WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 1, 2010

Huru Hara Jugak Rumah Tangga UMNO kedah nie rupanya.. Tak Caya hangpa Baca..!!

Huru Hara Jugak Rumah Tangga UMNO kedah nie rupanya.. Tak Caya hangpa Baca..!!


Syed Sobri bidas pemimpin UMNO Kedah 
ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim membidas kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Kedah yang didakwa mengamalkan budaya menjaga kepentingan ‘kaki bodek’ dan mengabaikan kebajikan sebahagian besar wakil rakyat yang bukan berjawatan Ketua UMNO Bahagian.

Naib Ketua Bahagian UMNO Padang Terap itu berkata, penerapan budaya itu dalam kalangan pemimpin parti di peringkat negeri adalah faktor utama menyebabkan ramai ADUN BN gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat kerana kekurangan peruntukan projek pembangunan selain masalah ketika berurusan dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Menurutnya, ada dalam kalangan ADUN UMNO yang mengalami kesukaran bekerjasama dengan Ketua UMNO Bahagian kerana sikap segelintir mereka yang menyalahgunakan peruntukan JPP di kawasan masing-masing untuk kepentingan diri dan menyebabkan ADUN terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk membantu rakyat.

“Elaun yang diterima ADUN bukan banyak tetapi tanggungjawab kami berat kerana berada di barisan hadapan untuk berdepan dengan masyarakat dan membawa bersama imej parti.

“Sekiranya kami tidak menerima bantuan kewangan secukupnya daripada parti dan ketua bahagian, bagaimana kami hendak memberikan khidmat terbaik kepada rakyat? Seharusnya Badan Perhubungan UMNO Kedah memberi sokongan kepada ADUN BN dan bukannya menganaktirikan kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Syed Sobri berkata, daripada 12 kerusi DUN diduduki UMNO, lima bukan daripada kalangan ketua bahagian dan seharusnya mereka diberikan peluang menyertai Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai masalah rakyat.

Beliau akur dengan tradisi UMNO melantik Ketua UMNO Bahagian untuk menjadi ahli jawatankuasa itu tetapi berpendapat, perubahan drastik perlu dilakukan untuk menjadikan khidmat wakil rakyat yang mewakili parti lebih berkesan.

“Saya bukan gila jawatan tetapi ingin menegaskan bahawa ADUN UMNO menang pilihan raya sebelum ini kerana mendapat sokongan rakyat. Itulah sebabnya kita perlu mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian untuk mereka,” katanya.

Ditanya sama ada kenyataannya itu dicetuskan atas kekecewaan kerana terasa semakin dipinggirkan kepimpinan parti, Syed Sobri tidak menafikannya tetapi menegaskan, pendedahan dibuat untuk kebaikan ADUN UMNO yang bukan dalam ketua bahagian.

“Ada antara mereka yang kecewa kerana ‘dianaktirikan’ parti, tetapi hanya berdiam diri kerana tidak mahu bergaduh dengan kepimpinan UMNO negeri. Tindakan saya ini adalah untuk membela mereka yang bekerja untuk rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails