WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 1, 2010

JUDI BOLA : Kerajaan perlu rujuk Majlis Fatwa

JUDI BOLA : Kerajaan perlu rujuk Majlis Fatwa



Pas mahu kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya menarik balik lesen judi bola sepak atau sekurang-kurangnya merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kewajaran tindakan kerajaan meluluskan lesen ini.

Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa berkata, dalam hukum agama Islam. 
Allah SWT telah mengharamkan judi melalui firman-Nya di dalam Surah Al Maidah, Ayat 90. 

Menurutnya, sesiapa yang beriman dengan al-Quran, wajib baginya beriman dengan haramnya judi walau apa pun bentuk dan namanya. Begitu juga, tidak ada mana-mana agama di dalam dunia ini yang menghalal dan menggalakkan amalan berjudi yang sentiasa menimbulkan kemudaratan dalam kehidupan sosial umat manusia.

“Saya percaya kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ingin melihat kemakmuran kehidupan rakyat dan ingin melihat keberkatan di dalam pentadbirannya.

“Saya berharap dan berdoa kepada Allah SWT supaya beliau sedar bahawa dengan langkah kerajaan menghalalkan perjudian bolasepak tersebut, tidak akan bertambah kemakmuran dan keberkatan sebaliknya kemurkaan Allah dan dosa yang bakal diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Menurutnya, langkah kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek yang memberi lesen perjudian bolasepak kepada Kumpulan Berjaya baru-baru ini adalah satu langkah yang tidak sesuai sama sekali dengan kehendak iman dan akal kita.

“Oleh itu saya ingin memberi nasihat kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia supaya dapat menarik balik lesen perjudian bolasepak tersebut dengan serta merta.

“Ataupun setidak-tidaknya rujuklah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum meneruskan langkah tersebut bagi menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara kita,” katanya.

Beliau berkata, bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, saya percaya tidak akan ada lesen premis perjudian baru yang akan diluluskan.

“Malahan kita akan berusaha sekiranya dibenarkan oleh undang-undang untuk menyekat perlaksanaan aktiviti perjudian bolasepak ini di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kita akan meneruskan agenda penerangan terhadap masyarakat mengenai kemudaratan dan keharaman aktiviti perjudian.

“Kita juga akan terus menerus menyuarakan bantahan terhadap langkah terbaru kerajaan tersebut dan akan terus mendesak supaya ianya dibatalkan serta merta demi maslahat rakyat dan negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails