Pelancaran Web Rasmi Muktamar ke-56 |
Ditulis oleh Datuk Takiyuddin Hassan |
MONDAY, 31 Mei 2010 09:00 |
KENYATAAN MEDIA PELANCARAN WEB RASMI MUKTAMAR PAS KE-56 Jawatankuasa Panitia Induk Muktamar PAS ke-56 dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP) telah mengadakan satu laman web khusus untuk muktamar PAS kali ini. Laman web ini diadakan bagi tujuan untuk memudahkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta rakyat Malaysia mengikuti perkembangan muktamar PAS mulai 9hb. hingga 13hb Jun 2010 dari Kota Bharu, Kelantan melalui sumber-sumber rasmi parti secara langsung. Kandungan laman web ini yang boleh diakses di alamat http://muktamar56.pas.org.my meliputi aturcara, jawatankuasa, berita-berita berkaitan dengan muktamar ke-56, koleksi video dan album muktamar terdahulu serta lain-lain perkara berkaitan dengan muktamar yang akan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Pelancaran Laman Web Rasmi Muktamar PAS ke-56 ini akan dilakukan oleh Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Muktamar ke-56 bersempena dengan Mesyuarat Majlis Setiausaha (MSU) PAS yang diadakan pada 31hb. Mei 2010. Datuk Takiyuddin Hassan Pengarah Jawatankuasa Panitia Induk Muktamar PAS ke-56 |
No comments:
Post a Comment