WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, October 6, 2010

Pakatan Rakyat N.Sembilan waris hutang RM 3 Billion ?

"Andaikata Pakatarn Rakyat memerintah Negeri Sembilan dalam masa yang terdekat, perkara utama yang perlu difikirkan ialah bagaimana hendak menjelaskan hutang kerajaan Negeri Sembilan yang mungkin mencecah RM 3 Billion.  Dimana RM 1.6 Billion untuk Rancangan Bekalan Air.


 Sudah RM 1.6 Billion dibelanjakan untuk rancangan bekalan air di Negeri Sembilan, tapi masih banyak kedengaran rungutan masalah bekalan air di beberapa tempat di Negeri Sembilan ini terutamanya sekitar Kuala Pilah dan kawasan Felda. 
Dan terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011. 
Siapakah yang akan untung dari pinjaman projek bekalan air di N.Sembilan ini sebanyak RM 1.6 Billion dan tambahan peruntukan RM345.2 juta ini.  
Rakyat atau siapa ? 
Kalau BN masih menerajui N.Sembilan , bagaimana pula mereka hendak melunaskan hutang berbillion ringgit ini ? 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA UNTUK N.SEMBILAN TAHUN 2008 
Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/  
Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007. Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai. 
RM345.2 juta biaya program air di NS 
SEREMBAN 13 Sept. - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011. Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, peruntukan itu untuk membiayai program pembaikan serta pembinaan infrastruktur air baru di Negeri Sembilan. Program itu termasuk projek pembinaan loji rawatan air baru, peningkatan kapasiti loji rawatan air sedia ada dan penggantian paip asbestos semen yang lama, katanya. Menurutnya, projek-projek ini akan dilaksanakan secara bersama di antara Sains dan PAAB. Azlan berkata, Sains yakin dengan program pembaikan serta pembinaan infrastruktur air baru ini, ia akan dapat mengurangkan gangguan bekalan air terutama semasa musim perayaan. - BERNAMA http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm  
Gangguan air beban penduduk
Sinar Harian 30 Ogos 2010 
PARIT TINGGI – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Pilah bukan isu baru sehingga menimbulkan keresahan dan kekecewaan penduduk khususnya di Kampung Parit Tinggi, Juasseh. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Tinggi, Abdul Mutalip Mohd Nor berkata, 2010 adalah tahun yang kerap berlaku gangguan air dan boleh menjejaskan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadan. 
Menurutnya, paling ketara masalah itu berlaku pada awal Ogos ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan. “Saya kecewa apabila hendak mandi air kolah tiada. Di surau juga sama, ketika hendak mengambil wuduk untuk solat tarawih, air tiada. Bagaimana kita hendak melakukan ibadah jika air tiada dan mengundang rasa tidak selesa penduduk, dekat sini. 
“Saya sudah menghubungi pihak berkenaan, namun alasan sama diberikan, tekanan air rendah. Di kampung ini sudah dua hari tiada air. Bekalan air sering terputus,” katanya Mutalip berkata, timbul rasa kasihan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil. “Mereka mengadu kepada saya tentang kesulitan dihadapi apabila bekalan air tiada.
Menguruskan anak kecil memerlukan air yang banyak dan membebankan keluarga mereka. “Saya hanya boleh membantu menghubungi pihak berkenaan, namun tiada kuasa untuk memperbetulkan keadaan.
Berikutan itu, saya berharap pihak berkaitan perlu mengambil serius perkara ini terutama menjelang hari raya. “Penggunaan air akan bertambah jika musim perayaan. Bagi mengelakkan berlaku gangguan air, pihak terbabit perlu bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah berkenaan supaya kami dapat hidup aman dan selesa dengan kemudahan air dalam musim perayaan,” katanya. 
Menurutnya, pihak pe-ngurusan terbabit tidak memaklumkan sebarang notis berhubung gangguan air di kampung itu sehingga menyebabkan 400 penduduk terpaksa menghubungi pihak terbabit untuk menghantar bekalan air. 
“Mereka sepatutnya menghantar notis pemberitahuan sekiranya berlaku gangguan air supaya penduduk boleh bersedia lebih awal dengan menyediakan bekalan air.
 Dengan ketiadaan notis itu, membebankan penduduk jika air di rumah sudah kehabisan. “Oleh itu, pihak berkai-tan dapat maklum lebih awal supaya persediaan dapat dilakukan jika berlaku masalah air selama beberapa hari,” katanya. 
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, sudah dimaklumkan perkara itu akan mengambil tindakan sewajarnya memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails