WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, June 2, 2010

Peniaga asing tidak takut MPPP

Peniaga asing tidak takut MPPP

Peniaga asing di Lorong Kulit langsung tidak takut berdepan dengan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Perkara itu didedahkan sendiri Ahli Majlis MPPP, Ong Ah Teong ketika mengadakan operasi penjaja asing di lokasi perniagaan popular itu.

Menurutnya, ketika pemeriksaan pada tahun lalu, MPPP merampas barangan yang dijual penjaja asing.

“Tetapi hairan kerana pada masa itu apabila kami di bahagian hadapan pasar, ada pula penjaja asing yang mengikut jalan belakang dan terus menjalankan perniagaan. Ini jelas menunjukkan mereka tidak takut dengan penguat kuasa walaupun barang sudah dirampas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu lebih 100 penjaja asing berniaga di Lorong Kulit.

Dalam laporan Sinar Harian pada 31 Mei lalu, penjaja Lorong Kulit mengadu kehadiran warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan Pakistan mengganggu peniaga tempatan.

Ada antara mereka yang bersikap kurang ajar apabila meletakkan van di tapak peniaga tempatan.


Ong berkata, MPPP juga pernah membuat pemantauan selama sebulan di kawasan itu tetapi isu penjaja asing masih belum selesai.

Ahli Majlis, Mohamad Yusof Mohamad Noor pula berkata, beberapa cadangan sudah dikemukakan kepada MPPP untuk menangani isu berkenaan.

Antaranya meletakkan kawasan perniagaan pakaian dan buah-buahan di Jalan Perak manakala barangan yang biasa dikekalkan di Lorong Kulit.

“Ia bertujuan untuk mengurangkan kadar kesesakan sekali gus memudahkan pemantaunya dibuat. Mungkin kawasan letak kereta dan motosikal juga akan diubah untuk memudahkan lalu lintas,” katanya.

Mengulas isu kompaun yang dikenakan kepada penjaja asing, Yusof memaklumkan sehingga kini hanya RM50 dijadikan denda kepada golongan berkenaan atas kesalahan tidak mempunyai lesen.

Menurutnya, jumlah kompaun sedia ada kini dalam pertimbangan untuk dinaikkan kepada RM2,000.

“Kenaikan kompaun bukannya bertujuan untuk menakutkan orang ramai tetapi untuk mendidik mereka di samping mengawasi keadaan demi faedah semua pihak.

Sebelum ini, bagi kesalahan lain seperti membuang sampah dalam sungai, mereka yang terlibat hanya dikenakan RM50. Mungkin sebab RM50, mereka buang juga sampah termasuk perabot lama seperti almari dan mesin basuh. Oleh itu, kami bercadang denda akan dinaikkan,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails