Undi & Kuasa : Kerajaan Perlu Kurang Bergantung Kepada Rakyat Posted on Monday, May 31 @ 23:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori |
Oleh: ulitmayang
"Suatu yang ganjil sudah berlaku , bukan bermaksud pertama kali , tetapi sudah berulang kali , terlalu acap kali , bukan nya sekali dalam 1tahiun , atau sekali dalam 1bulan , malah ianya berulang kali setiap hari...Cuba tuan – tuan dan puan – puan membaca berita pendek ini. Cuba – cuba fahami tahap menteri UMNO ni.
Tajuk : Isu pengguna - Rakyat perlu kurang bergantung kepada kerajaan
PUTRAJAYA 31 Mei - Kerajaan mahu rakyat mengurangkan kebergantungan mereka kepada kerajaan untuk melindungi hak pengguna di bawah Pelan Induk Pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Utusan . SILA KLIK DI SINI
Kalau kerajaan yang mendapat kuasa , hasil undi , iaitu amanah yang rakyat serahkan , tetapi tidak bersedia untuk menjaga kepentingan rakyat , iaitu pengguna , maka sekiranya itu betul , kenyataan menteri UMNO itu betul , laporan berita itu betul , tulisan wartawan itu betul , maka sudah tiba masanya kerajaan menyerahkan kepada rakyat , tanpa penipuan , tanpa memaksa rakyat memilih BN lagi , tanpa menekan agensi – agensi kerajaan , untuk memilih kerajaan baru , dan alangkah cantiknya kerana ketika ini rakyat sudah ada pilihan ke – 2 iaitu Pakatan Rakyat , yang begitu teruja dan bersungguh – sungguh untuk menjaga kepentingan rakyat dan pengguna , seperti yang dilaung – laungkan selama ini.
Sebenarnya , inilah diantara tugas utama kerajaan , iaitu menjaga kebajikan rakyat sebagai pengguna. Ini kerana ini lah kehidupan rakyat. Kesusahan rakyat sebagai pengguna sudah dipertanggungjawabkan kepada kementerian ini untuk dijaga.
Kalau kerajaan sudah tidak mampu lagi menjaga kehendak dan tuntutan rakyat , ini bermakna kerajaan sudah gagal , sudah tidak mampu , sudah tidak layak , sudah pecah amanah , sudah tidak dapat memenuhi aspirasi rakyat , so tunggu apa lagi !!!
"
No comments:
Post a Comment