WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, July 16, 2010

FOI: Bermula dari laci yang kosong

Semuanya bermula apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor pada Mac 2008 apabila mereka hanya ditinggalkan laci-laci yang kosong, tanpa sehelai kertas pun.

"Kami tidak tahu hendak mula daripada mana. Kami tidak tahu apa yang telah berlaku. Ia ambil masa 3 bulan untuk (kerajaan negeri) pulih." 

Demikian cerita exco perlancongan Selangor Elizabeth Wong - yang mencadangkan diperkenalkan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) - tentang kepentingan maklumat kepada kerajaan dan orang ramai.

Sehubungan itu, tambahnya, ketika merampas Selangor daripada tangan BN bagi kali pertama dua tahun lalu, mereka telah bersungguh-sungguh berusaha bagi menunaikan janji yang dimuatkan dalam manifesto mereka.

Ini kerana, jelas Elizabeth, perkara itu telah dibincangkan sejak 2006 lagi dan dipersetujui sendiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang pada masa itu belum menjadi menteri besar.

"Beliau (Khalid) tanya ada salinan (cadangan enakmen) dan mahukannya satu. Beliau beritahu, kalau ada peluang laksanakan, ini perkara pertama kita perlu buat bila ambil alih Selangor nanti.

"Empat atau lima draf dibuat. Apa yang kita lihat ini sudah yang keenam. Kita ambil masa untuk susun ayat elok-elok sampailah penasihat undang-undang puas hati," kata Elizabeth yang juga bekas aktivis NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails