WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Friday, June 25, 2010

Memorandum GMJ untuk PM

 GMJ mengorak langkah seterusnya kali ini dengan menyerahkan memorandum di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya petang semalam.

Memorandum membantah lesen judi itu diterima oleh wakil pejabat Perdana Menteri, En. Nasrul Hakim Jamaludin, yang juga Penolong Setiausaha di jabatan berkenaan.
Hanya lima orang dibenarkan masuk menyerahkan memorandum tersebut, iaitu Presiden GMJ, Azmi Abdul Hamid (Cikgu Azmi) dan SU GMJ, Suhaizan Kaiat. Turut sama ialah Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina (Selangor dan KL), Ser Choon Ing dan Goh King Seng dari Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG - sebuah NGO Cina. Seorang lagi ialah Lee Ban Chen dari Budayawan Bertindak.
Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum tersebut, Azmi berkata "Kami nyatakan bahawa memorandum ini disampaikan oleh semua NGO berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama,


"Semua bangsa melihat judi sebagai satu musibah dan perkara negatif kepada masyarakat. Wakil-wakil yang datang daripada kaum Cina, kaum India menyatakan bukan judi sukan saja yang ditolak," katanya.


Tambahnya, langkah berikutnya, GMJ akan menjalankan mobilisasi di seluruh Malaysia dengan mengedarkan risalah sambil 'Road Show' ceramah GMJ sedang pun berjalan.


"Kemuncaknya GMJ ini ialah Perhimpunan Aman 3 Julai 2010 untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong," katanya.


Sebelah paginya sebelum penyerahan memorandum tersebut, satu mesyuarat GMJ telah dilangsungkan di Bangi. Kesemua NGO yang bergabung dibawah GMJ telah hadir.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails