
Apa yang gurkah-gurkah politik di'port' paham, maklumat-maklumat yang diperolehi ini akan digunakan untuk menilai keadaan hidup rakyat, terutamanya yang miskin dan yang terpinggir.
Ada gurkah-gurkah politik d'port' telah meluahkan rasa marah mereka dengan sikap pemalas tukang-tukang banci ini yang terdiri dari budak-budak muda.
Sebabnya ialah tukang-tukang banci ini hanya bertanyakan cuma beberapa soalan yang penting saja, seperti berapa orang yang tinggal dalam rumah itu, nama-nama orang yang tinggal dalam rumah itu, kerja atau menganggur dan satu dua lagi soalan yang ringan-ringan.
Apa yang gurkah-gurkah politik di'port' ini paham ialah, tukang-tukang banci ini perlu bertanya lebih kurang 72 soalan semuanya. Jadi gurkah ini sudah bengang dan kecewa dengan sikap tidak bertanggung jawab tukang-tukang banci ini.
Nak kata mereka ini pemalas tak nampak pula muka-muka ini jenis yang baloq (malas), tapi mungkin juga sebab penat kot, kena naik tangga dan turun tangga rumah-rumah flat.
Apa yang gurkah-gurkah ini harap ialah pihak yang bertanggung jawab dalam hal banci membanci ini kena ambil perhatian ini sebab yang di guna itu dauit rakyat.
dari blog http://dollahyankee.blogspot.com
No comments:
Post a Comment