Kecaman terhadap serangan keatas Misi Kemanusiaan Gaza |
Ditulis oleh Ustaz Azman Shapawi Abd. Rani |
TUESDAY, 01 JUNE 2010 01:54 |
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT KECAMAN TERHADAP SERANGAN KEATAS MISI KEMANUSIAAN GAZA 01 Jun 2010 / 18 Jamadil Akhir 1431 Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) mengecam tindakan Tentera Israel yang telah menyerang konvoi bantuan kemanusiaan yang sedang dalam perjalanan menuju ke Gaza sehingga menyebabkan 19 orang terbunuh. Konvoi bantuan kemanusiaan untuk rakyat palestin yang dikenali sebagai ‘Freedom Flotilla’ telah berlepas pada 27 Mei 2010 dari pelabuhan di Turki menaiki kapal yang diberi nama ‘Mavi Marmara’ ketika itu sedang belayar menghampiri Gaza. Kapal yang sarat dengan muatan turut membawa 700 penumpang itu telah diserang dengan helicopter Tentera Israel. Ternyata tindakan ganas tentera negara haram Israel ini sememangnya tidak boleh diterima walau apa jua alasan yang diberikan memandangkan bantuan yang dihantar hanyalah sekadar bantuan kemanusiaan dan bukanlah situasi perang melainkan sekelompok aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan yang dikenakan. DPPP mendesak agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak atas keganasan terbaru rejim Israel ini. Mereka juga harus menyatakan pendirian mereka di dalam hal ini. Sememangnya PBB dan OIC tidak boleh diam atau sekadar mengutuk serangan terbaru zionis ini tetapi mestilah mengambil langkah yang tegas dalam mengajar yahudi laknatullah ini. DPPP juga akan menganjurkan satu perhimpunan aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat jumaat ini bagi membantah tindakan rejim Zionis terhadap misi kemanusiaan ini. Ustaz Azman Shapawi Abd. Rani Timb Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat |
No comments:
Post a Comment