WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Tuesday, June 15, 2010

Pengumuman MALAYSIA BERHENTI hantar pelajar ke Oversea MEMALUKAN

Oleh: dewa
"MENGAIBKAN! PENGUMUMAN Nazri Aziz bahawa JPA akan memberhentikan penghantaran pelajar Malaysia ke luar negara sebenarnya memalukan dan membuatkan rakyat waras terfikir kata-kata Idris Jala bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 dibawah UMNO. ALANGKAH MALUNYA apabila negara menjadi begitu papa dan miskin sehinggakan nak hantar pelajar oversea pun tak mampu! Keratan lengkap disertakan:
BERITA HARIAN:Pemberhentian biasiswa luar negara tanda universiti tempatan diiktiraf (*sila baca sambil senyum)


2010/06/14

KUALA LUMPUR: Pemberhentian pemberian 1,500 biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara mulai tahun depan akan dilakukan secara berperingkat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz , berkata langkah itu bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi menanggung pelajar yang menuntut di luar negara.

 "Kita kurang secara berperingkat. Ini soal kemampuan kerana perbelanjaan untuk seorang pelajar terlalu mahal. Lebih untung kalau kita belanjakan untuk orang ramai," katanya." tamat

Lepas ni, belajar sekolah pandai-pandai, lepas tu semua kenalah masuk Uitm belajar jadi penyokong UMNO. Kalau belajar oversea nanti cerdik pandai lawan UMNO pulak. kui kui
"
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails