WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, July 14, 2010

Ahli Parlimen UMNO sokong ke tak saman ekor ?



Mari kita tengok apabila isu saman ekor ni dibahaskan dalam parlimen, ahil parlimen mana yang prihatin masalah rakyat. Adakah ahli parlimen UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA dan sewaktu dengannya hendak membela rakyat yang teraniaya. UMNO dan PAS tak payah bermuzakarahlah, bincang masalah rakyat mengenai saman ekor ni pun dah cukup.


 
**********************
NIZAR AKAN BAWA KE DEWAN RAKYAT ISU SAMAN EKOR 
IPOH, 13 Julai 2010 (Bernama) -- Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan membangkitkan isu saman ekor dalam Dewan Rakyat kerana telah menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai. 
Beliau berkata tindakan polis menguatkuasakan saman ekor bercanggah dengan undang-undang kerana pemilik kenderaan hanya boleh didakwa dan didapati bersalah di mahkamah dan bukannya diminta terus membayar saman.
 
"Pengeluaran saman itu agak samar...saya akan membawa perkara ini ke Dewan Rakyat dan minta ia diberhentikan serta-merta kerana ia satu penganiayaan," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.
 
Pada 9 Julai lalu, Ketua Trafik Persekutuan Datuk Abdul Aziz Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak merancang untuk mengkaji semula saman ekor berikutan rungutan orang ramai yang mendakwa tidak menerima notis saman.
 
Abdul Aziz berkata, dakwaan itu timbul akibat mereka tidak mengemas kini alamat masing-masing.
 
-- BERNAMA
 
****************************
BAIKI DAHULU KELEMAHAN SAMAN EKOR
Utusan Malaysia 14 Julai 2010  DEWASA ini, isu saman ekor menjadi topik perbincangan. Pihak polis bertegas untuk meneruskan saman ekor. Ramai yang bersetuju dan ramai yang meminta agar saman ekor dikaji semula.  Menurut pihak polis, saman ekor merupakan satu cara untuk mendidik pemandu kenderaan yang tidak serik-serik melakukan kesalahan di jalan raya.  
Bagaimanapun, saman ekor ada kelemahannya. Adakah semua orang yang menerima saman ekor itu bersalah? Kereta saya telah dilarikan oleh orang yang ingin membelinya hampir tiga tahun yang lalu.  Bakal pembeli seorang jurujual kereta.
Saya menyerahkan kereta kepadanya untuk proses pindah milik dan pemeriksaan di Puspakom. Mungkin salah saya kerana begitu mempercayai bakal pembeli. Beliau berjanji untuk menyelesaikan urusan pindah milik dalam masa beberapa bulan. Bagaimanapun, beberapa bulan itu menjadi beberapa tahun dan akhirnya, bakal pembeli sudah tidak dapat dihubungi dan dikesan.  
Baru-baru, ini saya dikejutkan dengan surat peringatan untuk menjelaskan beberapa saman ekor. Jika saya yang melakukan kesalahan, saya tidak akan teragak-agak untuk membayar saman tersebut walaupun terpaksa bergolok bergadai.
Patutkah saya menjelaskan saman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang lain?  Inilah antara kelemahan saman ekor yang sepatutnya ditangani sebelum pihak polis berkeras untuk meneruskannya. Saya tahu ramai orang yang menerima nasib seperti saya. Tidak semua orang menerima notis pertama.  
Walaupun tidak berpindah rumah, surat yang dihantar tidak 100 peratus akan tiba ke tangan penerimanya. Pihak polis tidak boleh mengandaikan semua orang telah menerima notis dan tahu bahawa saman boleh dipindahkan kepada pemandu kenderaan dalam masa 7 hari selepas menerima notis pertama.  
Saya merayu pihak kerajaan dan pihak polis khasnya, baiki dahulu kelemahan yang ada pada saman ekor dan berilah peluang pemilik kenderaan untuk memindahkan saman yang diterima kepada orang yang memandu kenderaan dan melakukan kesalahan itu tanpa tempoh atau had tertentu. 
MANGSA KECUAIAN Shah Alam, Selangor 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails