang pun MIC huru hara berpunca pasal calon di Hulu Selangor.
Penting sangat kah Kementerian ini ?, sehingga mesti ada 2 timbalan, jangan lupa koata MIC bertambah lagi satu hadiah untuk samy vellu, kalau tak bayar elaun  ok juga, kalau bayar sudah tentu membazirkan duit rakyat, kerana nak ambil hati MIC, di bagi nya senator dan terus jadi timbalan menteri, walau pun terbukti palanivel lembab dan tiada rekod cemerlang.
Aku cadangkan satu lagi Kementerian, ia itu “Kementerian Perhubungan Jenis Dan Tenaga Syahwat”, kita tambah lagi menteri, lantik ramai2 lagi senator, sebab nak jadi menteri tak payah jadi wakil rakyat, hanya jadi WAKIL NAJIB. Baru lah kerja2 menteri mencermin kan mandat dan hasrat Najib bukan nya hasrat ROSMAH.

Umno Permatang Pauh Hilang 5000 Orang

Umno Permatang Pauh Hilang 5000 Orang

Pru 13 nanti Umno akan kalah lagi di Permatang Pauh, ini kerana awal2 lagi Ketua Umno Bahagian itu telah mengaku kalah, alasan2 awal sudah nampak, dengan menuduh kerja2 menghilang orang umno ni di buat olih “Orang Dalam”, haaa……….. tuduh jangan tak tuduh.
Umno Bahagian Permatang Pauh telah membuat semakan dan mendapati lebih 5,000 daripada 56,000 pengundi terutama di DUN Seberang Jaya yang merupakan kubu kuat BN telah ditukarkan sebagai pemilih ke kawasan lain.
Umno juga sedang mengumpul data, maklumat dan bukti berhubung perkara itu sebelum melaporkannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.
"Saya percaya perkara ini (pertukaran tempat mengundi) dilakukan orang dalam kerana ia hanya boleh dilakukan oleh mereka dan saya meminta SPR memantau perkara itu," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPR negeri Morat Pora berkata, SPR akan menyiasat dakwaan Abdul Jalil dan mahukan Umno Bahagian Permatang Pauh menyediakan bukti atas dakwaan itu.

Bila Pensyarah Dah Lobak, Bukannya Kangkung..Petanda BN Akan Hancur

Bila pensyarah dah jadi keras dan tegas sayur lobak, bukannya kangkung lagi, alamatnya BN akan pendek umur dalam PRU akan datang. Memang pensyarah perlu berani, nyatakan yang benar dan bukannya hasutan atau fitnah..tak kisah kalau kutuk kerajaan..nak kata Pak Lah macam Mr Bean (saya pernah dengar pensyarah saya kata macamtu)...biarkan..mereka bukannya mengajar kat tadika permata keloaan Roswah..mereka mengajar kat menara gading..jadi jangan sekat kebebasan akademika mereka..
PKAUM: Kritikan khianati kebebasan akademik
Kritikan terhadap majlis syarahan awam dan perbincangan mengenai buku Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang diadakan di Univeriti Malaya, baru-baru ini dianggap sebagai mengkhianati kebebasan akademik dan autonomi universiti.
 
Menurut Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM), Azmi Sharom, pihaknya merasa sedih kerana masih banyak pihak yang kurang arif dan kurang prihatin terhadap fungsi universiti.
"Ramai yang masih beranggapan universiti adalah sebuah sekolah besar berasrama, tinggi sikit dari sekolah menengah.
"Kekangan kepada universiti untuk menganjur sebarang majlis ilmiah akan membantut usaha menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti bertaraf dunia. Bertaraf dunia tidak hanya bermaksud penarafan (ranking) tinggi. Ia juga mengkehendaki budaya akademik yang matang, sihat dan bebas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, majlis berkenaan merupakan satu wacana ilmiah dengan penulis buku itu, Barry Wain, serta tiga tokoh akademik Universiti Malaya.
"Ia telah dijalankan dengan cara matang dan aman. Tidak ada dari kalangan para hadirin yang terdiri dari berbagai kaum dan peringkat umur, yang membantah terhadap apa yang dibincangkan atau apa yang tertulis di dalam buku tersebut," kata Azmi.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menghormati dan menghayati kebebasan akademik dan autonomi universiti.
"Bebaskan universiti untuk membina satu persekitan akademik yang sihat dan maju. Universiti Malaya tidak mahu kekal sebagai sebuah universiti dunia ketiga," katanya.
 
Pada 31 Mei lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengarahkan Universiti Malaya menyediakan laporan terperinci mengenai program syarahan Barry Wain itu.
Menurut Khaled meskipun universiti mempunyai kuasa untuk memutus dan menganjurkan sebarang program di dalam kampus masing-masing mengikut budi bicara Naib Canselor, namun garis panduan dan tatacara jelas perlu disediakan.
Katanya, tindakan itu bagi memastikan program berbentuk akademik yang dianjurkan kelak tidak lari daripada matlamat asal dan dijadikan platform untuk agenda individu tertentu.

Ada Juga Laknatullah Yang Sokong Yahudi Bunuh Aktivis Gaza

Ada Juga Laknatullah Yang Sokong Yahudi Bunuh Aktivis Gaza

Dalam seluruh negara berdemontrasi membantah kekejaman Israel, ada lagi si laknatullah yang sokong Israel bunuh anggota misi kemanusian ke Gaza. Mereka ini tak lain tak bukan, adalah yahudi..biasalah tu, sokong sesama sendiri. Tunggulah amaran yang Rasullullah telah berikan ini dalam sabdanya..
"Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka hingga setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, ke marilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali(pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tapi lebih elok zahirkan sokongan secara terbuka, daripada kerajaan BN Yahudi di negara ini..sampai sekarang tak nak batalkan bisnes dengan Apco Israel..2 kali 5 je BN dengan penyokong Israel kat bawah ni..cuma pemimpin UMNO Melayu tak pakai kopiah kecik macam Israel, cuma pakai songkok hitam je..
Israelis gather together at the entrance to the city of Jerusalem, while hundreds of rallies go on around the country, to show their support for the IDF and their conduct aboard the 'Gaza peace flotilla'. Jerusalem, Israel. 01/06/2010

Kerajaan bentang usul di Dewan Rakyat kecam Israel Isnin ini

Kerajaan bentang usul di Dewan Rakyat kecam Israel Isnin ini


June 02, 2010

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Kerajaan akan membentangkan satu usul di Dewan Rakyat pada Isnin ini bagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dua hari lepas.

Keputusan untuk pembentangan usul itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa Malaysia akan mengusulkan agar pencabulan dan keganasan yang dilakukan oleh Israel itu dibawa ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri juga mengarahkan Wisma Putra supaya menyelamatkan kesemua rakyat Malaysia itu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan pagi ini untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin diGaza.

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, "Mavi Marmara", dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Israel, yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa, dilaporkan berkata ia akan mengusir keluar kesemua 682 sukarelawan dari 35 negara yang ditahannya dalam serangan itu. – Bernama

PAS ziarah keluarga wartawan Awani

PAS ziarah keluarga wartawan Awani
Ditulis oleh Harakahdaily   
WEDNESDAY, 02 JUNE 2010 07:44


ALOR SETAR, 2 Jun - Tiada khabar yang lebih menggembirakan seorang ibu selain mendengar sendiri suara anak tunggalnya yang diberitakan telah ditahan oleh rejim zionis Israel ketika menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Demikian yang terjadi kepada Wan Mahfuzah Wan Jamil, ibu kepada wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26, yang ditahan bersama-sama dengan 12 rakyat Malaysia, Isnin lalu.


Wan Mafuzah ketika dikunjungi di rumahnya di Lorong Kampung Pisang, Jalan Kanchut, dekat sini dapat mendengar sendiri lintas langsung melalui siaran Astro Awani di mana Ashwad sedang melaporkan keadaan di sempadan Jordan yang mana rakyat Malaysia yang ditahan telah dibebaskan.


Kira-kira 15 minit selepas itu, Ashwad sendiri telah menelefon ibunya itu dan sempat berbual kira-kira lima minit bersama Wan Mahfuzah dan bapanya, Ismail Yaakub.


Wan Mafuzah dan Ismail mengucapkan syukur dengan keadaan anak mereka dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan.


Terdahulu, pimpinan PAS diketuai Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar menziarahi Wan Mafuzah dan Ismail di kediaman mereka dan mengadakan majlis bacaan Yaasin dan doa selamat.


Turut serta, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Ustaz Ahmad 'Izzat Shauki, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Hayati Othman dan Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.


Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Datuk Rohsidi Osman dan Setiausaha PAS Alor Setar, Adnan Saad.


Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mahfuz melahirkan rasa syukur dengan perkembangan semasa dan berharap agar masyarakat Malaysia dan seluruh dunia memberikan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam misi kemanusiaan ke Gaza itu.


"Saya minta Yang di-Pertuan Agong memberikan anugerah kepada semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi ini kerana keberanian yang telah mereka tunjukkan serta telah mengharumkan nama negara.


"Begitu juga kepada Ashawad, saya berharap kepada kerajaan negeri dan juga perkenan Tuanku Sultan untuk memberikan penghargaan kepada Ashwad selaku rakyat negeri ini yang telah mengharumkan nama negera dan negeri Kedah," ujarnya.

Himpunan 100 ribu Rakyat Mansuhkan Judi Sukan - NGO, parti politik di ajak serta

Himpunan 100 ribu Rakyat Mansuhkan Judi Sukan - NGO, parti politik di ajak serta
Ditulis oleh Suhaizan Kayat   
WEDNESDAY, 02 JUNE 2010 03:38


Suatu gerakan rakyat telah ditubuhkan untuk membantah judi dinamakan sebagai Gerakan Rakyat Membantah Judi atau ringkasnya GMJ telah ditubuhkan pada hari Selasa 1hb Jun 2010. Setakat ini 21 NGOs dan parti politik telah bergabung tenaga untuk membentuk suatu gerakan rakyat. Pertubuhan tersebut adalah :


1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM)
2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)
5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)
6. Satu Nama (SATNA)
7. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
8. Jamaiy
9. Pengerak Belia Tempatan MPK
10. Budayawan Bertindak(BB)
11. Seniman Paksi Rakyat
12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)
13. Nisa Malaysia
14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM)
15. Persatuan Dharma Sakyamuni
16. Relawan (PBR)
17. Pusat Aduan Rakyat Kempas
18. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
19. Dewan Pemuda Pusat (DPP Pusat)
20. Angkatan Muda Keadilan (AMK)
21. Pemuda DAP (DEPSY)



Gerakan rakyat ini masih membuka peluang kepada mana-mana NGO dan parti politik yang berminat untuk menyertainya.


Aktiviti pertama gerakan ini adalah “Kempen Mansuhkan Judi Sukan” yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan kepada syarikat Berjaya. Kemuncak kepada kempen ini adalah Himpunan 100 ribu Mansuhkan Judi Sukan yang akan diadakan pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
Bagi mengerakan rakyat seluruh negara turun dalam himpunan rakyat ini beberapa aktiviti telah disusun. Antaranya adalah :


1. Pelancaran Kempen Memansuhkan Judi Sukan pada sabtu 5hb Jun 2010 di Pusat Perniagaan Sogo mulai jam 2 petang.


2. Penyerahan Memorandum Kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia pada isnin 7hb Jun 2010 jam 11 pagi.


3. Penyerahan Memorandum Kepada Perdana Menteri Malaysia pada hari rabu 23hb Jun 2010 jam 2 petang.


4. Road-show Negeri-negeri

a. Wilayah Persekutuan : 15-6-2010
b. Selngor : 18-6-2010
c. Terengganu : 19-6-2010
d. Kedah : 22-6-2010
e. Pulau Pinang : 22-6-2010
f. Perak : 23-6-2010
g. Perlis : 26-6-2010
h. Johor : 27-6-2010
i. Melaka : 29-6-2010
j. Pahang: 29-6-2010
k. Negeri Sembilan 29-6-2010



5. Penyerahan Memorendum kepada Menteri-menteri besar dan mufti-mufti kerajaan Negeri


6. Pengedaran Risalah.


7. Penutup Road-show pada 2hb- Julai-2010 jam 9 malam di Kuala Lumpur.


8. Kemuncak : Himpunan 100 Ribu Rakyat Membantah Judi Sukan pada 3hb Julai 2010 jam 2 petang.


Terdapat dua badan yang bertanggungjawab terhadap Kempen Membantah Judi Sukan iaitu Jawatankuasa Induk dan Sekretariat Kempen. Jawatankuasa Induk adalah seperti berikut :

Pengerusi : Cikgu Mohd Azmi Bin Abd Hamid
Timbalan Pengerusi : Sdr. Mohamad Raimi Bin Ab. Rahim
Setiausaha (Sekretariat) : Sdr. Suhaizan Kayat
Penolong S/U : Sdr. Faisal Aziz
Bendahari : Sdr. Nahar Bin Md Nur
Ahli Jawatankuasa : Wakil-wakil NGO dan Parti Politik



Sekretariat Kempen pula adalah badan yang bertanggungjawab untuk mobilisisi rakyat menyertai Himpunan 100 Ribu. Jawatankuasanya adalah seperti berikut :

Pengarah : Sdr. Suhaizan Bin Kayat
Tim Pengarah : Sdr. Mohd Sani Hamzan
S/U : Sdr Suhaimi
Pen S/U : Sdr Sahir
Bendahari : Sdr. Zaidi
J/K Road Show : Ust Zul Selangor
J/K Publisiti : Sdr. Herman
J/K Logistik : Ulu Langat (Mohd Sani)
J/K Keselamatan : Sdr. Johari & Chem
J/K Media : Sdr. Fadhil
J/K Dialog Antara Kaum : Ust Ridzuan Mohd Nor


Sumbangan untuk menjayakan Kempen Membantah Judi Sukan boleh disalurkan kepada Sekretariat Pemuda Perihatin (Bank Muamalat Malaysia Berhad). No Akaun :12070005650714. Sebarang rujukan boleh layari
 http://bantahjudi.wordpress.com. Email : suhaizankayat@yahoo.com . H/P : 019-47448569 (Cikgu Azmi)/ 019-7285174 (Suhaizan)

Qunut nazilah dalam solat lima waktu

Qunut nazilah dalam solat lima waktu
Ditulis oleh Harakahdaily   
WEDNESDAY, 02 JUNE 2010 01:55
KUALA LUMPUR, 1 Jun - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta meminta umat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap solat lima waktu bermula hari ini. 
Demikian dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, sebentar tadi.


Ini, katanya bagi memohon kepada Allah agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails