WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Thursday, July 15, 2010

PAS Rugi Besar Tolak Pelawaan UMNO



Menurut kata Tan Sri Muhyiddin Yassin : i.   Beliau menyatakan komitmen serta kesediaan UMNO untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

ii.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, tidak dinafikan hasrat tersebut sememangnya baik kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada kewujudan perpaduan yang lebih jitu antara orang Melayu malah turut menyumbang ke arah keamanan sejagat di negara ini.
iii.
Justeru, beliau meminta pimpinan Pas tidak melihat saranan tersebut dalam konteks politik yang terbatas sebaliknya ia hendaklah didasarkan kepada Islam dan bangsa supaya akhirnya kedua-dua parti berkenaan boleh bertemu pada satu titik.
iv.
“Kini terserahlah kepada pihak pimpinan Pas tetapi saya percaya di dalam Pas masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang berfikiran sama walaupun saya akui dalam kelompok parti itu wujud perbezaan (pendapat). Baca selanjutnya 
Catatan
Barangkali beberapa golongan yang berpendapat tajuk di atas sebagai relevan , betul dan sayugia disambut adalah terdiri daripada ;-
1.       Pemimpin – pemimpin UMNO , terutamanya Muhyidin dan kem dia , tidak termasuk Najib dan kem dia
2.       Pemimpin – pemimpin PAS , yang sudah sebelah kaki melangkah menyeberang bersama UMNO ketika idea ‘kerajaan perpaduang’ diketengahkan , dan terutamanya dan khususnya mereka yang sudah menempah baju melayu hitam.
3.       Pemimpin – pemimpin PAS yang masih menyimpan cita – cita ke arah itu dan menyintai idea tersebut.
4.       Blogger – blogger yang pro ‘kerajaan perpaduang’  masih belum berputus asa untuk menjayakan cita – cita tersebut
p/s : “ Susah sungguh nak pecahkan PAS dan Pakatan Rakyat ni “. Mungkin itu runggut ‘think tank’ UMNO kini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails