WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, June 2, 2010

Lim Guan Eng kutuk serangan Zionist.. Apa pendirian MCA?



Beberapa hari yang lalu ketika PAS dengan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meyerahkan memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin.
Sebuah blog yang menyokong UMNO/BNtelah menyiarkan satu entry yang mempersoalkan pendirian DAP tentang isu kezaliman Zionist ini..

Katanya “Jika isu Judi Bola Sepak sangat riuh diperkatakan oleh DAP, mengapa dalam isu keganasan Israel terhadap umat Islam Palestin parti tersebut berdiam diri? Kononnya DAP memperjuangkan keadilan sejagat, tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Ke mana perginya semua prinsip itu?”

Penulis blog tersebut juga telah mendakwa PAS telah salah memilih kawan dalam perjuangan kerana DAP tidak sedikit pun bersimpati dengan rakyat Palestin - jauh sekali untuk memberikan bantuan.

Jadi sebagai jawapannya dibawah ini aku letakkan kenyataan Media dari Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang menyatakan pendirian mereka dan mengutuk serangan Zionist itu..

Bagaimanapula dengan pendirian MCA? MCA yang telah lama tidur sebantal dengan UMNO..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails