WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Thursday, June 24, 2010

Hati-hati "peluru" Isu Kerajaan



Permainan isu adalah peluru penting dalam politik. Manipulasi isu boleh mengubah mood rakyat dengan mudah. Mengenal pasti isu yang menjadi sensitiviti, fokus perbincangan dan kebimbangan rakyat membolehkan suatu pihak membesarkan, mengecilkan,  mengalih fokus dan mengubah persepsi rakyat. Ini sekaligus membolehkan suatu pihak atau parti mendapat kembali kepercayaan rakyat dan sokongan rakyat terhadap tindakan mereka.


Permainan isu yang ekstrem boleh dilihat dalam kes yang berlaku di Amerika Syarikat dalam kes penipuan John Edward ketika beliau berkempen untuk Presiden Amerika. Edward, dikaitkan dengan Rielle Hunter, salah seorang pekerja kempennya. Edward dan Hunter mempunyai hubungan sulit sehinggakan Hunter mengandung ketika kempen. Namun, salah seorang pembantu Edward telah dituduh bertanggungjawab. Penipuan ini berlarutan hingga beberapa lama.
Begitu juga spekulasi tentang Iraq. Penipuan tentang ancaman Iraq terhadap Amerika oleh Bush telah menyebabkan kebanyakan rakyat Amerika menyokong serangan terhadap Iraq. Akhirnya, mereka mengakui Iraq tidak memberi ancaman kepada Amerika, itupun selepas mereka menghancurkan Iraq habis-habisan.
Satu filem yang baik boleh ditonton oleh semua bagi memahami apa itu permainan isu. Filem “Wag the Dog” lakonan Robert De Niro mengisahkan seorang calon Presiden telah dikaitkan dengan skandal seks. Mereka mengubah perhatian rakyat dengan mengadakan perang palsu dengan Albania dan mengharapkan isu seks itu ditenggelamkan.
Diversion of issue telah dilihat digunakan oleh kerajaan dalam kes lesen judi. Selepas mendapat tentangan hebat daripada berbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam, kerajaan melalui Perdana Menteri akhirnya menangguhkan rancangan tersebut. Namun, perlu disedari, permainan isu oleh kerajaan bermula selepas Perdana Menteri mengumumkan penangguhan tersebut. Akhbar-akhbar utama kerajaan kelihatan melaporkan setiap hari tentang rampasan alatan judi bola sepak, tangkapan bookie judi dan pemain-pemain judi tegar di kalangan rakyat Malaysia. Yang menarik, berita ini diletakkan di muka depan, atau sekurang-kurangnya berada di ruangan nasional, dan bukannya ruangan sisipan biasa. Begitu juga laporan-laporan berita terutama RTM dan TV3.
Setiap hari berita melaporkan berita berkaitan dengan judi bola sepak. Kelihatan sekali kerajaan ingin memberi tanggapan bahawa judi bola sepak begitu berleluasa di Malaysia dan memerlukan lesen untuk mengawalnya.
Wag The Dog
Akhirnya, dalam akhbar Berita Harian hari ini, Nazri Aziz menyifatkan kegiatan judi ini sebagai Black Economy dan adalah hipokrit untuk kita menolak lesen bagi mengawalnya. Nazri kelihatan mempertahankan lesen judi dengan alasan berleluasanya masalah judi bola sepak ini. Ini kelihatan membuktikan teori Diversion of Issue yang disebut di atas.
Diversion of Issue dilihat hampir berjaya oleh kerajaan terutama jika tidak dijawab oleh Pakatan Rakyat secepat mungkin. MP PR mesti mendapatkan data-data, statistik tangkapan dan jumlah sebenar wang judi bola sepak yang terlibat bagi menyanggah persepsi yang ditanam oleh kerajaan tentang judi bola sepak yang dikatakan berleluasa ini.
Isu terbaru, JI di IPTA juga dilihat suatu usaha kerajaan untuk menenggelamkan isu-isu lain terutama ingin mendapatkan sokongan bukan Islam kembali selepas Pakatan Rakyat terutama PAS semakin mendapat perhatian bukan Islam dalam arena politik nasional. Namun, ianya masih spekulasi di peringkat pembangkang terutama PAS yang tidak selesa dengan isu terbaru yang dibangkitkan oleh kerajaaan ini.
Apapun, semua rakyat diminta bertenang dan menganalisis setiap isu yang timbul dengan rasional kerana ingatlah, isu ini adalah peluru-peluru kerajaan terhadap kita semua!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails