WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Thursday, October 7, 2010

Bakal haji disaran doakan calon PAS menang

KOTA BHARU, 7 Okt: Bakal-bakal haji khususnya pengundi Dun Galas disaran memohon doa untuk kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Galas pada 4 November ini sebaik sahaja tiba di tanah suci.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, ketika membuat gesaan itu seterusnya berkata, semoga dengan doa restu bakal-bakal haji, Allah akan membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat yang bakal bertanding.
Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan 50 orang bakal haji yang akan menunaikan ibadat haji tahun ini di Pejabat PAS Berek 12, di sini semalam.
Menurut  Rohani lagi, walaupun belum mengerjakan ibadat haji, namun tidak menjadi kesalahan untuk berdoa kemenangan calon yang bakal bertanding, di samping untuk mengekalkan kemenangan yang akan datang.
“Untuk kemenangan Islam dan keamanan seluruhnya marilah sama-sama kita berdoa untuk kemenangan Islam,” ujarnya.
Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS negeri ketika ditemui turut menyeru golongan muslimat di seluruh kawasan dalam negeri ini turun ke bawah dengan perancangan rapi bagi membantu kemenangan calon PAS yang bakal bertanding.
“Pilihan raya kecil Dun Galas perlu dipertahankan demi untuk kesinambungan perjuangan yang seterusnya,” ujarnya.
Tegasnya, muslimat perlu mempersiapkan diri masing-masing untuk menghadapi tentangan lawan.
“Apa yang penting berhadapan dengan lawan dengan cara yang sihat serta berfakta  dan bukannya dakyah sebagaimana mereka,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails