WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Monday, June 14, 2010

Pendang - Banjir akan dikurangkan 2 tahun lagi.. Insya'allah



Projek mendalam sungai di Pendang RM7j

Johari Baharum berbincang sesuatu dengan seorang pegawai MADA ketika melawat projek mendalam dan meninggikan ban sungai di Pendang, semalam.

PENDANG 13 Jun - Masalah banjir yang melanda daerah ini sejak enam tahun lalu dijangka dapat dikurangkan apabila projek mendalamkan sungai dan meninggikan ban sepanjang 30 kilometer bernilai hampir RM7 juta siap dua tahun lagi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, projek kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu antaranya bertujuan mengelakkan kemusnahan tanaman padi yang ditanggung para pesawah akibat bencana alam berkenaan.
Katanya, ia melibatkan dua fasa iaitu dari Pendang ke Titi Haji Idris dan dari Titi Haji Idris hingga ke Kampung Alor Sakan di Alor Setar yang masing-masing sepanjang 15 kilometer.
''Projek fasa pertama dengan kos RM2.8 juta sedang berjalan dan dijangka siap hujung tahun ini manakala fasa kedua bernilai RM4 juta dijangka siap dua tahun lagi.
''Apabila kedua-duanya siap sepenuhnya kelak, sebahagian masalah banjir di sekitar daerah ini akan dapat diatasi," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan sawah padi yang tenggelam akibat banjir di sekitar daerah ini di sini hari ini.
Dalam lawatan itu, beliau turut meninjau perkembangan projek mendalamkan sungai dan meninggikan ban tersebut.
Banjir yang melanda daerah ini pada minggu lalu mengakibatkan seramai 53 orang daripada 13 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sementara di Kompleks Rakan Sukan di sini.
Kesemua mangsa dari Kampung Bonggol Besi; Kampung Pondok Haji Hussin; Kampung Bonggol Kambing; Kampung Pondok Hampar Kanan; Kampung Sukamari dan Kampung Kampung Alor Punti.
Mohd. Johari berkata, masalah banjir khususnya di dalam kawasan MADA dijangka dapat diatasi dalam jangka masa panjang apabila projek lencongan selatan dapat disiapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Kata beliau, dalam RMK-10 juga, kementeriannya akan memberi penekanan kepada usaha menaik taraf infrastruktur dan sistem pengairan MADA yang kebanyakannya sudah diguna pakai sejak 1970.
''Jika tidak, masalah banjir yang sudah 12 kali berlaku di negeri ini sejak 2004 sukar diatasi," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, banjir di daerah ini pada minggu lalu mengakibatkan kira-kira 2,074 hektar padi ditenggelami air dengan anggaran kerosakan tanaman padi seluas 600 hektar di wilayah tiga dan empat MADA.
Katanya, hasil bancian, jumlah kerugian sebenar yang ditanggung pesawah dijangka diketahui dalam tempoh terdekat.
''Kerajaan akan menghulurkan bantuan RM573 setiap hektar kepada petani yang terjejas selepas MADA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selesai menjalankan bancian," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails