WALK FOR JUSTICE

WALK FOR JUSTICE


Wednesday, August 4, 2010

Puteri UMNO nak galakkan remaja BERZINA ?



Puteri UMNO tak setuju dengan tindakan Ketua Menteri Melaka dan tak setuju dengan tindakan Majlis Agama Islam Melaka yang membenarkan segelintir pelajar yang tak boleh kekang lagi nafsu untuk berkahwin secara halal ? Kalau macam nilah pendirian Puteri UMNO , memang hancurlah generasi muda. Fatwa mana Puteri UMNO ni guna pakai ?


Kerajaan negeri Melaka menyediakan bantuan kewangan RM500 kepada ibu bapa daripada keluarga miskin bagi urusan pernikahan anak mereka. ADUH ! Tamparan hebat untuk kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan lain-lain. 
*****************
Puteri UMNO bantah pelajar kahwin awal 
Utusan Malaysia 4 Ogos 2010
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Langkah kerajaan negeri Melaka menggalakkan ibu bapa membenarkan anak yang masih bersekolah untuk berkahwin bagi membendung gejala hamil luar nikah dilihat sebagai satu bentuk jalan penyelesaian singkat terhadap masalah berkenaan. 
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Melaka itu meskipun bermatlamat mencegah gejala hamil luar nikah. Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menggalakkan ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah. 
Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan. 
MAIM benar pelajar berkahwin 
Utusan Malaysia 4 Ogos 2010
MELAKA 3 Ogos - Selepas mencadangkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung, kerajaan negeri 'menggalakkan' pula ibu bapa memberi kebenaran kepada anak- anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah. 
Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan. 
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing. 
Menurutnya, keputusan itu diambil dan telah dipersetujui oleh semua pihak pada persidangan menangani gejala sosial yang diadakan baru-baru ini. "Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah.
Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina. "Bagi saya mengubat adalah lebih susah berbanding mencegah.
Cara ini saya anggap lebih praktikal, jika tidak gejala buang bayi dan mengandung anak luar nikah tidak akan dapat dibendung," ujarnya. 
Beliau menegaskan, perkahwinan pada usia muda bukan sesuatu yang pelik kerana pada zaman dahulu, ibu bapa berkahwin pada umur 13 hingga 18 tahun. "Kalau ada pelajar tidak boleh tahan (untuk bernikah), tolong jangan berzina, minta kebenaran jumpa mufti, kita akan benarkan," ujarnya. 
Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan bantuan kewangan RM500 kepada ibu bapa daripada keluarga miskin bagi urusan pernikahan anak mereka. Katanya, jika pelajar terbabit bersalin dan tidak mempunyai orang untuk menjaga bayinya kerana bersekolah, kerajaan negeri akan memikirkan cara untuk membantu mereka. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails