WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 1, 2010

Kutuk Israel, Lelaki PERKASA Cuba Bunuh Diri.

Kutuk Israel, Lelaki PERKASA Cuba Bunuh Diri.


KL JUN 1, 10: Akibat tidak dapat mengawal perasaan, seorang warga Palestin yang menyertai demonstrasi mengutuk serangan berdarah komando Israel terhadap frotila bantuan untuk Gaza cuba membunuh diri menggunakan sebilah pisau.

Dalam kejadian di kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pagi ini Moin Mohmed Habib yang menyertai ratusan NGO Melayu-Islam cuba melukakan lehernya dengan pisau pemotong kertas tetapi tindakannya itu dihentikan oleh orang ramai yang turut hadir.

Beliau kemudiannya membuka baju dan cuba melukakan bahagian perutnya pula sebelum dihentikan pula oleh beberapa orang pagawai polis yang mengawal keadaan. Lelaki yang memakai kain ikat kepala warna merah bertulis PERKASA itu dibawa ke hospital untuk dirawat. Dia juga dilaporkan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk membantu siasatan. Lihat gambar-gambar di atas.

Sementara itu, PAS hari ini menyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin. Memorandum serupa turut diserahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Manakala memorandum juga dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim). Lebih 200 warga prihatin turut berhimpun menyatakan bantahan di hadapan bangunan kedutaan tersebut dengan membawa sepanduk bantahan dan poster mengecam tindakan biadab rejim Zionis Israel.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails