WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Thursday, June 24, 2010

Gempar..UMNO Kedah Dah Berkubur???


Wujudkah Lagi Umno Kedah
Jika ditelusuri laman maya atau akhbar untuk mencari berita tentang Umno Kedah, tentang apa yang mereka sedang buat pasti yang ada hanya berita-berita basi lebih setahun yang lalu saja boleh ditemui. Malah kewujudan Umno di Negeri Kedah juga menjadi persoalan.
Jika semasa zaman Abdullah Badawi, Umno ditadbir oleh anak beranak, Umno Kedah menjadi pengampu setia langkah Abdullah Badawi melalui Mahdzir Khalid. Malah, Mahdzir Khalid, melalui rakan-rakannya cuba menyekat sehingga ke peringkat cawangan sebarang usul yang bakal menyentuh dinasti Badawi ketika itu. Begitulah setianya Mahdzir Khalid menyembah Abdullah Badawi, hasilnya Umno Kedah menyembah bumi.
Tidak cukup dengan sikap menutup pintu kepada suara akar umbi, Mahdzir Khalid dan konco-konconya, termasuklah Johari Baharum pula pada ketika itu menghina Tun Mahathir dengan bermacam tindakan bacul mereka untuk mengampu Abdullah Badawi. Ini sangat mengecewakan ahli Umno Kedah diperingkat akar umbi.
Mereka lupa satu perkara, bahawa bukan Abdullah Badawi yang memberi mereka jawatan, tapi rakyat. Kalau tak percaya, cuba sekarang ini mereka pergi minta jawatan Menteri Besar dari Abdullah Badawi , bolehkan Abdullah Badawi mengurniakan jawatan Menteri Besar kepada mereka?
Namun, perkara yang lepas itu bolehlah dijadikan sejarah. Tiada sesiapa yang tidak melakukan kesilapan. Tapi apa yang lebih mengecewakan, mereka ini masih lagi mahu menguasai Umno Kedah yang kini begitu lemah dan berada ditahap kritikal. Semua orang tahu bahawa Mahdzir Khalid masih dipanggil "bos" dan budaya zaman Abdullah Badawi masih lagi kental bersemadi didalam Umno Kedah.
Cukup-cukuplah, parti Umno bukan milik Mahadzir Khalid dan konco-konconya. Tak cukupkah lagi nikmat yang diperolehi dari Umno. Umno Kedah kini, bukan setakat tidak mampu memerintah, malah sebagai pembangkang pun Umno Kedah kelihatan tidak mampu.
Tidak ada dalam sejarah Kedah, seorang Menteri Besar yang dijatuhkan dapat kembali Menjadi Menteri besar, apatah lagi bagi kes ekstrim seperti di Kedah, dimana Menteri Besar dengan parti sekali dinyahkan rakyat dari memegang tampuk pemerintahan. Jadi, lupakanlah cita-cita itu, berilah peluang untuk Umno bernafas semula.
Dengan Timbalan Pengerusi perhubungan negeri yang tiada keyakinan diri dan masih bertuankan Mahadzir Khalid, dengan Pengerusi Perhubungan Negeri dari Sabah, dengan warlord-warlord yang belum bangun dari tidur bahawa mimpi mereka sudah berakhir lebih dua tahun yang lalu, adalah mustahil bagi Umno menjadi pembangkang yang berkesan, jangan cakaplah pasal menjadi kerajaan, mimpi pun jangan.
Setelah hampir tiga tahun menunggu untuk melihat perubahan yang tidak kunjung tiba, eloklah Mahdzir Khalid dan konco-konco warlordnya mengundur diri, itupun jika ada secebis belas kasihan kepada Umno, sebuah parti orang Melayu yang pernah berjasa, dan paling besar jasanya tentulah dinikmati oleh dato-dato sekelian.
Pada saat-saat pembangkang pun begitu goyah kini, rakyat masih bersyukur kerana diselamatkan daripada pertukaran kerajaan kepada Umno yang bukan masih tidur, tetapi dalam keadaan koma akibat kepimpinan yang mementingkan diri dan tidak berbuat kerja untuk parti. Sedarlah bahawa selagi mana Mahdzir Khalid dan konco-konco masih menerajui Umno Kedah, samada secara rasmi atau tidak rasmi, jangankan ahli PAS, kami ahli Umno pun tidak mahu Umno menjadi kerajaan di Kedah ini. Tiada ada jalan lain, Mahadzir Khalid dan konco mesti berundur.
Kalau sekiranya tiada lagi secebis belas kasihan dari hati batu Mahdzir Khalid kepada Umno, Umno Pusat perlulah meletakkan mana-mana anak Kedah yang ada keberanian untuk memimpin Umno Kedah. Kami, ahli Umno Kedah sedia menerima pemimpin yang berani dan fokus kepada kehendak ahli dan rakyat.
Kedah mempunyai pemimpin muda yang berani seperti Mukhriz yang mampu membuat perubahan untuk memulihkan Umno Kedah. Kalau suatu hari nanti Umno sudah kembali memerintah Kedah, mungkin bolehlah diberikan sedikit habuan kepada Mahdzir Khalid dan konco atas jasa mereka yang sanggup berhenti mengkhianati Umno.
Kasihanilah kami ahli Umno yang selama ini berjuang diperingkat bawahan untuk melihat kejayaan Umno yang bagi kami dengan hanya melihat kejayaan Umno dan orang Melayu sudah menjadi "hadiah" besar pada kami.
Veteran Umno,
Sungai Tiang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails