WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, June 2, 2010

Umno Permatang Pauh Hilang 5000 Orang

Umno Permatang Pauh Hilang 5000 Orang

Pru 13 nanti Umno akan kalah lagi di Permatang Pauh, ini kerana awal2 lagi Ketua Umno Bahagian itu telah mengaku kalah, alasan2 awal sudah nampak, dengan menuduh kerja2 menghilang orang umno ni di buat olih “Orang Dalam”, haaa……….. tuduh jangan tak tuduh.
Umno Bahagian Permatang Pauh telah membuat semakan dan mendapati lebih 5,000 daripada 56,000 pengundi terutama di DUN Seberang Jaya yang merupakan kubu kuat BN telah ditukarkan sebagai pemilih ke kawasan lain.
Umno juga sedang mengumpul data, maklumat dan bukti berhubung perkara itu sebelum melaporkannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.
"Saya percaya perkara ini (pertukaran tempat mengundi) dilakukan orang dalam kerana ia hanya boleh dilakukan oleh mereka dan saya meminta SPR memantau perkara itu," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPR negeri Morat Pora berkata, SPR akan menyiasat dakwaan Abdul Jalil dan mahukan Umno Bahagian Permatang Pauh menyediakan bukti atas dakwaan itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails