WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, June 2, 2010

Bila Pensyarah Dah Lobak, Bukannya Kangkung..Petanda BN Akan Hancur

Bila pensyarah dah jadi keras dan tegas sayur lobak, bukannya kangkung lagi, alamatnya BN akan pendek umur dalam PRU akan datang. Memang pensyarah perlu berani, nyatakan yang benar dan bukannya hasutan atau fitnah..tak kisah kalau kutuk kerajaan..nak kata Pak Lah macam Mr Bean (saya pernah dengar pensyarah saya kata macamtu)...biarkan..mereka bukannya mengajar kat tadika permata keloaan Roswah..mereka mengajar kat menara gading..jadi jangan sekat kebebasan akademika mereka..
PKAUM: Kritikan khianati kebebasan akademik
Kritikan terhadap majlis syarahan awam dan perbincangan mengenai buku Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang diadakan di Univeriti Malaya, baru-baru ini dianggap sebagai mengkhianati kebebasan akademik dan autonomi universiti.
 
Menurut Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM), Azmi Sharom, pihaknya merasa sedih kerana masih banyak pihak yang kurang arif dan kurang prihatin terhadap fungsi universiti.
"Ramai yang masih beranggapan universiti adalah sebuah sekolah besar berasrama, tinggi sikit dari sekolah menengah.
"Kekangan kepada universiti untuk menganjur sebarang majlis ilmiah akan membantut usaha menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti bertaraf dunia. Bertaraf dunia tidak hanya bermaksud penarafan (ranking) tinggi. Ia juga mengkehendaki budaya akademik yang matang, sihat dan bebas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, majlis berkenaan merupakan satu wacana ilmiah dengan penulis buku itu, Barry Wain, serta tiga tokoh akademik Universiti Malaya.
"Ia telah dijalankan dengan cara matang dan aman. Tidak ada dari kalangan para hadirin yang terdiri dari berbagai kaum dan peringkat umur, yang membantah terhadap apa yang dibincangkan atau apa yang tertulis di dalam buku tersebut," kata Azmi.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menghormati dan menghayati kebebasan akademik dan autonomi universiti.
"Bebaskan universiti untuk membina satu persekitan akademik yang sihat dan maju. Universiti Malaya tidak mahu kekal sebagai sebuah universiti dunia ketiga," katanya.
 
Pada 31 Mei lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengarahkan Universiti Malaya menyediakan laporan terperinci mengenai program syarahan Barry Wain itu.
Menurut Khaled meskipun universiti mempunyai kuasa untuk memutus dan menganjurkan sebarang program di dalam kampus masing-masing mengikut budi bicara Naib Canselor, namun garis panduan dan tatacara jelas perlu disediakan.
Katanya, tindakan itu bagi memastikan program berbentuk akademik yang dianjurkan kelak tidak lari daripada matlamat asal dan dijadikan platform untuk agenda individu tertentu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails